You are on page 1of 16

KERTAS KERJA KEM MOTIVASI

KECEMERLANGAN UPSR 2013


SK PARIS 3 KINABATANGAN

TARIKH : 17 - 19. 05. 2013

TEMPAT :
S.K. PARIS 3, KINABATANGAN

ANJURAN :
AHLI JAWATANKUASA KECERMERLANGAN UPSR 2013

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa
murid-murid menjelang UPSR agar lebih
bersemangat dan bermotivasi untuk
menghadapi peperiksaan tahun ini. Kertas
kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak
pentadbiran S.K. Paris 3 untuk menganjurkan
satu program khas bagi memberi motivasi
kepada murid-murid di samping
meningkatkan semangat untuk belajar dan
mencapai kejayaan dalam UPSR 2013.
2.0 PENGENALAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada
murid-murid yang belajar di Tahun 6 sahaja. Ujian
ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang
telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi
pencapaian akademik iaitu Bahasa Melayu
Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan
kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya
maka program motivasi perlu diadakan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Afektif:

Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun
6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup
dapat menjamin kelangsungan hidup.

3.2 Kognitif:

Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya


murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan
bersemangat.

3.3 Psikomotor:

Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat


dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT
PROGRAM
Tarikh : 17, 18,19 MEI 2013
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad
Tempat Program : SK Paris 3,
Kinabatangan
5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

5.1 Bina kertas kerja


5.2 Perbincangan bersama Jawatan
Kuasa
5.3 Perlaksanaan program
5.4 Post Mortem dan
Penyediaan laporan
5.5 Hantar laporan ke pejabat.
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Ceramah;
6.2 Bengkel;
6.3 LDK (Latihan Dalam Kumpulan);
6.4 Riadah/rekreasi (Cergas
Malaysia).
7.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT
DAN PERASMI PROGRAM
6.1 Guru Besar SK Paris 3
6.2 Guru-Guru Tahun 6
6.3 Semua Guru-Guru SK Paris 3
8.0 KUMPULAN SASARAN/
PESERTA
8.1 Murid-murid Tahun 6 (calon
UPSR)
9.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (17 Mei 2013)- JUMAAT (HARI PERTAMA)

1.00 petang : Pendaftaran Peserta
2.00 petang : Taklimat Ringkas oleh penyelaras program
3.00 petang : Persiapan Solat Asar
4.00 petang : Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan
5.00 petang : Minum Petang / Urus Diri
6.00 malam : Solat Maghrib,Tazkirah & Solat Isya.
7.30 malam : Makan Malam
8.00 malam : Ceramah 1 (motivasi)
9.00 malam : LDK 1 (Kenali Potensi Diri)
10.00 malam: Burung Hantu ( Aktualisasi Diri )
11.30 malam : Persiapan Tidur
HARI KEDUA (18 MEI 2013)-
SABTU (HARI KEDUA)
4.00 pagi : Urus Diri / Solat Subuh / Tazkirah
5.30 pagi : Urus Diri
6.00 pagi : Senaman
7.00 pagi : Sarapan
8.00 pagi : Ceramah 2 (Pengurusan Masa)
9.00 pagi: Minum Pagi
9.30 pagi : LDK 2 (Kekuatan dan Kelemahan Diri)
10.30 pagi : LDK 3 (Kemahiran Belajar)
11.30 pagi : Makan Tengahari
12.00 t/hari : Solat Zohor
1.30 t/hari : LDK 4 Explorace ( Jelajah Minda )
3.00 petang : Persiapan Majlis Penutupan Kem Motivasi UPSR 2013
4.00 petang : Bersurai
JAWATAN KUASA
JAWATAN KUASA
KOS ANGGARAN BELANJA
PERUNTUKAN KEWANGAN
PENUTUP
Semoga program ini mendapat
kelulusan pihak pentadbiran SK Paris
3 serta guru-guru Tahun 6 dan Guru-
guru SK PARIS 3. Jutaan terima kasih
diatas pertimbangan pihak tuan.

You might also like