You are on page 1of 5

ANGGOTA

Adian Risma Egi F


Nisaul Qoimah

Rufaidah binti Saad :


Tokoh Jururawat Islam
PERKENALAN
RufaidahBinti Saad adalah merupakan jururawat pertama di
dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya.

Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale


sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang
merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim
menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Saad sebagai ikon,
seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia
perawatan ini 1300 tahun lebih awal sebelum Florence
Nightingale.
Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Saad al Aslami, daripada
suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib
(Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara
penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.
Apakah keistimewaan Rufaidah?

Beliau merupakan seorang jururawat cemerlang yang telah dilatih


oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada
ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan
menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.
Di antaranya ialah :
1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang
tinggi.

2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu


menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang
terbaik.

4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja,


malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat
untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.
6-PeRbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada
yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak
yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam
Pengiktirafan Rasulullah kepadanya

Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah


sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan
merawat tentera Islam yang tercedera.
Semasa Perang Khandaq, Panglima Saad bin Muadz yang cedera telah

dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya


Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah.
Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak
panah yang terpacak di lengan Saad Bin Muadz.Rufaidah juga telah
melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia
untuk menghadapi peperangan.Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia
menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi
bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta
menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.Rasulullah
s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh
semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang
diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik
sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta
rampasan kepada mereka.Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama
banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di
barisan depan di medan perang.
Pandangan terhadap kehebatan Rufaidah
Binti Saad ini

Benarlah bahawa Rufaidah adalah


seorang Ikon Peduli Ummah yang
wajar diteladani kerana beliau
adalah tokoh yang telah memenuhi
objektif sabdaan Rasulullah yang
bermaksud, Sebaik-baik
manusia di antaramu adalah
yang paling banyak
manfaatnya bagi orang
lain(Hadith Riwayat Bukhari)

You might also like