You are on page 1of 8

Khasiat Daun Pandan yang mana mempunyai

pelbagai nama dan khasiat seperti Buang angin


dalam badan, Daun pandan, Matikan kuman Dalam
Darah, Mengecutkan Rahim, Menghitamkan
rambut, Menurunkan Darah Tinggi, Pandanus
amaryllifolious, Rambut gugur, ubati Lemah saraf.

Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam


penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah
Cymbopogon nardus atau citronella. Khasiat Serai Wangi
tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak
sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam
dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun
temurun. Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan
yang berasal dari Sri Langka dan digunakan Mandian ibu
lepas bersalin, Melancarkan Darah, Melegakan sakit
kepala, mengeluarkan angin, sakit perut.
Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama
buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas. Betik
muda juga sesuai dijadikan halwa (jeruk manis). Walau bagaimanapun,
getah betik muda ini juga merbahaya kerana jika ia terkena mata akan
mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga. Buah
betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik
masak juga boleh dijadikan jus minuman, perisa aiskrim dan puding.
Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur.
Daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal
belacan. Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu
badan mereka yang demam dan menghidapi malaria. Selain
itu, Khasiat Pucuk Betik yang mana mempunyai pelbagai nama dan
khasiat seperti bunga betik, deman malaria, masalah darah
tinggi, memudahkan sistem penghadaman,mengubati penyakit
denggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga, pengeluaran sel
darah, Pucuk betik.
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya
bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa
setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama
pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan
sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan
pelbagai bahagian kelapa termasuk:
batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti
papan, dinding dan lantai
daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
lidi kelapa boleh dibuat penyapu
sabut kelapa boleh dibuat tali
tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan
kraftangan
serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh
dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang
sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu
terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut, santan dan
minyak masak seharian.
Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam
Nama Tempatan : Nangka
Keluarga : Moraceae
Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih
1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka
memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium,
fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.
Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna
putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai
sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang
mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang

Pengenalan Pokok Pinang atau nama sainstifiknya Areca Catechu dari


keluarga Palmae. Kandungan Alkaloid di dalam buah pinang sebenarnya
mempunyai kesan perangsang dan digunakan secara meluas di dalam
bidang perubatan. Alkaloid adalah salah satu daripada sekumpulan pelbagai
bahan bernitrogen yang dihasilkan oleh tumbuh tumbuhan dan mempunyai
kesan yang amat kuat ke atas fungsi tubuh kita. khasiat Buah Pinang yang
mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Areca Catechu, Buah
Pinang, cacing, cirit-birit, menghilangkan mengantuk, meningkatkan tenaga
batin, panas badan, pening kepala, Pokok Pinang, sakit perut, Sengugut.
Nanas (nama saintifik : Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia adalah
tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam
kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba
(herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi
batang yang tebal.
Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk
melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk
menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang
air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning.
Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan
membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu
yang mengandung.
Mangga ( Mangifera indica ) ialah buah yang popular di
tropika. Biasanya buah ini berbentuk ginjal, walaupun
ada varieti yang berbentuk bujur dan bulat. Kulit buah
yang masak berwarna hijau atau kuning. Pada beberapa
varieti terdapat sedikit warna merah atau oren. Isi
mangga yang berwarna kuning atau oren ialah adunan
rasa manis dan masam yang enak dan mempunyai
aroma yang wangi.

Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di


negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan
aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-
saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah
dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis.
Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico
sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika
Utara pada tahun 1866
Rambutan (Nephelium lappaceum Linn) merupakan sejenis buah-
buahan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan
Indonesia. Buah rambutan ini di percayai berasal dari nama
Buah dan Rambut yang mempunyai isi dan biji dan dimakan
segar atau diproses. Pokok rambutan dari jenis pokok saka yang
mana boleh mencapai sehingga 20 meter ketinggian. Pokok
rambutan yang diurus dengan baik mampu mencapai umur
sehingga 25 tahun atau lebih

Cempedak merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan.


Buah Cempedak banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar
sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus champeden. Pokok ini berasal dari
kawasan Asia Tenggara iaitu dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Pokok
cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20
meter.

You might also like