You are on page 1of 16

Minggu 1:

Pengurusan Bilik Darjah


Sekolah Rendah
Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Ciri-ciri guru yang efektif dalam
pengurusan bilik darjah
Pengenalan
Seseorang guru di Malaysia mempunyai
tanggungjawab mendidik kanak-kanak
guru-guru ini juga menghadapi murid-
murid yang mempunyai pencapaian
Bahasa dan latar belakang sosioekonomi
yang berbeza-beza.
seorang guru permulaan perlu
memahami bahawa tugas dan cabaran di
setiap sekolah dan setiap bilik darjah
adalah berbeza.
Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan
orang, tugasan, ruang, masa dan bahan
Konsep Pengurusan Bilik Darjah

1.1.1
Pengetahuan 1.1.2
tentang Pengurusan
Keperluan Bilik Darjah
Murid-murid
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

i. Memahami Objektif Pengajaran


Murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses
pdp sekiranya mereka jelas tentang tujuan aktiviti
pembelajaran mereka dan peranan mereka dalam aktiviti
tersebut.
Pengetahuan ini membantu mereka bersedia
menghadapi sesi pembelajaran.
Pemerhatian menunjukkan murid-murid yang tidak
mengetahui tentang apa yang diperlukan daripada
mereka biasanya tidak memberikan perhatian,
meneruskan perbualan dengan rakan-rakan kelasnya
dan mungkin tidak mengambil tahu atau tidak berminat
dengan proses pembelajaran.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

ii. Melibatkan diri dengan aktif dalam proses


pembelajaran
Murid bukan alat perakam yang hanya menerima dan
menyimpan maklumat.
Jean Piaget menyatakan bahawa pembelajaran adalah
suatu proses konstruktif dan menyarankan penglibatan aktif
untuk memberi peluang kepada individu membina
pengetahuannya sendiri.
Penglibatan aktif bukan hanya terhad kepada manipulasi
objek secara fizikal tetapi melibatkan manipulasi mental
seperti idea.
mengurangkan kebosanan murid dan memberi mereka
peluang untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

iii. Berinteraksi dengan positif dengan rakan sebaya


Jean Piaget juga menekankan kepentingan interaksi sosial
antara rakan sebaya kerana rakan sebaya boleh mencabar
pemikiran semasa berinteraksi.
Cabaran ini membawa kepada ketidakseimbangan atau
konflik kognitif.
Ketidakseimbangan adalah suatu keadaan apabila
seseorang menyedari bahawa cara pemikirannya tidak
dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Apabila keadaan ini berlaku, individu akan berasa tidak
selesa dan berusaha memperoleh keseimbangan melalui
proses akomodasi dan asimilasi.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

iv. Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan


seharian dan minat murid
Pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan
pengalaman murid kerana murid boleh menggambarkan
dan memahaminya dengan lebih jelas.
murid dapat melihat bagaimana perkara yang baharu
dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka.
membantu mereka mengingat perkara yang dipelajari.
mendorong mereka memberikan perhatian dan melibatkan
diri dalam aktiviti bilik darjah.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

v. Masa untuk menyiapkan tugasan atau


berinteraksi

Murid perlu diberikan masa yang secukupnya


untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi.
Guru yang menentukan aktiviti boleh menetapkan
tempoh yang sesuai yakni murid akan tahu had
masa dalam aktiviti bilik darjah.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

vi. Pengalaman kejayaan

. Aktiviti atau tugasan yang dibentuk dengan


mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia
ada memberikan peluang kepada murid merasai
kejayaan.
. membantu meningkatkan estim diri murid dan
memberikan keyakinan terhadap kemampuannya
dalam proses pembelajaran.
1.1.1
Pengetahuan tentang Keperluan Murid-
murid

vii. Maklum balas yang jelas dan realistic

. Penilaian adalah satu komponen dalam


pembelajaran dan maklum balas yang tepat boleh
merangsang murid memperbaiki mutu dan
pencapaian akademiknya.
. Guru perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada
usaha murid dan bukan sahaja menekankan
pencapaian.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

i. Merancang
Semasa merancang, guru akan merujuk sukatan pelajaran
untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran.
memilih topik, menentukan pendekatan yang paling sesuai,
memilih strategi dan kaedah mengajar dengan mengambil kira
gaya pembelajaran yang berbeza.
membentuk aktiviti atau tugasan yang sesuai dengan tahap
pencapaian muridnya, menyusun pengalaman pembelajaran,
menetapkan tempoh bagi setiap aktiviti atau tugasan, membuat
penilaian, menyediakan sumber pdp serta aktiviti pemulihan
dan pengayaan.
mengambil kira tempat pembelajaran, sama ada di bilik darjah,
makmal, pusat sumber, atau di luar kawasan sekolah.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

ii. Mengelola
Guru perlu memberi arahan yang jelas, memaklumkan
peraturan dan prosedur, menyelaras dan mengatur
aktiviti serta bahan pembelajaran, mengagihkan
tugasan, membahagikan murid kepada kumpulan,
menentukan kedudukan dan susunan murid atau
kumpulan.
Hal ini dilakukan supaya murid memahami hala tuju
pelajaran dan peranan mereka di dalam bilik darjah.
Kelolaan yang baik juga dapat memastikan
kelancaran proses pembelajaran.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

iii. Mengawal
Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa,
cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan
diri dalam pembelajaran.
Sekiranya ada murid yang tidak memberikan
perhatian atau menimbulkan masalah, guru boleh
memanggil nama murid, menegur, menasihati atau
menghantarnya ke unit disiplin sekiranya perlu.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

iv. Membuat Refleksi


Guru menganalisis dan menilai keberkesanan amalan
beliau, pendekatan, strategi dan kaedah yang
digunakan, aktiviti atau pendekatan, strategi dan
kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, BBB
serta bentuk penilaian yang digunakan semasa
pengajaran beliau.
bersikap terbuka untuk menerima kemungkinan
berlakunya kesilapan dan membuat perubahan,
bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar
serta mempertimbangkan maklumat daripada
sumber-sumber lain.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

iv. Membuat Refleksi


Guru menganalisis dan menilai keberkesanan amalan
beliau, pendekatan, strategi dan kaedah yang
digunakan, aktiviti atau pendekatan, strategi dan
kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, BBB
serta bentuk penilaian yang digunakan semasa
pengajaran beliau.
bersikap terbuka untuk menerima kemungkinan
berlakunya kesilapan dan membuat perubahan,
bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar
serta mempertimbangkan maklumat daripada
sumber-sumber lain.
1.1.2
Pengurusan Bilik Darjah

v. Menjalin Hubungan Guru-Murid


Guru adalah penggerak dan pemimpin di dalam bilik
darjah.
Oleh itu, guru perlu menunjukkan tahap dominan
yang sesuai.
Misalnya, menetapkan dengan jelas apa-apa yang
diharapkan daripada muridnya.
Pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan
kerjasama, iaitu menggalakkan murid berfungsi
sebagai satu pasukan.

You might also like