You are on page 1of 15

UNIT 8 MEREKA YANG BERJAYA

Di sampaikan oleh AngryTeacher77


Nilai: Kerajinan

Penerangan nilai: Usaha yang berterusan


penuh dengan semangat
ketekunan,kecekalan, kegigihan,dedikasi dan
berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara
1. Ciri-ciri individu yang mengamalkan
nilai kerajinan:
a) tidak mudah putus asa/patah semangat
b) yakin akan kebolehan diri
c) mengatur strategi/menyusun perancangan jika
menghadapi kegagalan
d) mengorbankan masa dan tenaga untuk
berjaya/dedikasi
e) sentiasa ingin mencuba melakukan sesuatu yang
baru/bersikap inovatif
f) tabah menghadapi cabaran
g) tekun/berusaha bersungguh-sungguh
2. Mereka yang telah mencipta sejarah
dan berjaya dalam kehidupan telah
menempuh pelbagai dugaan dan cabaran
sebelum berjaya dalam apa yang mereka cita-
citakan.
Ferdinand Magellan
Kelahiran Ferno de Magalhes adalah pada
tahun 1480 di Sabrosa, Trs-os-Montes e Alto
Douro, Portugal.
Kematian direkodkan pada Mac 04 1521
(berumur 4041), dibunuh oleh pemimipin
kerajaan Mactan
(sekarang Lapu-Lapu City, Filipina)
Warganegara Portugis
Terkenal kerana Yang pertama mengelilingi Bumi,
dari Eropah ke Timur, dan Barat; bagi ekspedisi
pertama dari Eropah ke Asia oleh Barat; dan
mengetuai ekspedisi pertama merentasi Lautan
Atlantik ke Selat Magellan dan merentasi Lautan
Pasifik
Cheng Ho
Cheng Ho adalah seorang kasim Muslim yang menjadi
orang kepercayaan Maharaja Yung Lo dari China (berkuasa
tahun 1403-1424), maharaja ketiga dari Dinasti Ming.
Nama asalnya adalah Ma He, juga dikenali dengan sebutan
Ma Sanbao ( ) / Sam Po Bo, berasal dari wilayah
Yunnan.
Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho
ditangkap dan kemudian dijadikan orang kasim. Ia adalah
seorang bersuku Hui, suku bangsa yang secara fizikal mirip
dengan suku Han, namun beragama Islam.
Cheng Ho belayar ke Melaka pada abad ke-15. Pada tahun
1424, Maharaja Yongle meninggal dunia. Penggantinya,
Maharaja Hongxi (berkuasa tahun 1424-1425, memutuskan
untuk mengurangkan pengaruh kasim di lingkungan
kerajaan. Cheng Ho melakukan satu ekspedisi lagi pada
masa kekuasaan Maharaja Xuande (berkuasa 1426-1435)
Alexander Graham Bell
Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)
ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa
pembaharuan.
Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon,
Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak. Bapa, datuk
dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-
kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala
ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka
mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.
Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan
turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti
pendengaran yang akhirnya memuncak dengan
kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk
ciptaan telefon pada tahun 1876.
Louis Pasteur
Louis Pasteur (lahir di Dole, Jura, Franche-Comt,
Perancis, 27 Disember 1822 - meninggal di Marnes-la-
Coquette, Hauts-de-Seine, Perancis, 28 September
1895 pada umur 72 tahun) adalah saintis kelahiran
Perancis.
Sebagai saintis, ia berjaya mencari cara mencegah
pembusukan makanan sehingga beberapa waktu
lamanya dengan proses pemanasan yang biasa disebut
pempasteuran. Louis Pasteur memulakan kerjayanya
sebagai ahli fizik di sebuah sekolah lanjutan atas.
Pada usia 26 tahun ia sudah menjadi profesor di
Universiti Strasbourg, kemudian ia pindah ke Universiti
Lille dan di sana pada tahun 1856 ia melakukan
penemuan yang bererti sangat besar bagi bidang
perubatan. Penemuan awalnya adalah pempasteuran
iaitu mematikan bakteria yang ada di susu dengan
pemanasan.
Datuk Dr.
Sheikh Muszaphar Shukor
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
bin Sheikh Mustapha (Jawi:
; dilahirkan pada 27 Julai
1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari
Malaysia dan merupakan angkasawan
Malaysia yang pertama ke angkasa lepas
setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun")
pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam
12.00 tengah hari.
Rujukan:
Buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 4
Buku rujukan Pendidikan Moral Tingkatan 4
Journey to Space, Sheikh Muszaphar Shukor
Wikipedia

You might also like