You are on page 1of 9

BAB 4: JIRIM DAN

BAHAN
4.5: Sifat Bahan
Jirim terdiri daripada zarah yang dikenal sebagai
atom. Unsur pula adalah satu bahan yang terdiri
daripada satu jenis atom sahaja. Bahan seperti
logam wujud dalam bentuk atom yang diikat
bersama-sama. Kebanyakan bukan logam akan
membentuk molekul, iaitu gabungan beberapa atom
secara kimia. Ada logam yang bergabung dengan
bukan logam melalui pertukaran elektron untuk
membentuk sebatian ion.
Atom
Atom ialah zarah yang paling
kecil bagi sesuatu unsur.
Semua logam adalah bahan
atom yang terdiri daripada
sejenis atom sahaja dan
boleh wujud dengan sendiri.
Atom dalam logam diikat
dengan daya tarikan yang
sangat kuat.
Molekul
Molekul ialah zarah yang terdiri daripada
dua atau lebih atom yang bergabung secara
kimia.
Terdapat dua jenis bahan molekul, iaitu:
Molekul yang mempunyai dua atau lebih atom
dengan jenis yang sama.
contoh: molekul nitrogen dan molekul oksigen.
Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom
dengan jenis yang berlainan.
Contoh: molekul nitrogen dan molekul air.
Daya tarikan antara molekul disebut sebagai
daya Van der Waals. Daya ini adalah daya
tarikan yang lemah.
Terdapat sekumpulan pepejal makromolekul
kovalen yang diikat dengan ikatan kovalen
yang kuat. Intan dan grafit merupakan
contoh terbaik pepejal makromolekul kovalen
yang kuat.
Ion
Atom yang kehilangan elektron akan menjadi
ion yang bercas positif, manakala atom yang
menerima elektron akan menjadi ion yang
bercas negatif.
Apabila natrium (logam) bertindak balas
dengan klorin (gas) untuk membentuk
sebatian, atom natrium kehilangan elektron
menjadi ion positif, Na+, sementara atom
klorin yang menerima elektron membentuk ion
negatif, Cl-.
Ion-ion tersebut sangat
stabil dan mempunyai daya
tarikan elektrostatik yang
kuat serta mempunyai
takat lebur dan takat
didih yang tinggi.
Ciri-ciri Fizikal

You might also like