You are on page 1of 7

BAHASA

MELAYU..
BAHASA
PERPADUAN.
Merujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak
ada sesiapapun yang berhak untuk membenci mana-mana
bahasa pun yang dituturkan di negara ini

Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menggunakan


bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi sesama sendiri,
manakala untuk berkomunikasi dengan bangsa yqng
berlainan, mereka menggunakan bahasa asing.

Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah


memperkenalkan dan menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa rasmi

Bahasa melayu telah dicatatkan dalam perlembagaan


Persekutuan sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa lain masih
boleh digunakan khususnya dalam sistem pendidikan
Peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
seperti berikut :
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah
dalam tulisan diperuntukan melalui undang-undang oleh
Parlimen.

Dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Bahasa


Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam


Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa tujuan akhir dasar
pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang
berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar.
Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah
rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah
untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di
samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu
secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Ketika YAB Dato` Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan gagasan 1
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai sebuah
organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan
memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu melalui
kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.
PERANAN BAHASA MELAYU
Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat

Lambang jati diri

Bahasa perpaduan

Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Wahana politik

Menggambarkan bangsa yang berkuasa


Langkah-langkah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan
DBP telah mengadakan program-program kebahasaan,
kesusasteraan dan penerbitan yang dirancang dan
dilaksanakan memenuhi kehendak pelbagai peringkat
masyarakat.

DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden


yang berupaya mengungkapkan pelbagai perkara dan ilmu
terkini, sama ada dalam sistem pendidikan mahupun dalam
perkara yang lebih umum, seperti dalam sistem pentadbiran
negara

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang semenjak tahun 1999


dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara disambut
pada bulan Oktober setiap tahun menjadi bukti betapa DBP
begitu komited terhadap hasrat mencapai gagasan 1
Malaysia
Program pembinaan bahasa dirancang untuk mencapai
matlamat membina, mengukuhkan dan meningkatkan
pangkalan data bahasa Melayu dalam bidang peristilahan,
perkamusan, tatabahasa, laras bahasa dan ortografi

DBP juga akan terus mempergiatkan usaha untuk membina


Munsyi Dewan

DBP pada tahun 2006 telah menubuhkan Pusat Penyelidikan


dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan
Remaja atau nama ringkasnya PURNAMA.

Usaha terbaharu kerajaan menggerakkan dasar


Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI)

You might also like