You are on page 1of 57

PK504 BUSINESS LAW

WEEK 11

PRINCIPLES OF
CONSUMER PROTECTION
TRADE DESCRIPTION
LESSON LEARNING OUTCOME
STUDENT SHOULD BE ABLE TO IDENTIFY ACCURATELY
THE PRINCIPLES OF CONSUMER PROTECTION SUCH
AS TRADE DESCRIPTIONS AND DIRECT SELLING
STATUTE?
TRADE DESCRIPTION ACT
2011

GOVERN BY KEMENTERIAN
PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KEPENGGUNAAN DAN KOPERASI
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
PENGENALAN KEPADA APD 1972 [AKTA 87]
BAHAGIAN 2
LATAR BELAKANG PINDAAN DAN PENGGUBALAN AKTA
PERIHAL DAGANGAN 2011
BAHAGIAN 3
POLISI-POLISI BARU YANG DIPERKENALKAN DALAM
APD 2011
BAHAGIAN 4
ISU-ISU PERUNDANGAN DALAM APD 2011
BAHAGIAN 5
SKOP PINDAAN APD 2011
BAHAGIAN 4
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA APD 2011
BAHAGIAN 1

PENGENALAN KEPADA
AKTA PERIHAL DAGANGAN
1972
[AKTA 87]
I. PENGENALAN AKTA 87
II. SKOP PERUNTUKAN AKTA 87
III. ISU-ISU PENTING AKTA 87
OFFENCES INVOLVING TRADE
DESCRIPTION (S.5)
a. Persons who runs trade or business:-
i. Use false trade description on goods; or
ii. Supply or offer to supply good that
have false trade description; or
iii. False statement towards goods price; or
iv. Gave false description about goods,
place, facilities or service;
v. False usage of the word HALAL
Cont
- Organise cheap saleevent without
notice.
- Cheap sale event was extend the period
allowed.
- Sell goods with a price higher than
allowed by supplier
- Fail to show original price.
- false description about the price.
- Fail to maintain record
- Fail to show registered number
BAHAGIAN 2

LATAR BELAKANG PINDAAN DAN


GUBALAN AKTA PERIHAL
DAGANGAN 2011
LATAR BELAKANG PINDAAN APD 2011
6 September 2007 Jemaah Menteri (JM)
memutuskan agar JAKIM menjadi agensi tunggal
yang mengeluarkan pensijilan halal Malaysia .
11 Julai 2007 Jemaah Menteri meluluskan pindaan
RUU Perihal Dagangan (Pindaan) 2007.
27 Ogos 2007 Dijadualkan untuk bacaan kali
pertama di Parlimen tetapi ditangguhkan
pembentangan pada saat akhir (isu Halal
Development Corporation).
LATAR BELAKANG PINDAAN APD 2011
5 November 2009 Y.B. Menteri KPDNKK
mengarahkan agar pindaan Akta 87 dikaji semula bagi
maksud menamakan semula JAKIM sebagai agensi
tunggal pensijilan halal. KPDNKK mendapati terdapat
keperluan dipinda keseluruhan peruntukan Akta 87.
4 Mei 2011 - JM meluluskan pindaan RUU Perihal
Dagangan (Pindaan ) 2011.
21 Jun 2011 Pembentangan bacaan kali pertama di
Dewan Rakyat.
11 Julai 2011 Diluluskan oleh Parlimen.
1 November 2011 mula berkuatkuasa.
BAHAGIAN 3

POLISI-POLISI BARU YANG


DIPERKENALKAN DALAM AKTA PERIHAL
DAGANGAN 2011
POLISI-POLISI BARU
BAHAGIAN 4

PERUNTUKAN UTAMA YANG


DIPINDA DALAM AKTA PERIHAL
DAGANGAN 2011
ISU-ISU PERUNDANGAN
BAHAGIAN 5

SKOP PINDAAN APD 2011


Skop Pindaan

- memperuntukkan kesalahan yang lebih jelas


serta penalti mengikut jenis kesalahan

- Kawalan sempadan (border measures) untuk


menanangi masalah barang tiruan yang
dibawa
keluar / masuk ke negara ini.

- Memperuntukkan kesalahan khusus bagi


kenyataan palsu atau mengelirukan
berkaitan peraduan
- Memindahkan beban pembuktian kepada
pihak yang membuat sesuatu pernyataan

- Memberi kuasa kepada Penolong Pengawal


Perihal Dagangan dalam siasatan
sepertimana Akta lain.
Perkara-Peruntukan Utama-
APD 2011
Pre-amble baru
Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan
amalan perdagangan yang baik dengan melarang
perihal dagangan palsu dan pernyataan,
pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan
berhubungan dengan pembekalan barang-barang
dan perkhidmatan serta untuk mengadakan
peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau
bersampingan dengannya.

- Tajuk panjang Akta 87 bersifat exhaustive dan


limited. Tajuk panjang yang dicadangkan ini lebih
bersifat am bagi membolehkan lebih banyak perkara
diperuntukkan di dalam Akta dan ia tidak akan bersifat
ultra vires serta selari dengan trend gubalan semasa.
Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal dan
Penolong Pengawal (s.3)
(1) Menteri boleh melantik dari kalangan orang yang
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
seorang Pengawal Perihal Dagangan, dan apa-apa
bilangan Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal
Perihal Dagangan sebagaimana yang perlu atau suai
manfaat bagi maksud Akta ini.

- Dicadangkan agar lantikan dibuat oleh Menteri. Di


bawah s.26, Akta 87, lantikan dibuat oleh Yang di-
Pertuan Agong. Pindaan bagi diselaraskan dengan
peruntukan akta-akta lain di bawah kawalseliaan
KPDNKK.
Larangan perihal dagangan palsu (s.5)
(1) Mana-mana orang yang
(a) menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi apa-
apa barang-barang;

(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan


apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal
dagangan palsu digunakan; atau

(c) mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam


milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-
apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan
palsu digunakan,
melakukan suatu kesalahan.
- Pindaan kepada s. 3, Akta 87 dengan memotong
dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan -
beban pembuktian yang perlu dibuktikan oleh
pihak pendakwaan terutamanya bagi kes-kes yang
melibatkan rampasan di stor, rumah dan kereta
persendirian.
Beban pembuktian dipindahkan kepada OKS
dengan mengadakan satu bentuk pembelaan
bagi kegunaan persendirian atau domestik
sebagaimana dalam s. 23 APD ini:

(1) Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu


kesalahan, menjadi suatu pembelaan bagi orang
yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa
pelakuan kesalahan itu adalah bagi maksud
kegunaan peribadi atau domestik.

Dengan ini, tindakan undang-undang hanya


diambil ke atas tindakan bertujuan komersial
(peribadi dan domestik dikecualikan).
Larangan perihal dagangan palsu berhubungan
dengan cap dagangan (s. 8)
(1) Walau apa pun seksyen 5 dan 6, suatu perihal
dagangan termasuklah suatu petunjuk, sama ada
secara langsung atau tidak langsung, dan yang
diberikan melalui apa-apa cara, berkenaan dengan
apa-apa barang-barang atau bahagian barang-barang
yang berhubungan dengan apa-apa hak berkenaan
dengan cap dagangan yang berdaftar di bawah Akta
Cap Dagangan 1976 [Akta 175].
(2) Mana-mana orang yang
(a) menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi
apa-apa barang-barang seolah-olah barang-barang itu
tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubungan
dengan cap dagangan berdaftar;
(b) membekalkan atau menawarkan untuk
membekalkan apa-apa barang-barang yang baginya
suatu perihal dagangan palsu digunakan seolah-olah
barang-barang itu tertakluk kepada apa-apa hak yang
berhubungan dengan cap dagangan berdaftar; atau

(c) mendedahkan untuk pembekalan atau


mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya
untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang
baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan,

melakukan suatu kesalahan


Peruntukan Penalti khusus (s.8)

(A) jika orang itu ialah suatu pertubuhan


perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu
ringgit bagi setiap barang yang diletakkan perihal
dagangan palsu, dan bagi kesalahan yang kedua
atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang diletakkan
perihal dagangan palsu; atau
(B) jika orang itu bukan suatu pertubuhan
perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit bagi setiap barang yang diletakkan perihal
dagangan palsu atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi
kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda
tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap
barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya.
Bagi seksyen ini

Mana-mana orang yang menggunakan,


membekalkan atau menawarkan untuk
membekalkan, mendedahkan untuk pembekalan
atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau
kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang-
barang yang diletakkan suatu cap yang serupa
dengan cap dagangan berdaftar tanpa persetujuan
pemunya berdaftar cap dagangan itu disifatkan
sebagai menggunakan, membekalkan atau
menawarkan untuk membekalkan barang-barang
yang diletakkan perihal dagangan palsu melainkan
jika dibuktikan sebaliknya.
- Memperuntukan penggunaan cap dagangan di
bawah Akta Cap dagangan 1976 tanpa kebenaran
tuanpunya dianggap sebagai membekalkan
barangan dengan perihal dagangan palsu. Di
bawah Akta 87, kesalahan khusus mengenai
penggunaan cap dagangan tidak diperuntukkan.

- memperuntukkan kesalahan dan penalti khusus


berhubung pelanggaran cap dagangan palsu

- beban untuk membukti bahawa perihal dagangan


yang dibekalkan, digunakan atau ditawar untuk
dibekalkan dengan kebenaran tuanpunya perihal
dagangan itu terletak bagi orang yang didakwa
itu.
Perintah Perihal Dagangan (Trade
Description Order TDO (s.9)
9. (1) Jika mana-mana orang yang merupakan
pemunya berdaftar suatu cap dagangan yang
berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976
mendakwa bahawa haknya berkenaan dengan cap
dagangan itu dilanggar dalam perjalanan
perdagangan, oleh mana-mana cap lain atau cara
gaya yang digunakan oleh mana-mana orang lain,
yang tidak serupa dengan cap dagangan
berdaftarnya tetapi boleh berkelirupaan sebagai cap
dagangan berdaftarnya, pemunya berdaftar itu boleh
memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk
mengisytiharkan bahawa cap yang melanggar itu
ialah perihal dagangan palsu bagi maksud seksyen 8.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), orang yang
disebut dalam subseksyen (1) dalam membuat
permohonan itu hendaklah mengenal pasti secara
khusus cap dagangan atau cap lain atau cara gaya
yang melanggar, dan Mahkamah Tinggi boleh, atas
permohonan orang itu, membuat suatu perintah
yang mengisytiharkan bahawa cap dagangan atau
cap lain atau cara gaya yang melanggar itu bagi
maksud Akta ini, ialah suatu perihal dagangan palsu
dalam penggunaannya bagi barang-barang itu
sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
-
- Mengekalkan s. 16, Akta 87 yang memberi
kuasa kepada Mahkamah untuk mengisytiharkan
(melalui prosiding ex parte) satu perihal
dagangan sebagai perihal dagangan palsu
sekiranya melanggar hak harta intelek orang
lain.

- Permohonan TDO hendaklah secara spesifik


merujuk kepada pelanggaran sesuatu cap
dagangan
Perlantikan Pendaftar Perintah Perihal
Dagangan (S. 4)

4. (1) Bagi maksud Akta ini, hendaklah ada seorang


Pendaftar Perintah Perihal Dagangan.

(2) Menteri hendaklah melantik, daripada kalangan


pegawai awam, seorang Pendaftar Perintah
Perihal Dagangan (PPPD) yang akan
menyebabkan suatu daftar awam perintah perihal
dagangan diadakan dan disenggarakan.
Mewujudkan jawatan baru PPPD untuk
mengendalikan Perintah Perihal Dagangan supaya
mana-mana orang dapat mengakses dan kaji
semua Perintah Perihal Dagangan yang telah
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Walaupun peruntukkan untuk mengadakan daftar


awam telah wujud dalam akta sedia ada, tetapi
tiada jawatan khusus baginya.

PPPD juga berkapasiti untuk memberi nasihat bagi


mana-mana orang yang mendapati cap
dagangannya dicerobohi.
Petunjuk palsu dan mengelirukan tentang
harga barang-barang (s.14)

14. (1) Seseorang yang menawarkan untuk membekalkan


apa- apa barang-barang tidak boleh membuat apa-apa
petunjuk palsu atau yang mengelirukan,
(c) bahawa barang-barang itu ditawarkan pada harga yang
lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh mana-
mana orang lain.
- Subseksyen ini memperuntukkan kesalahan jika syarikat
memperdaya orang ramai mengenai iklan harga terendah
dengan membuat perbandingan harga dengan syarikat lain.
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan
berhubungan dengan peraduan, permainan,
dsb (S.20).

20. Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa


pernyataan palsu atau yang mengelirukan

(a) bahawa barang-barang atau perkhidmatan yang


ditawarkan olehnya dapat memudahkan
kemenangan dalam mana-mana peraduan atau
permainan mencuba nasib; atau
(b) bahawa mana-mana orang telahpun memenangi,
akan memenangi, atau akan, sekiranya melakukan
perbuatan tertentu, memenangi hadiah atau faedah
lain yang setara, sedangkan pada hakikatnya

(i) tiada hadiah atau faedah lain yang setara;

(ii) hadiah atau faedah lain yang setara itu tidak


diadakan sebagaimana yang ditawarkan; atau

(iii) mengambil apa-apa tindakan berhubungan


dengan menuntut hadiah atau faedah yang setara itu
adalah tertakluk kepada orang itu membayar wang,
menanggung kos atau apa-apa syarat yang tidak
munasabah.
Penalti bagi kesalahan (s. 14-20)
21. Mana-mana orang yang melanggar mana-
mana peruntukan dalam Bahagian ini melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan
(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan,
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi
kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda
tidak melebihi satu juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan,
didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi
kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda
tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya.
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan
dalam iklan (S. 18).
18. (1) Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa
pernyataan palsu atau yang mengelirukan dalam
mana-mana iklan berhubungan dengan apa-apa
barang-barang atau perkhidmatan.

(2) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu


kesalahan di bawah seksyen ini, beban untuk
membuktikan bahawa pernyataan yang dibuat
olehnya adalah benar atau tidak mengelirukan
hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.
Peruntukkan sedia ada masih perlu untuk
membuktikan memiliki untuk membekalkan
walau bagaimana pun dengan tambahan
kepada seksyen ini, hanya dengan memiliki
tiga barangan yang serupa boleh dianggap
mempunyai dalam milikan barang-barang
untuk pembekalan.
Pindaan Peruntukan Berkaitan Halal
Peruntukkan Berkaitan
Halal
HALAL

HALAL
48
49
Perintah Takrif (S. 28).
- Pindaan kepada s. 10, Akta 87 ini dicadang bagi
membolehkan Menteri menetapkan kesalahan bagi
mana-mana orang yang mengelirukan atau
memperdaya orang awam bahawa barangan yang
ditawarkan menepati takrifan yang dibuat oleh
Menteri.

(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan,


didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan
yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi
sepuluh juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan,
didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,
Perintah Cap Bermaklumat Dan Perakuan

Memperuntukkan kuasa bagi menangani isu halal-


pelantikan pihak berkuasa berwibawa bagi tujuan
pensijilan halal. Perintah mengenainya dibuat secara
berasingan
Perintah Cap Bermaklumat Dan Perakuan (s.29)
29. (1) Jika ternyata pada Menteri adalah perlu atau
suai manfaat demi kepentingan orang yang kepadanya
apa-apa barang-barang atau apa-apa perkhidmatan
yang berhubungan dengan barang-barang itu
dibekalkan, bahawa barang-barang itu sepatutnya
(a) diperakukan oleh pihak berkuasa yang berwibawa;
(b) ditandakan dengan cap yang ditentukan oleh
Menteri; atau
(c) disertai dengan apa-apa maklumat (sama ada atau
tidak terjumlah kepada atau termasuk suatu perihal
dagangan) atau arahan yang berhubungan dengan
barang-barang,
Menteri boleh, melalui perintah, mengenakan kehendak untuk
menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau
disertai sedemikian dan mengawal selia atau melarang pembekalan
barang-barang dan kehendak itu boleh meliputi bentuk dan cara
maklumat atau arahan itu diberikan.

Melalui Perintah yang akan dibuat kemudian, Y.B. Menteri


akan:-

(i) melantik JAKIM dan JAIN sebagai pihak berkuasa


berwibawa dan agensi pensijilan halal;
(ii) menetapkan hanya logo Halal Malaysia diiktiraf sebagai
penggunaan perbahasaan halal; dan
(iii) melarang penggunaan perisytiharan halal sendiri (self-
declaration).
Perihal Dagangan (s. 6)

Memperkemaskan perkara-perkara berhubung


pemakaian perihal dagangan:

(h)tarikh habis tempoh barang-barang (date of


expiration of the goods);

- Peruntukan ini diadakan bagi mengambil


tindakan kepada mana-mana orang yang
membuat perihal dagangan palsu ke atas tarikh
luput suatu barangan.
Kuasa Penguatkuasaan (Bahagian VII)

Kuasa menangkap tanpa waran


Akses kepada maklumat computerized atau
digitalized data
Had masa pendakwaan tamat setelah melewati
tempoh 3 tahun dari tarikh berlaku kesalahan
dimansuhkan
Penalti Am (S.59)

Perbadanan denda tidak melebihi RM25,000


dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda
tidak melebihi RM50,000.

orang perseorangan, denda tidak melebihi


RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua
dan berikutnya, denda tidak melebihi RM20,000
atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-
duanya sekali.

You might also like