You are on page 1of 7

Kata Kunci / Keyword yang perlu diketahui:

bertambah kepada. Bermaksud (Nilai diberi adalah untuk tahun


selepasnya)
Contoh: Pada tahun 2005 ialah 16, 483 ribu orang bertambah kepada
16 859 ribu orang.
Tahun 2005 : 16 483 ribu orang
Tahun 2006 : 16 859 ribu orang
Bertambah sebanyakbermaksud (nilai tahun sebelum + nilai
tambahan diberi)
Contoh: Pada tahun 2005 ialah 16, 483 ribu orang bertambah
sebanyak 376 ribu orang pada tahun berikutnya.
Tahun 2005 : 16, 483 ribu orang
Tahun 2006 : (16, 483 + 376) = 16,859 ribu orang
Sebanyakbermaksud (jumlah nilai pada tahun itu)
Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 1187 ribu
orang dan bertambah kepada 1, 232 300 orang pada tahun 2008 dan
terus meningkat sebanyak 54 ribu orang pada tahun 2009.
Tahun 2007 = 1187 000 orang
Tahun 2008 = 1232 300 orang
Tahun 2009 = (1232 300 + 54 000) = 1286 300 orang
Mengira Peratusan.
Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8876
200 orang iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk
pada tahun berkenaan.
Tahun 2008 = 8876 200 orang @ 32 peratus jumlah keseluruhan
penduduk

Jumlah keseluruhan = 8876 200 X 100/32 = 27 738 125 orang


Bagi graf garis atau graf bar memesong / imbangan, menunjukkan
terdapat perubahan positif atau negatif sahaja, jika tiada di anggap
mana-mana graf
Kata Kunci Memesong:
- Peratus Perubahan (%)
- Perbezaan
- Perubahan
- Kadar Perubahan (Jika ada positif dan negatif)
- Membandingkan
Contoh soalan : Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan
ketibaan pelacong mengikut beberapa negara asal ke Semananjung
Malaysia bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.
Berdasarkan petikan, sediakan graf garis yang sesuai untuk
membandingkan kadar eksport Malaysia ke beberapa buah negara
terpilih antara tahun 2010 hingga 2013.

You might also like