You are on page 1of 42

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERMASALAH

PENGLIHATAN

HALATUJU PENDIDIKAN
BERMASALAH
PENGLIHATAN
PENGENALAN

Pendidikan Khas merupakan perkhidmatan


dan kemudahan pendidikan yang
disediakan untuk individu berkeperluan
khas atau kurang upaya.
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada


tahun 1920an di kalangan sukarelawan
yang terlibat dalam pembukaan sekolah-
sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran.
KEMENTERIAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
Pada masa ini pendidikan khas di Malaysia
dibawah tanggungjawab 5 kementerian
Kementerian Kesihatan

Kementerian Pembangunan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Pelajaran

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Sumber Manusia


KATEGORI
Kategori individu kurang upaya yang perlu
mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan
khas terdiri daripada mereka yang :-
1. Mengalami kecacatan mental
2. Bermasalah pembelajaran
3. Gangguan emosi dan tingkahlaku
4. Gangguan komunikasi, pertuturan dan bahasa
5. Hilang pendengaran
6. Hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah
7. Kecacatan fizikal dan
8. Golongan pintar cerdas
TAFSIRAN KPM (1996)

Pelajar berkeperluan khas adalah mereka


yang :-

Mengalami sebahagian atau kecacatan


penuh visual atau pendengaran atau
ketidakupayaan untuk belajar.
Akta 550 dalam Akta Pendidikan
menyatakan:

Program pendidikan khas kebangsaan hanya


menerima pelajar berkeperluan khas yang
boleh dididik dan mereka boleh menguruskan
diri sendiri tanpa bantuan serta berkebolehan
untuk mengikuti pembelajaran yang telah
disahkan oleh pegawai perubatan

(Bah. Pend.Khas ,2006;Kem. Pend. Malaysia


1996).
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PENGLIHATAN
Sejarah pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan di Malaysia.

1926 - Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja


Anglican, Melaka

1931 - SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang.


1948 - Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru.

1953 - Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM).


1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM).
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak- kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak kanak cacat
penglihatan di Sekolah rendah dan menengah biasa yang
dipilih, diperkenalkan.

1977 Permulaan Latihan Perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan


di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa
Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak.
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian
Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh.

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel.


Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-
Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan
Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan
bahan-
bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyelenggaraan alatan
braille
DEFINISI BERMASALAH
PENGLIHATAN

(Hasnah Udin, 1992)

Masalah penglihatan atau buta ialah tidak dapat melihat


langsung dan memerlukan penggunaan braille untuk
membaca. Kanak-kanak yang buta tentunya tidak dapat
melakukan sebarang kegiatan dengan baik seperti kanak-
kanak normal. Oleh itu ianya memerlukan latihan serta
pengajaran yang khas agar dapat mengikuti sistem
pembelajaran yang bersesuaian sebagai persediaan bagi
menghadapi masa hadapan.
DEFINISI BERMASALAH
PENGLIHATAN

(Hewett dan Forness, 1974)

Kecacatan ini boleh dikesan melalui 3 cara iaitu


rupa,tingkahlaku dan aduan .
KATEGORI MASALAH
PENGLIHATAN
PENEMPATAN PENDIDIKAN OKU
PENGLIHATAN

Bermulatahun 1953 pendidikan formal


OKU penglihatan diambil alih oleh KPM.

Bertujuan bagi memberikan pendidikan


formal di sekolah-sekolah kerajaan.
Statistik Pelajar Bermasalah
Penglihatan (2006-2010)

Kategori 2006 2007 2008 2009 2010


Bermasalah 699 782 744 813 853
Penglihatan

Sumber : Bah.Pend.Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)


CARTA PENDIDIKAN OKU PENGLIHATAN
Peringkat Pendidikan Syarat Kemasukan

Peringkat 1 Pra Sekolah 1. Berumur 6 tahun


( Sek. Keb. Pend. Khas / Sek. Keb. Yang 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Mempunyai Prasekolah 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan

Peringkat 2 Pendidikan Rendah 1. Berumur 6 tahun hingga 14 tahun


Sek. Keb. Pend. Khas / Sek. Keb. Yang 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Mempunyai Program Pend. Khas Integrasi ) 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan

Peringkat 3 Pendidikan Menengah 1.Berumur 13 tahun hingga 19 tahun


Sek. Men. Pend. Khas / Sek. Men. Harian 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Yang Mempunyai Program Pend. Khas 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Integrasi )
Peringkat 4 Pendidikan Vokasional / 1. Berumur 16 tahun hingga 19 tahun
Akademik 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Sek. Men. Pend. Khas / Sek. Men. Vok. Pend. 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Khas / Kolej Vok. Pend. Khas Integrasi / Sek.
Men. Harian Aliran Akademik Dengan
Elektif MPV atau AkademikSumber : Bahagian Pend. Khas (2013 )
HALA TUJU PASCA MENENGAH

Pendidikan Pasca Menengah


Tingkatan 6 (STPM)
Kolej (Swasta / Kerajaan)
Matrikulasi / Asasi
Politeknik
Universiti / Institusi Pengajian Tinggi (IPTA /
IPTS)
PERSATUAN ORANG BUTA
Persatuan Orang Buta Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1951 untuk menjaga kebajikan orang buta di
Malaysia.

Objektifpenubuhan persatuan ini adalah untuk


membantu golongan orang buta agar dapat menjalani
kehidupan yang sempurna seperti mereka yang
normal.
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

a) Perkhidmatan Kebajikan

Perkhidmatan kebajikan menyediakan perkhidmatan


kewangan, kesihatan dan tempat tinggal.

Ia terdiri daripada dua unit iaitu unit perkhidmatan


sosial yang menyediakan aktiviti berkaitan budaya,
pendidikan dan riadah; manakala, Kelab Orang Buta
Dewasa menyediakan perkhidmatan pendaftaran,
aktiviti sosial serta bertanggungjawab mengadakan
seminar atau bengkel yang berkaitan dengan golongan
ini.
b) Perkhidmatan Latihan dan Vokasional

Dikenali sebagai Pusat Latihan Gurney yang ditubuhkan


pada tahun 1953. Peranan pusat ini ialah:
Menyediakan pusat kaunseling
Mengasuh teknik komunikasi
Menyediakan kemahiran bersosial
Menyediakan kemahiran rekreasi
Menyediakan latihan vokasional
Menyediakan latihan pertukangan
Menyediakan latihan anyaman
Menyediakan program komputer; dan
Menyediakan khidmat refleksologi dan urut.
c) Perkhidmatan Penempatan Pekerjaan

Perhidmatanini disediakan sejak tahun 1956. Antara


perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

Mengenalpasti peluang pekerjaan bagi orang buta


sama ada di sektor awam mahupun swasta;
Mengenalpasti lokasi yang boleh dijadikan tempat
golongan ini menjalani latihan praktikal;
Mengadakan bengkel dan seminar yang berkaitan
dengan kerjaya
Meninjau pasaran kerja baru yang bersesuaian
dengan golongan ini.
d)Perkhidmatan Braille

Tulisan braille digunakan oleh golongan ini untuk


membaca dan menaip.
Ia merupakan enam titik-titik kecil pelbagai bentuk
bagi mewakili satu aksara.
Ia biasanya digunakan bersama mesin khas di mana
golongan ini perlu menaip untuk menghasilkan
tulisan.
e) Perkhidmatan Perpustakaan.

Objektif perkhidmatan ini adalah untuk:

Memberikan perkhimatan kepada golongan ini dari


aspek audio, pencetakan dan digital;

Menyediakan buku bertulisan braille, menyediakan


pinjaman peralatan untuk peralatan braille dan
sebagainya.
f) Perkhidmatan Sukan dan Rekreasi

Antara objektif perkhidmatan ini ialah:

Mengadakan acara sukan dan rekreasi;

Mengembangkan bakat kesukanan yang terdapat di


dalam diri golongan ini.
g) Perkhidmatan Pemasaran dan
Keusahawanan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti


memasarkan barangan kraftangan yang dihasilkan
melalui latihan pertukangan dan anyaman.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah


memasarkan barangan kraftangan dan rotan
PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-
KANAK LOW VISION
Perkhidmatan untuk Low Vision

Perkhidmatan Pertolongan Kanak-kanak Buta


(ABC Centre)

Perkhidmatan Pemulihan Berasaskan Program


Komuniti
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA
(PPOBM)
Bengkel Dan Latihan

Kursus untuk kakitangan Kerajaan dan sektor Swasta

Kursus Urut Tradisional


Kursus Urut Refleksologi
Kursus Urut Bidan dan Selepas Bersalin
Kursus Urut dan Rukyah
Kursus Keusahawanan
Kursus Kesukarelawanan
Kursus Komunikasi Berkesan
Kursus Penambah-baikkan Imej Diri
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG
BUTA MALAYSIA (PPOBM)

Penerbitan Buku Braille

Studio 'Jamming' Muzik

Sukan

Kebajikan
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
KEPADA YANG BERKELAYAKAN

Jurutrengkas
Telefonis
Kerja-kerjaIndustri
Pertukangan kayu
Kraftangan
Pengkomputeran
Pengaturcara perisian computer
OKU &KERJAYA
Secara umumnya pembabitan OKU dalam sektor pekerjaan
masih belum menepati sasaran Dasar Satu Peratus OKU
dalam sektor pekerjaan khususnya di sektor awam ( Berita
Harian 20 Mac 2015 ).
Namun terdapat agensi kerajaan yang mencapai sasaran Dasar
Satu Peratus peluang pekerjaan kepada OKU dalam sektor
awam.
Antaranya
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Bahagian Perlindungan
Jabatan Perdana Menteri
OKU PENGLIHATAN DAN KERJAYA
( Perkhidmatan Awam )
Statistik pekerja OKU dalam perkhidmatan awam

Seramai 3,741 orang direkod sedang berkhidmat


sebagai penjawat awam di pelbagai kumpulan
perkhidmatan dalam kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan.

3 orang (peringkat pengurusan tertinggi sektor awam,


1,045 orang (perkhidmatan pengurusan dan
professional)
2,693 orang (perkhidmatan sokongan.)
OKU PENGLIHATAN & KERJAYA
( Sektor Swasta )

Kumpulan Guthrie Furniture Berhad


Telekom
ResortWorld Berhad
Land & General
Permodalan Nasional Berhad
FAEDAH PENGGAJIAN OKU

Membukalebih banyak peluang kerjaya


kepada rakyat tempatan
Mengehadkan pengaliran wang keluar
negara
Jaringan perkhidmatan yang
disediakan

1. Kem. Sumber Manusia Jab. Tenaga Rakyat )


- Bertanggungjawab pada dunia pekerjaan

2. Jab. Perkhidmatan Awam


- Menempatkan pekerja yang berkelayakan ke
jawatan yang sesuai

3. Jab. Kebajikan Masyarakat ( KPWKM)


- Pendaftaran kecacatan dari mula hingga dewasa

4. Kem. Pelajaran
- Pendidikan Formal
- Memperkenalkan program Sekolah Ke Kerjaya
CADANGAN IMPLEMENTASI
PENYELESAIAN
Antara pendekatan yang dapat kita lakukan untuk
membantu meningkatkan taraf hidup OKU di negara
kita adalah dengan memberikan mereka peluang
dalam bidang kerjaya.

Kitaboleh membantu mereka berdasarkan tahap


kemampuan dan kemahiran yang dimiliki mereka.
CADANGAN BIDANG KERJAYA
UNTUK OKU PENGLIHATAN
Pencerita Story Telling, atau penglipur lara.

pencerita adalah orang yang bercerita atau yang menceritakan


sesuatu.

Aktiviti
ini boleh dilakukan di dalam kereta api terutama bagi
perjalanan yang mengambil tempoh lama, hotel-hotel dan lapangan
terbang yang terdapat ruang menunggu, tempat-tempat tumpuan
pelancong dan juga hospital-hospital bagi menggembirakan pesakit-
pesakit juga orang yang menunggu pesakit.
Seni Dan Budaya

Pemain muzik
Penyanyi
Pembuat rakaman
Penulis lirik
Juruteknik muzik

-kumpulan Caliph Buskers boleh dijadikan


sebagai penanda aras atau duta bagi OKU
penglihatan dalam kemahiran muzik
Penulis /Journalist/wartawan

Tugas wartawan ialah untuk menyajikan berita


yang menarik, mendalam, faktual, aktual, padat
dan jelas, memiliki daya gerak (vitalisasi),
disajikan dengan gaya bahasa yang hidup dan
lincah

bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan


gambaran yang sebenar.

Memerlukan bantuan orang yang berkhidmat di


bahagian kreativiti untuk menghasilkan data grafik
yang menarik untuk berita yang mereka hasilkan.
Perubatan Alternatif

Perubatan alternatif merujuk pada


sebarang amalan yang mendakwa
menyembuhkan yang tidak termasuk
dalam rangkuman perubatan
konvensional. Ia mungkin berasaskan
sejarah atau tradisi budaya, berbanding
dari bukti saintifik

-Refleksologi,urutan(ayat suci al-


quran),akupuntur
Pencatat minit

Mencatat minit mesyuarat menggunakan


mesin Braille

tidak akan berada dibilik mesyuarat,


namun mereka akan berada di bilik yang
berlainan yang mempunyai rangkaian
televisyen berinternet ( audio ) yang
disalurkan terus ke bilik mesyuarat.
CADANGAN BIDANG KERJAYA
UNTUK OKU PENGLIHATAN

Usahawan

Kraftangan

Media dan Pemasaran

Telemarketing dan Khidmat Pelanggan

Akauntan atau Peguam

Ahli akademik / Pendidik


KESIMPULAN
Adalah diharapkan kita mampu menyediakan latihan
yang menjurus kepada pekerjaan agar golongan ini mampu
berdikari dan meneruskan hidup dengan lebih selesa dan
mampu menyumbang untuk pembangunan negara.
Sebagai sebuah negara yang amat menghargai kewujudan
golongan OKU , Malaysia merayakan Hari Golongan
istimewa ini setiap tahun pada 3 Disember yang juga
merupakan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

Namun begitu perundangan yang khusus untuk golongan


ini,perlu diadakan bagi menjamin mereka tidak teraniaya.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like