You are on page 1of 19

BAGAIMANAKAH ANDA MELIHAT

BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN


SEDIA ADA INI BOLEH
DITAMBAHBAIK DALAM USAHA
MENJADIKAN PELAJAR YANG
DIHASILKAN MEMPUNYAI KUALITI
YANG SETANDING DENGAN
PELAJAR DARI NEGARA-NEGARA
MAJU YANG LAIN DI DUNIA INI?
1.MEMARTABATKAN
PROFESION
KEGURUAN
Kementerian Pelajaran boleh
memberi fokus kepada usaha
meningkatkan kualiti guru
melalui :

a)Pengambilan calon-calon guru yang


memiliki keputusan akademik yang
cemerlang
b)Meningkatkan kualiti latihan pra-
perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan untuk guru-guru.
Untuk tujuan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran, pihak
kementerian boleh menambah bilangan
guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13
orang murid, iaitu melebihi purata
antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang
murid.
Pihak kerajaan juga haruslah memastikan
peluang perkembangan kerjaya guru di
negara kita adalah setanding dengan apa
yang dinikmati oleh guru-guru di negara-
negara maju.
2.MENINGKATKAN
KUALITI KEPIMPINAN
SEKOLAH
Kajian menunjukkan bahawa pemimpin
sekolah yang berwibawa berupaya
meningkatkan pencapaian pelajar
sebanyak 20% berbanding pemimpin
sekolah yang lain.
Pihak Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan Baiah atau tawaran
baru dengan memberikan ganjaran
kepada pengetua dan guru besar yang
menunjukkan pencapaian cemerlang
dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Pemilihan pengetua dan guru besar
berasaskan merit dan pelan peralihan
kepimpinan sekolah yang berkesan juga
3.MENINGKATKAN
KUALITI
SEKOLAH
Dalam era teknologi maklumat hari
ini, sekolah yang berkualiti perlu
mempunyai prasarana ICT yang
lengkap untuk membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Untuk tujuan ini, kerajaan
membekalkan kemudahan ICT
kepada sekolah termasuk
kemudahan jalur lebar dan internet
berkelajuan tinggi seperti Unifi bagi
memudahkan murid mengakses
maklumat di dunia maya.
Pelbagai bahan ilmiah yang
diperolehi melalui pembelajaran
maya pastinya dapat
meningkatkan penguasaan ilmu
di kalangan pelajar dan
seterusnya merapatkan jurang
pengetahuan antara sekolah.
4.Memantapkan Kualiti Kurikulum dan
Pentaksiran kualiti kurikulum
Kita perlu memantapkan
dan pentaksiran untuk menyediakan modal
insan abad ke-21.
Asas kepada kejayaan sistem pendidikan
terletak pada kualiti kurikulum sekolah yang
akan menentukan kualiti modal insan yang
dilahirkan.
Justeru, keutamaan Kementerian Pelajaran
dalam proses kajian semula pendidikan ini
adalah untuk membina satu kurikulum yang
memenuhi piawai antarabangsa dengan
menekankan aspek kemahiran kreatif,
penyelesaian masalah dan inovasi yang
5. meningkatkan penguasaan pelbagai
bahasa di kalangan murid.
Kita sedar akan kepentingan penguasaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
di negara kita.
Kementerian pelajaran sentiasa berusaha
untuk meningkatkan penguasaan murid
dalam kedua-dua bahasa ini.
Namun, adalah lebih baik sekiranya murid
di negara kita dapat menguasai satu lagi
bahasa seperti Mandarin, Tamil, Arab, Iban
dan bahasa-bahasa antarabangsa.
Penguasaan satu lagi bahasa selain bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua sudah tentu
dapat meningkatkan daya saing negara kita
di persada antarabangsa apabila
kemunculan kuasa baru ekonomi dunia
yang sebahagiannya bertumpu di negara-
negara Asia.
6. Penglibatan Ibu Bapa, Sektor Swasta dan
Masyarakat Sebagai Rakan Kongsi dalam Pendidikan.

Seperti yang kita sedia maklum, proses


pembelajaran tidak hanya berlaku sewaktu
murid berada di sekolah.
Jika kita ingin memperluaskan sistem
pembelajaran, bermakna kita perlu
memperluaskan persekitaran dan peluang
pembelajaran melangkaui sempadan sekolah.
Justeru, satu aspek yang ingin diberikan
penekanan dalam kajian semula pendidikan ini
ialah peranan pihak berkepentingan di luar
lingkungan sekolah untuk berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam usaha
7. Meningkatkan kesediaan murid
untuk merebut peluang dalam
pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
Murid yang berjaya melanjutkan pendidikan ke
peringkat pengajian tinggi akan memperolehi
peluang kerjaya yang lebih baik, dan dengan itu
mengecap kehidupan yang lebih selesa.
Untuk itu, sistem pendidikan kita perlu
dipastikan dapat menyediakan peluang lepasan
menengah yang lebih baik untuk murid-murid
kita.
Kita perlu melengkapkan mereka dengan ilmu dan
kemahiran yang akan membolehkan mereka
memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya
saing.
Untuk tujuan ini, di samping menguasai literasi dan
numerasi, murid-murid kita juga perlu dilengkapkan
dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti
kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan
masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order
thinking) dan kebolehan berkomunikasi dengan
berkesan.
8.Memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan pengurusan sumber.
Bagi tahun 2012, sebanyak 16 peratus daripada
belanjawan negara diperuntukkan kepada
Kementerian Pelajaran, iaitu peratusan yang terbesar
berbanding kementerian-kementerian lain.
Dengan jumlah peruntukan yang besar ini, pihak
kementerian tekad untuk melaksanakan program
yang berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita.
Cabaran Kementerian adalah untuk
mengurus sumber dengan cekap bagi
mengelakkan ketirisan dan pembaziran
serta memastikan sumber diagih secara
optima agar pulangan yang maksimum
terhasil daripada setiap ringgit yang
dibelanjakan untuk pendidikan.
9.Membina kemampuan serta
keupayaan sistem penyampaian
pendidikan.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 orang
pegawai di peringkat kementerian, 6,000 di
peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan
420,000 orang guru di sekolah.
Inilah pasukan yang menggerakkan sistem
penyampaian pendidikan di negara kita.
Kejayaan sistem pendidikan kita bergantung
pada sejauh mana sistem penyampaian di setiap
peringkat berupaya untuk berfungsi dengan
Oleh itu, kajian semula pendidikan ini akan
melihat bagaimana aspek kecekapan
penyampaian pendidikan dapat ditingkatkan
untuk memantapkan lagi kualiti pendidikan di
negara kita.
Dalam konteks ini, kualiti kepimpinan dan
susunan urustadbir kementerian akan diberikan
perhatian yang utama dalam usaha untuk
meningkatkan kecekekapan dan keberkesanan
fungsi pegawai di setiap peringkat.

You might also like