You are on page 1of 11

BAB 6

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN


SUMBANGANNYA
KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN
KHALIFAH Dalam bahasa Arab bermaksud pengganti (kata
jamaknya, khulafa).Menurut konteks agama, Khalifah bermaksud
tanggungjawab untuk memelihara kemurnian agama Islam,
mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam. Empat orang
khalifah yang diiktiraf sebagai Khalifah Al-Rasyidin ialah Abu Bakar
al-Siddiq, Umar bin al-Khattab,Uthman bin Affan dan Ali bin Abu
Talib.
Syarat Pemilihan Calon Khalifah:

I. Lelaki yang merdeka dan beragama Islam.


II. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam.
III. Tubuh badan sihat dan tidak cacat.
IV. Adil serta bertingkah laku yang baik.
V. Berfikiran cerdas dan pandai mentadbir urusan
negeri.
VI. Berani dan warak.
VII. Mematuhi perintah Allah SWT.
Kaedah pelantikan:
4 kaedah bagi melantik seorang khalifah.
1. Melalui musyawarah atau syura (melakukan rundingan
sebelum keputusan diambil). Contoh, pelantikan Abu
Bakar atas cadangan Saidina Umar dan mendapat
persetujuan ramai.
2. Melalui satu cadangan nama terdahulu. Saidina Abu Bakar
mencadangkan nama Saidina Umar sebelum wafat.
3. Melalui pemilihan calon yang layak. Semasa pelantikan
Saidina Uthman bin Affan, tersenarai juga enam calon lain.
4. Pencalonan daripada sekelompok masyarakat. Ia
berdasarkan syura yang diperkukuhkan dengan sumpah
taat setia seperti pelantikan Ali bin Abu Talib.
Tugas Khalifah
Memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir
negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-
Quran dan Sunah.
Memastikan kelancaran hal pentadbiran negara termasuk
mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
dan melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir.
Menjaga kebajikan rakyat agar dapat hidup sejahtera di
dunia dan akhirat.
Menjaga dan meneruskan ajaran Islam, mengekalkan
perpaduan ummah, mengamalkan konsep musyawarah,
dan memantapkan sistem perundangan Islam.
Menguruskan hal ehwal kewangan, perbendaharaan
negara (baitulmal), serta mengatur pungutan kharaj, jizyah
dan zakat.
Sumbangan Khulafa al-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
1) Berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada 573 Masihi.
Nama sebenar ialah Abdullah bin Abu Quhafah.Masa
pemerintahannya 632 634 M.
2) Digelar al-Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana
sentiasa membenarkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.,
bersifat ikhlas,jujur dan setia kepada baginda.
3) Berjaya mengatasi masalah perpecahan umat Islam akibat
golongan murtad dan gerakan golongan al-Riddah yang
enggan membayar zakat.
4) Berjaya mempertahankan Madinah daripada ancaman
Parsi dan Rom Timur.
Gerakan Tentera Islam di bawah Khalifah Abu Bakar menentang kuasa
5) Membahagikan Tanah Arab kepada 10
wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund,
Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadramaut
dan Nijran serta melantik amir.
6) Memperkenalkan bayaran gaji untuk
tentera melalui harta rampasan perang,
undang-undang tanah dan hak golongan
mawali.
7) Menghimpunkan tulisan ayat al-Quran
pada batu, kayu, tulang dan kulit binatang.
Digelar Penyelamat Umat Islam.
Khalifah Umar bin al-Khattab
1) Berketurunan Quarisy, berasal dari bani adi dan dilahirkan
pada tahun 583 M. Masa pemerintahannya 634 644 M.
2) Digelar Amirul Mukiminin atau Panglima Agung Mukmin.
3) Menubuhkan Majlis Syura.
4) Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa
wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua.
5) Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan
Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan.
6) Mengembangkan pengajaran al-Quran.
7) Memperkenalkan kalendar Islam.
8) Membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil
pertanian.
9) Membentuk tentera tetap dan sukarela serta membina
markas tentera dan kubu pertahanan.
10) Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.
11) Membentuk baitulmal untuk mengawal sistem cukai
Jizyah dan Kharaj.
TERIMA KASIH

You might also like