You are on page 1of 8

Konsep kesihatan

Konsep kesihatan bermaksud keadaan sihat


dan selamat, bebas daripada kecederaan,
kecacatan dan penyakit.
Pada tahun 1948, Badan Kesihatan
Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan
sebagai satu tahap atau keadaan di mana
seseorang individu itu mempunyai
kesejahteraan yang sempurna dari segi
fizikal, mental dan sosial.
Pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai
gambaran kepada pencapaian dan kemajuan
sesebuah masyarakat dan negara.
Kebanyakan status pembangunan sosio
ekonomi pula diukur berdasarkan kepada
beberapa faktor tertentu. Antaranya ialah
pencapaian tahap kesihatan dan pendidikan
serta kadar pendapatan tahunan isi rumah
dan sebagainya.
Dari segi kesihatan, aspek jumlah atau kadar
kelahiran yang tinggi dan kadar kematian
yang rendah dalam kalangan ibu bersalin dan
bayi yang baru lahir adalah menjadi ukuran.
Semakin tinggi kadar kelahiran dan rendah
kadar kematian, maka semakin membangun dan
majulah sistem perkhidmatan dan penjagaan
kesihatan negara itu.
Ia menggambarkan nisbah doktor dan pesakit
yang mencukupi dan mengikuti piawaian
kesihatan. Ia juga menunjukkan jumlah rakyat
yang mampu untuk mendapatkan perkhidmatan
rawatan dan perubatan semakin meningkat dan
mudah diperolehi di samping kekukuhan
pendapatan isi rumah.
Keadaan seperti ini tidak berlaku di kebanyakan
negara miskin dan mundur yang menyaksikan
jumlah kematian yang tinggi dan sistem
perkhidmatan kesihatan yang amat mundur dan
tidak sempurna
Indeks Kesihatan di Malaysia
Indeks kesihatan diukur berdasarkan:
- kadar kematian bayi
- jangka hayat
- nisbah doktor penduduk
Ini adalah hasil daripada perlaksanaan
program untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan kesihatan.
Kadar kematian bayi
Kadar kematian bayi merupakan petunjuk utama
taraf kesihatan dan pemakanan berkhasiat di
sesebuah negara .
Kadar kematian bayi di Malaysia telah bertambah
baik daripada 13.3 bagi setiap seribu kelahiran hidup
pada tahun 1990 kepada hanya 5.7 pada tahun
2002, menunjukkan pencapaian negara setanding
dengan negara-negara
maju.
Program kesihatan awam di luar bandar seperti
penjagaan kesihatan ibu mengandung dan kanak-
kanak, pemakanan berkhasiat, bekalan air bersih dan
pendidikan kesihatan telah menyumbang kepada
kemajuan ini.
Jangka hayat semasa lahir
Jangka hayat telah meningkat daripada
68.9 kepada 70.4 bagi lelaki dan daripada
73.5 kepada 75.3 bagi perempuan dari
tahun 1990 kepada tahun 2002.
Ini terutamanya hasil daripada kemajuan
perkhidmatan kesihatan dan perubatan
serta penekanan yang lebih tinggi ke atas
perkhidmatan penggalakan dan pencegahan.
Nisbah doktor
Peningkatan bilangan doktor ini adalah
hasil daripada usaha bersepadu yang
dilaksanakan, termasuk penambahan
pengambilan pelajar tempatan ke
institusi perubatan tempatan,
pelantikan doktor dan pakar asing serta
pengambilan semula secara kontrak
doktor dan pakar yang telah bersara.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like