You are on page 1of 6

BAB 3: KETURUNAN

DAN VARIASI
3.2: Pewarisan
Setiap sel soma manusia mempunyai 46
kromosom, iaitu 23 kromosom daripada
bapa dan 23 kromosom daripada ibu. Oleh
itu, kita mewarisi sebahagian sifat bapa
dan sebahagian sifat ibu.
Gen Dominan dan Gen Resesif
Ciri-ciri/ trait dikawal oleh gen yang wujud
secara berpasangan.
Gen dominan adalah gen kuat yang
menonjolkan sifatnya walaupun berpasangan
dengan gen yang bertentangan sifat.
Gen resesif adalah gen yang lemah dan tidak
menunjukkan ciri-ciri yang dikawal olehnya
apabila berpasangan dengan gen dominan.
Ciri-ciri Dominan dan Resesif
Mekanisma Pewarisan
Gregor Mendel (1822 1884) seorang saintis
Austria dikenal sebagai bapa pewarisan kerana
beliau telah menemui prinsip pewarisan.
Genotip merujuk kepada maklumat genetik
suatu organisma yang terdapat dalam gen.
Fenotip pula merujuk kepada fizikal dan ciri
fizikal yang boleh dilihat pada suatu organisma.
Genotip suatu organisma akan menentukan
fenotip organisma tersebut.
Contoh Pewarisan Ketinggian

You might also like