You are on page 1of 2

Melayu Ceritakan suasana meriah di kampung halaman anda semasa sambutan Hari Raya

Aidilfitri. Suasana harmoni bersama sanak saudara dan amalan kunjung mengujung
yang diamalkan sejak berzaman telah anda amalkan setiap tahun. Gambarkan dan
lakonkan keadaan semasa menyambut perayaan tersebut bersama keluarga anda.

Cina Anda telah dijemput oleh rakan anda untuk menyambut Tahun Baru Cina di rumahnya.
Di rumah rakan anda itu, anda telah dijamu dengan beberapa jenis makanan dan
ditontonkan persembahan di sana. Gambarkan dan lakonkan keadaan semasa anda
berada di sana.
India Anda telah mengikuti rakan anda balik ke rumah beliau sewaktu cuti perayaan
Deepavali. Anda telah melihat beberapa amalan yang dijalankan oleh mereka.
Gambarkan dan lakonkan keadaan semasa anda berada di sana.
Etnik Rakan anda telah menceritakan suasana di rumah panjangnya semasa dia balik pada
Sarawak cuti pertengahan semester yang lepas. Rakan anda memberitahu bahawa semasa
perayaan tersebut, ada tarian ngajat oleh kaum lelaki dan perempuan telah
dipersembahkan. Pertandingan Kumang dan Keling juga turut diadakan. Selain itu,
banyak juadah telah disediakan pada hari tersebut. Gambarkan dan lakonkan cerita
rakan anda tersebut di dalam kelas.
Etnik Sabah Anda telah menonton satu dokumentari mengenai Pesta Kaamatan yang diadakan
dengan meriah setiap tahun. Semasa perayaan tersebut, pelbagai pertandingan telah
diadakan seperti Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik), Sugandoi (pertandingan
nyanyian) dan banyak lagi. Makanan tradisional juga menjadi juadah utama perayaan
tersebut. Tujuan utama pesta tersebut ialah untuk berterima kasih dan bersyukur atas
rezeki yang mereka dapat pada tahun sebelumnya. Ceritakan di hadapan kelas.

You might also like