You are on page 1of 11

ETE 8024

INDUSTRIAL MANAGEMENT
MENYEDIAKAN BELANJAWAN TAHUNAN
PENGENALAN
Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat
diperlukan, terutamanya di persekitaran perniagaan yang
semakin kompleks.
Belanjawan adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana
belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk
memperoleh dan menggunakan sumberyang ada dalam
syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik.Topik ini akan
membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai
alat perancangan dan kawalan serta pengukuran prestasi.
1.0 Definisi Belanjawan

Belanjawan ialah rancangan kewangan dan operasi masa depan


syarikat yang dinyatakan dalam bentuk unit, ringgit dan sen.
Pernyataan dalam bentuk ini (unit, ringgit dan sen)
dinamakan rancangan kuantitatif.
Rancangan kuantitatif ialah perancangan yang diterjemahkan
dalam bentuk ringgit dan sen.
1.1 Elemen penting dalam belanjawan

Di dalam belanjawan elemen-elemen berikut perlu ada iaitu:


i) Belanjawan mesti membentangkan bagaimana sumber-
sumber syarikat akan diperoleh
ii) Bagaimana sumber-sumber yang diperoleh itu dijangka akan
dibelanjakan supaya mendapatkan manfaat keuntungan kepada
operasi syarikat
1.2 Faedah Belanjawan

i) Alat memandu arah


Penyediaan belanjawan membantu pengurusan memikirkan arah yang hendak
dituju oleh syarikat.

ii) Meningkatkan motivasi pekerja


Belanjawan menaikkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun
kerana prestasi mereka dibandingkan dengan belanjawan.
Prinsip imbuhan dan hukuman pula mula terpakai apabila belanjawan bertindak
sebagai kayu pengukur kepada prestasi operasi sesebuah syarikat.

iii) Alat perhubungan dalam organisasi


Belanjawan menyediakan sasaran yang menyeluruh yang perlu diterjemahkan
dan diperincikan mengikut fungsi jabatan atau bahagian dalam syarikat
1.3 Peranan Belanjawan dalam
Pengurusan
i) Sebagai alat perancangan
ii) Sebagai alat kawalan
iii) Sebagai alat koordinasi
iv) Sebagai alat komunikasi
v) Sebagai alat motivasi
vi) Asas dalam pengurusan
vii) Alat sistem perakaunan
1.4 Jangka Hayat Perkhidmatan Aset

Jangka hayat perkhidmatan aset diperoleh daripada pelbagai sumber daripada laporan tahunan
syarikat pelbagai industri.

Anggaran jangka hayat perkhidmatan aset tertentu adalah berdasarkan kepada perbincangan
dengan
Industri
Penilaian pakar

Jangka hayat perkhidmatan aset tersebut di negara-negara lain yang dianggap sama.

Jangka hayat perkhidmatan adalah tetap untuk sepanjang masa.


Ringkasan aset dan jangka hayat perkhidmatan adalah seperti jadual di bawah:
1.6 BENTUK BELANJAWAN

Terdapat dua bentuk belanjawan iaitu:

Belanjawan fleksibel
Belanjawan yang menunjukkan ramalan hasil dan kos perniagaan
pada beberapa tahap aktiviti atau keupayaan yang dirancang.
Belanjawan ini dikenali juga sebagai belanjawan boleh ubah.

Belanjawan statik
Merupakan belanjawan yang tetap. Ia disediakan oleh sesebuah
organisasi berdasarkan satu tahap aktiviti dalam suatu jangka masa
tertentu.
1.7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
BELANJAWAN
Tiga elemen penting dalam proses belanjawan iaitu jawatankuasa belanjawan, kakitangan bahagian
perakaunan dan manual belanjawan.

(i) Jawatankuasa Belanjawan


Terdiri daripada wakil ketua-ketua bahagian seperti bahagian pemasaran, kewangan, pengeluaran dan
pentadbiran
Jawatankuasa ini akan menentukan polisi atau dasar belanjawan serta memutuskan konflik dalam organisasi

(ii) Kakitangan Bahagian Perakaunan


Menyediakan anggaran jualan, anggaran perubahan ekonomi serta pasaran yang ada hubung kait dengan
perniagaan.
Membantu pengurusan dan jawatankuasa belanjawan dalam apa-apa saja keperluan termasuk rekod-rekod
terdahulu, anggaran masa depan dan laporan prestasi semasa.

(iii) Manual Belanjawan


Satu buku panduan yang lengkap bagi menyediakan belanjawan. Ia mengandungi objektif dan prosedur yang
terlibat dalam menyediakan belanjawan
Mengandungi format rasmi sesuatu belanjawan, dokumen sokongan yang diperlukan serta tarikh-tarikh
tertentu bagi menyediakan laporan dan belanjawan
Disediakan oleh bahagian perakaunan dan diedarkan kepada semua bahagian untuk rujukan dan peringatan
1.8 FORMULA-FORMULA PENGIRAAN
BELANJAWAN JUALAN

BELANJAWAN JUALAN

Formula Pengeluaran:
Pengeluaran = Unit Jualan + Stok Akhir Stok Awal

BELANJAWAN BAHAN MENTAH

Formula Penggunaan Bahan:


Penggunaan Bahan = unit pengeluaran x bahan yang diperlukan seunit

Formula Bahan Dibeli:


Bahan dibeli = Bhn. Digunakan utk pengeluaran + stok akhir bahan stok awal bahan

BELANJAWAN BURUH

Formula jam buruh:


Jam buruh = Keperluan masa buruh seunit x unit keluaran

Kos Buruh = Kos jam buruh x jam buruh diperlukan utk pengeluaran

You might also like