You are on page 1of 39

HUBUNGAN ETNIK

(SHE 101)
AGAMA DAN MASYARAKAT
AGAMA
Kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa
yang ghaib dan sakti seperti dewa, dan juga
amalan serta institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut.
Agama dan kepercayaan berkait rapat antara
satu sama lain.
Agama lebih luas, yakni merujuk kepada satu
sistem kepercayaan yang kohensif, dan
kepercayaan ini adalah mengenai aspek
ketuhanan.
Kepercayaan hanya melibatkan seseorang
individu lazimnya tidak dianggap sebagai
sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah
melibatkan sebuah komuniti manusia.
Agama dalam masyarakat boleh dikesan
melalui ;
1. Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian,
perayaan dan upacara.
2. Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut
kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci
dan bersih terhadap agama.
3. Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
4. Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya
masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Ciri lain agama ialah ia berkaitan dengan
tatasusila masyarakat dan ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal
perhubungan antara manusia dengan tuhan
tetapi merangkumi soal hubungan manusia
dengan manusia serta alam semulajadi.
Manusia yang tidak mempercayai adanya
tuhan dan tidak beragama pula dipanggil
ateisme.
JENIS-JENIS AGAMA
Dibahagikan kepada kriteria tertentu iaitu
agama sahih dan agama atau ajaran sesat.
Pembahagian ini boleh mendatangkan kesan
dalam masyarakat terutama masyarakat
berbilangan kaum di sesebuah negara.
Agama haruslah dijeniskan berdasarkan
kriteria yang zahir.
PENYEBARAN AGAMA
Penyebaran agama di bahagi kepada 2 iaitu ;
1. Agama Universal
merupakan agama yang dianuti msyarakat "besar".
Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia
tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya:
Agama Islam, Kristian dan Budha.
2. Agama Folk
merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai
sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya
hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya:
Taoisme.
SUMBER RUJUKAN AGAMA
Menganggap ajarannya kudus atau betul di mana
sumbernya juga kudus.
Dibahagikan kepada 2 sumber iaitu ;
Agama Bersumberkan wahyu.
sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan.
Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul atau
seseorang dan menganggap ajarannya adalah
kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama
Islam, Kristian dan Yahudi.
Agama Budaya.
merujuk kepada agama yang tidak menuntut
kepada sumber wahyu dan merujuk kepada
pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi,
falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Budha
dan Hindu.
KETUHANAN
Pandangan berhubung dengan konsep ketuhanan
berbeza antara agama terutama dari sudut nama
Tuhan dan sifat Tuhan .
Terbahagi kepada 2 iaitu ;
1. Agama Monoteisme
Agama yang menganggap Tuhan hanya satu, di
mana mendukung konsep kewahidan Tuhan.
Contohnya, agama Islam.
2. Agama Politeisme
Agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud
secara berbilang iaitu ada banyak Tuhan atau Tuhan
boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya,
agama Hindu.
FUNGSI AGAMA
Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu
agama disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang,
agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup.
Dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang
lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:
1. Memberi pandangan dunia kepada satu budaya
manusia.
Agama dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia
kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia
dan juga kedudukan manusia dalam dunia. Penerangan bagi
pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui panca inderia
manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah.
Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya
bahawa dunia adalah ciptaan ALLAH dan setiap manusia
harus menaati ALLAH.
2. Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu
dijawab oleh manusia.
Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia
merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia
sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat
hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia,
soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya
adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab
soalan-soalan ini.
3. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok
manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan
kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama
menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang
sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang
sama.
4. Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia menyaran dan
mengarah kepada kebaikan. Dalam ajaran
agama sendiri sebenarnya telah menggariskan
kod etika yang wajib dilakukan oleh
penganutnya. Oleh itu agama memainkan fungsi
yang dikenali sebagai kawalan sosial.
KENAPA AGAMA PENTING
1. Agama menggariskan segala peraturan
berkaitan dengan kehidupan manusia.
Menyediakan peraturan lengkap mencakupi
seluruh aspek kehidupan manusia dari segi
individu, masyarakat, ekonomi, politik dll.

2. Agama juga menjelaskan panduan atau


cara yang perlu untuk menghasilkan satu
perhubungan yang harmoni sesama manusia,
antara Pencipta dan dengan alam sekitar.
Akal fikiran yang terbatas tidak mampu
menyingkap sesuatu kebenaran.
3. Agama juga menyediakan cara penyelesaian
kepada segala masalah yang sudah, sedang dan
akan berlaku dalam kehidupan manusia.
4. Semua agama yang ada secara umumnya
bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Tuahn
dan memohon kebahagiaan, kejayaan dan
kebebasan hidup di dunia.
5. Allah jadikan kamu berbangsa-bangsa agar kamu
saling kenal mengenali antara satu sama lain.
6. Berlainan bahasa dan warna kulit adalah tanda-
tanda kekuasaan Allah.
7. Seandainya pelbagai kaum ini adalah bertujuan
utk bermusuh-musuhan, nescaya Allah jadikan satu
kaum sahaja.
AGAMA ISLAM
Bahasa - perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman)
tunduk atau serah diri, patuh, selamat, sejahtera
serta damai.
Terminologi (istilah) cara hidup.
mentauhidkan ALLAH S.W.T bermula dari Nabi
Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W.
Berpandukan atau berteraskan kepada AL-QURAN
dan HADITH.
4 Mazhab Syafiee, Hambali, Hanafi dan Maliki.
2 fahaman utama Ahli Sunnah Wal Jamaah
(Sunni) dan Syiah.
Tetap percayakan ALLAH dan Rukun Islam dan
Rukun Iman menjadi teras amalan seorang muslim.
3 konsep penting iaitu ;
1. Iman
Berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang
Muslim dan bertunjangkan kepada enam perkara
yang disebut Rukun Iman.
2. Amal
Berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang
muslim yang perlu dilakukan dan ia berteraskan
kepada Rukun Islam.
3. Ihsan
Menyentuh adab-adab seorang Muslim.

Jumlah penganut Agama Islam di dunia kini


mencecah 1.8 bilion.
INTIPATI AJARAN ISLAM
Antara intipati ajaran agama Islam ialah ;
1. Islam bersifat menyeluruh- ditujukan kepada semua
makhluk termasuk manusia.
2. Surah al-Sabak: 28 Dan kami (Allah) tidak
mengutuskanmu wahai Muhammad melainkan untuk
manusia seluruhnya: Memberi berita baik (kepada yang
taat) dan berita buruk (kepada yang ingkar).
3. Tidak kira dari mana asal, warna kulit, bahasa, jantina,
peringkat umur, status atau keturunan.
4. Islam sentiasa menyuruh melakukan kebaikan dan
melarang melakukan keburukan.
5. Islam menyuruh manusia menggunakan akal untuk
mencari kebenaran.
6. Islam menganggp dunia sebagai jambatan ke akhirat.
7. Untuk bahagia di akhirat, kebaikan perlu dilakukan di
dunia.
8. Darjat manusia adalah sama.
9. Tidak ada sistem pendeta atau hamba abdi.
10. Semuanya sama di sisi Tuhan.
11. Tidak ada perbezaan dari segi keturunan, bangsa,
warna ataupun kedudukan.
12. Yang membezakan hanyalah amalan kebaikan
(kepada Allah dan manusia).
13. Setiap manusia mempunyai hak dan tanggungjawab
yang tersendiri.
Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan
termaktub dalam PERLEMBAGAAN.
PIAGAM MADINAH
Perlembagaan bertulis yang dirangka pada 622 M
berpandukan wahyu Allah.
Merangkumi masyarakat Islam dan bukan Islam.
Mencakupi peraturan, tanggungjawab ketua Negara dan
rakyat dengan berasaskan persetujuan orang Islam serta
bukan Islam.
Contoh kandungan:
a. Fasal 1: Masyarakat terdiri daripada ummah yang bebas.
b. Fasal 2: Orang muhajirin mempunyai hak.
c. Fasal 6: Kaum Yahudi berhak mendapat bantuan.
d. Fasal 17: Tidak dibenarkan orang Islam membuat
perjanjian dalam peperangan kecuali atas dasar keadilan.
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
Persetujuan di antara orang Islam dan bukan
Islam (Yahudi).
Mengandungi 23 fasal (hubungan orang Islam
dan tanggungjawab) dan 24 fasal
(tanggungjawab orang bukan Islam terhadap
Madinah).
Perlembagaan bertulis pertama di dunia yang
berasaskan Negara berdaulat (Amerika 1787 dan
Perancis 1795)
Dirumus kepada tujuh aspek yang penting iaitu ;
Perkara Rumusan

1. Politik Nabi sebagai pemimpin Madinah dan hakim yang


menyelesaikan masalah.
2. Agama Masyarakat bebas mengamalkan agama masing
masing dan adat tetapi tidak menentang ajaran Islam
3. Sosial Masyarakt Madinah sebagai ummah dan
mempunyai tanggungjawab terhadap Negara.
Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
4. Perundangan Perundangan diguna secara keseluruhan dan
peraturan keluarga dalam kabilah boleh diamalkan
jika tidak menentang Islam.
5. Ekonomi Kerjasama antara masyarakat dituntut untuk
memajukan ekonomi.
Penipuan dan riba dihapuskan.
6. Pertahanan Masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah
dari ancaman luar.

7.Kedudukan Yahudi Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi


mematuhi perlembagaan.
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
Model kerajaan Islam unggul dan dijadikan panduan.
Unsur unsur Islam dapat dipraktikkan dalam Negara
yang berbilang bangsa.
Ekonomi: riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak
dibenarkan. Bertimbang rasa dan bersedekah digalakkan.
Mementingkan keadilan dalam berniaga walaupun pada
mulanya menghadapi masalah ekonomi.
Rasulullah berjaya membentuk masyarakat baru yang
berasakan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatu
padu dan mempunyai semangat ukhuwah Islamiah yang
tinggi. Taraf adan kedudukan rakyat adalah sama sesuai
dengan konsep keadilan sosial.
Islam menekankan persamaan hak dan persaudaraan
Islam iaitu tiada beza taraf dan memupuk semangat
perpaduan dan bantumembantu.
Masyarakat berbilang kaum dapat mendiami Negara yang
mempunyai undangundang yang lengkap dan sempurna.
Syariah adil.
Cara Nabi mendirikan kerajaan berbeza kerana Nabi
menyusun perlembagaan baru mengasaskan kerajaan.
Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
Menyusun kehidupan bersistematik dan terikat dengan
undangundang. Yahudi tidak boleh menindas Arab lain.
Semua harus mengikut peraturan. Disegani Negara luar.
AGAMA KRISTIAN
Penganut terbesar dengan jumlah 2.1 bilion.
Agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-
ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam
karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru.
Berkongsi semua kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama
Yahudi dan kerana itu ia juga dikenali sebagai agama usulan
Abraham.
Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus
Kristus.
Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih.
3 aliran utama iaitu Roma Katolik, Ortodoks(Ortodoks Timur
Dan Ortodox Timur Tengah) dan Proteston (Pelbagai
mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi,
Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme).
Yesus adalah anak Yahwe dan dikatakan
membentuk sebahagian daripada Tritunggal yang
bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan
Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk
satu Tuhan.
Percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe
sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia
menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang
perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat
selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan"
Yahwe Tuhan di syurga.
AGAMA YAHUDI
Teras kepercaya ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia
yang menyelamatkan Bani Israel.
Berpandukan undang-undang Yahwe (Torah).
Penganut Yahudi percayaan mereka sebagai cahaya kepada
manusia sejagat dan bangsa terpilih dalam melaksanakan tugas-
tugas dan tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat
yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan.
"Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang
utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang
pakar dalam hal-hal keagamaan.
Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah
yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah/Rukun Yahwe
atau Dekalog.
Frasa "Sepuluh Rukun" - merujuk kepada perenggan dalam
Exodus 20:2-17 dan Deuteronomy 5:6-21 juga dikenali "Upacara
Dekalog" daripada Exodus 34.
INTIPATI AJARAN AGAMA YAHUDI
Antara wadah ajaran agama Yahudi ialah ;
1. Terdapat Sepuluh Perintah.
2. Jangan menyembah Tuhan lain selain Yahwe.
3. Jangan membuat patung atau mengukirnya.
4. Jangan menyebut nama Yahwe dengan sia-sia.
5. Muliakan hari sabat (sabath).
6. Hormati ibu bapa.
7. Jangan membunuh.
8. Jangan melakukan zina.
9. Jangan mencuri.
10. Jangan melakukan kesaksian dusta.
11. Jangan menginginkan hak milik orang lain tanpa
hak.
AGAMA BUDDHA
Agama dan falsafah berasaskan ajaran Buddha
kyamuni (Siddhrtha Gautama) yang lahir pada kurun
ke-5 SM dan dikatakan bertapak di India.
3 aliran utama iaitu tiga iaitu Theravda (Bahasa
Sanskrit: Sthaviravda), Mahyna, dan Vajrayna.
Penganut berjumlah 350 juta.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam
semula jadi yang benar melalui pelajarannya bertahun-
tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada
masanya pertapaan. Penemuan ini dikenali sebagai
Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari
"Ketiduran Kejahilan" secara langsung akan mengenali
alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai
Buddha. kyamuni dikatakan sebagai Buddha yang
terkini daripada banyak Buddha.
Kata-kata Buddha dikenali sebagai Dharma.
Tujuan seorang menganut agama Buddha adalah
untuk menamati segala kesusahan dalam
kehidupan.
Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha
harus membersihkan dan melatih minda sendiri
dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat" atau "Jalan
Tengah" supaya memahami kenyataan yang
sebenar seterusnya mencapai kebebasan dari
segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvna (Pli
nibbna).
INTIPATI AJARAN AGAMA BUDDHA
Antara intipati ajaran agama Buddha ialah ;
1. Mempunyai Sepuluh Perintah yang perlu diamalkan.
2. Jangan membunuh.
3. Jangan mencuri.
4. Jangan melakukan perkara buruk atau tidak bermoral.
5. Jangan menipu atau berbohong.
6. Jangan minum benda yang memabukkan.
7. Tidak boleh makan selepas tengah hari.
8. Tidak boleh berhibur.
9. Tidak boleh berhias.
10. Tidak boleh bermewah atau bersenang-senang.
AGAMA HINDU
Sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan
(Brahman) telah wujud.
Percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran
semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan
amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan
menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.
Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai
penyatuan antara Atman (roh dirih) dengan Brahman
(Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara
(Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu Brahma : Pencipta,
Vishnu : Pemelihara dan Shiva : Tuhan Pemusnah dan
Kelahiran semula.
Mewakili Triniti Hindu atau Trimurti dan boleh ditambah
dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti
dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai 3 kepercayaan utama:
1. Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat iaitu
Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai
Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan
penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r
yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah orang beragama
Hindu.
2. Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan
paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering
mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk
membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan
semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula
dalam bentuk lain. Dari sembilan kelahiran ini, dua kelahiran
yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk
manusia sebagai Rama dan Krishna.
3. Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk
kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati
dan Uma.
INTIPATI AJARAN AGAMA HINDU
Agama ini berkonsepkan kitaran semula (cyclical
religion), sama seperti roda yang tidak ada
permulaan dan pengakhiran.
Perbuatan yang baik dipanggil PUNYA dan
perbuatan buruk dikenali sebagai PAPA.
PAPA dan PUNYA menetukan nasib seseorang
pada kelahiran yang akan datang.
Tujuan kitaran semula ialah untuk mencapai
kebebasan dan keselamatan yang dipanggil
MOKHSA.
AGAMA SIKH
Agama orang India yang muncul pada penghujung abad
ke-15 dan awal abad ke-16.
Gabungan ajaran Islam dan Hindu di bawah semboyan
"Bukan Hindu dan bukan Muslim.
Bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah
Punjab, India.
Pengasas agama - Guru Nanak (1469 -1539), seorang
yang pada asalnya beragama Hindu.
Percaya kepada satu Tuhan yang dikenali Waheguru.
Pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang
tidak meninggalkan pengganti tetapi meninggalkan
himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth dan
kemudian dikenali sebagai Guru Granth Sahib.
Gobind Singh juga menubuhkan sebuah
persatuan yang dikenali "Persaudaraan Khalsa
Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk
lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang
diberi gelaran "Lima K iaitu ;
1. Kesh (rambut yang tidak dipotong)
2. Kamgha (sikat)
3. Kara (gelang ditangan kanan)
4. Kirpan (pisau yang bermata dua)
5. Kachha (seluar pendek)
Kuil Emas di Amritsar, India merupakan tempat
suci bagi penganut Sikh
INTIPATI AJARAN AGAMA SIKH
Antara teras ajaran agama Sikh ialah ;
1. Lebih berbentuk peraturan kemasyarakatan
2. Percaya kepada kelahiran semula
3. Sekiranya seseorang pada kehidupan lalu jahat, dia
tidak akan dilahirkan dalam kedudukan yang lebih tingga
atau rendah, tetapi dikahirkan dalam keadaan yang sama.
4. MUHKTI adalah keselamatan dan kebebasan rohani
seperti hidup yang kekal abadi.
5. Salah satu cara untuk mencapai MUKHTI ialah
melalui amalan menuntut ilmu, berdisiplin dan
berkhidmat pada manusia.
6. Terdapat beberapa larangan, salah satunya tidak boleh
berkelakuan buruk ataupun tidak bermoral.
CIRI-CIRI UMUM KEBANYAKAN AGAMA
Terdapat beberapa ciri umum agama yang ada pada masa
kini. Di antaranya ialah ;
1. Mempercayai Kewujudan Tuhan
2. Mempunyai Pengikut
3. Dianggap sebagai Cara Hidup
4. Mempunyai Kitab Suci
5. Mempunyai Hari Suci
6. Mempunyai Tempat Suci
7. Mempunyai Bahasa Rasmi
8. Mempercayai Kewujudan Hari Pembalasan
9. Mempunyai Sistem Perundangan
Bagaimana pengetahuan tentang kepelbagaian agama dapat
membantu dalam mewujudkan perhubungan etnik yang
harmoni?
Membina kesedaran mengenai kepelbagaian.
Memahami nilai dan kepercayaan sendiri dan orang lain.
Membangunkan kesedaran tentang setiap individu.
Meneroka intipati ajaran setiap agama
Apakah nilai murni (konteks kemanusiaan- bukan ketuhanan)
yang boleh dikongsi bersama
Seperti Ilmu pengetahuan
Kebebasan
Pemesyuaratan
1. Keadilan
2. Persaudaraan dan kasih sayang
Membina kemahiran sosial yang asas seperti
1. Perkenalan
2. Persefahaman (terutama dalam amalan keagamaan)
3. Mewujudkan keinginan untuk bermuafakat
4. Saling bantu membantu
5. Semangat persaudaraan
6. Menangani konflik
7. Komunikasi
8. Menangani stress
KESIMPULAN
Setiap manusia mempunyai pegangan agama dan
kepercayaan tersendiri. Walau bagaimanapun ada juga di
antara mereka yang tidak menganuti sebarang fahaman.
Sebenarnya dalam sesebuah negara berbilang etnik,
sikap saling hormat menghormati perlu ada dan
kebebasan beragama perlu dilaksanakan. Walau
bagaimanapun nilai murni yang ada dalam sesuatu
agama atau kepercayaan boleh diamalkan selagi tidak
memesong akidah dan pegangan agama seseorang. Apa
yang penting setiap agama tidak mengarah pengikutnya
menjurus perkara keburukan.

You might also like