You are on page 1of 9

1.

Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan


memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a
spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan
mempunyai empat langkah iaitu merancang
(planning), memerhati (observing) dan mereflek
(reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran
seterusnya yang melibatkan merancang semula,
bertindak , memerhati dan mereflek bagi
menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan
Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi


sesetengah kumpulan yang sudah merancang
tindakan, mereka boleh memulakan langkah
pertama seperti mana yang dikemukakan oleh
model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap
sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang
dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah
2.
3. Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh


melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal
pasti masalah atau fokus kajian yang
diminati, mengumpul data, menganalisis
data dan membina hipotesis, merancang
pelan tindakan, melaksana pelan
tindakan, mengumpul data untuk
mengesan perubahan, menganalisis dan
menilai serta mengenal pasti folus
penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik merupakan kekuatan
model ini, di mana setiap langkah diperjelas
dengan lebih terperinci, bermula daripada
langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model
ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana
memerlukan guru untuk mengikuti setiap
langkah yang dinyatakan secara terperinci.
4. Model Johnson (2002)

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah penting


dalam proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut
ialah
(i) mengenal pasti masalah,
(ii)membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara
pemungutan
(iii)memungut dan menganalisis data,
(iv)merumus
(v)berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang
berkaitan.

satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik


membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah
7 di bawah menggambarkan model ini.

You might also like