You are on page 1of 10

PELAJARAN 33

ADAB MEMELIHARA ALAM

NOR ATIRA
NUR AQILAH
NADHIRAH
KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM
SEKITAR
Alam sekitar ialah alam ciptaan Allah SWT
yang terbentang luas serta mempunyai
pelbagai hidupan dan khazanah.
Kepentingan alam sekitar kepada manusia :-
Sebagai sumber makanan dan minuman
Sumber tenaga dan alat pehubungan
Sumber perubatan
Sebagai terapi kehidupan
PUNCA PUNCA BERLAKU
PENCEMARAN ALAM
Perlakuan manusia yang merosakkan alam sekitar
Membuang sampah di merata-rata tempat
Membuang air besar dan air kecil di sungai, parit, tasik
dan laut.
Menebang pokok dengan sesuka hati dan tanpa
sebarang kepentingan
Membakar bukit dan hutan belantara
Pembalakan tanpa kawalan
Tidak menanam semula pokok yang ditebang
Menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak terancang
Membuang sisa racun ke dalam sungai sehingga
memudaratkan kehidupan di dalamnya
BENTUK-BENTUK PENCEMARAN
Pencemaran udara - bermaksud terdapat gas,
cecair atau zarah yang terkandung dalam
udara sehingga boleh menjejaskan kehidupan
Punca berlaku pencemaran udara
Pengeluaran asap kenderaan bermotor
Pembebasan asap
Pembakaran terbuka
Pembebasan asap rokok
BENTUK-BENTUK PENCEMARAN
Pencemaran air perubahan pada kandungan,
keadaan, dan warna air itu sendiri sehingga
tidak sesuai digunakan oleh manusia dan
hidupan lain
Punca-punca pencemaran air:
Sisa buangan daripada kilang ke dalam sungai
Pembuangan minyak dan najis ke dalam sungai,
parit dan longkang.
Penerokaan hutan yang melampau sehingga
menyebabkan pencemaran air sungai
Pembalakan yang tidak terurus sehingga
menyebabkan kawasan tadahan hujan tercemar
BENTUK-BENTUK PENCEMARAN
Pencemaran tanah perbuatan manusia yang
menyebabkan terhakisnya tanah, hilang
kesuburan serta pertukaran warna tanah
Punca-punca: -
Pembuangan sisa daripada kilang
Pembuangan sampah sarap yang tak terkawal
Penggunaan racun serangga yang berlebihan
BENTUK-BENTUK PENCEMARAN
Pencemaran bunyi bunyi bising yang
keterlaluan sehingga menyebabkan gangguan
kepada kehidupan harian manusia dan
hidupan lain
Punca-punca:
Bunyi kenderaan bermotor
Kegiatan memecahkan batu kuari
Kerja-kerja pembinaan
Kapal terbang dan jet-jet pejuang
FAKTOR MANUSIA MELAKUKAN
KEROSAKAN KE ATAS ALAM SEKITAR
Sifat tamak dan ingin mendapatkan
keuntungan berlebihan
Tiada kesedaran tentang kepentingan
menjaga alam sekitar
Sikap tidak bertanggungjawab dalam diri
Berakhlak buruk dalam kehidupan
Kurang mendapat didikan sivik
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
KEROSAKAN ALAM
Memberi kesedaran berkaitan dengan kepentingan
menjaga alam sekitar kepada para pelajar
Menyediakan kemudahan yang secukupnya untuk
menjaga kebersihan
Mengadakan gotong-royong membersihkan
kawasan kediaman
Menanam semula pokok-pokok yang ditebang
Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
berkaitan alam sekitar
Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada
golongan yang tidak menjaga alam sekitar
KELEBIHAN MENJAGA ALAM
SEKITAR
Mendapat udara yang segar dalam kehidupan
Permandangan sekeliling yang selesa
Menghindari penyakit berjangkit daripada
terus merebak
Keindahan alam sekitar terpelihara
Keindahan flora dan fauna pada masa akan
datang akan dapat dinikmati oleh generasi
pada masa hadapan

You might also like