You are on page 1of 7

Psikologi Remaja: Tutorial M2

Bagaimana 5 peringkat dalam Teori Ekologi mempengaruhi perkembangan remaja.

Kumpulan
Alice Ngu Ong Sze
Lim Peng Chong
Ng Chia Yin
Ooi Chai Teng
Thea Xue Hong
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Lima sistem :
mikrosistem
mesosistem
eksosistem
makrosistem
kronosistem

Sistem-sistem ini saling terangkum antara


satu sama lain dengan persekitaran yang
paling di dalam atau dekat sebagai tempat di
Mikrosistem

Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia
meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan
persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.

Individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak,


mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-
kanak
Mesosistem
Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang
perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain.

Antaranya hubungan ibubapa-guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara rakan,


hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga,
pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya

Faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan boleh


mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak.
Eksosistem
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak
tersebut. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.

CONTOH :
Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan.
Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan
pelajar-pelajar di daerah tersebut.
Makrosistem
Perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa.
merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat
melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal termasuklah
perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri.

CONTOH :
Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer
atau kemajuan teknologi yang ada kini jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua
atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Kronosistem
Melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
CONTOH:
kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama
dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di
taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga
oleh pembantu rumah.

meliputi pemulaan peristiwaperistiwa sepanjang rangkaian


kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu

You might also like