You are on page 1of 9

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA

KEMALANGAN JALAN RAYA


DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

Nama: Low Jia Yi (20)


Kelas : P5B
Pendahuluan

-Dasawarsa ini,isu kemalangan jalan raya yang


semakin meruncing sering menjadi fokus
perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar
di Malaysia.
-Peratus kes kemalangan jalan raya semakin
meningkat dari setahun ke setahun terutamanya
pada musim perayaan.
-Senario yang mengemparkan tidak boleh dibiar
berterusan.
-Justeru,sebelum kudis menjadi tokak,marilah
kita mengkaji punca-punca berlakunya
kemalangan jalan raya.
1)Kecuaian masyarakat semasa menggunakan
jalan raya
-Masyarakat sentiasa bersikap enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing,tidak bersabar
dan tidak mematuhi peraturan undang-undang.
-Penggunaan GPS juga boleh mengundang maut
-Misalnya,satu nahas jalan raya di kota bahru.Usia baru
dan setampuk pinang telah maut di tempat kejadian dan
dipercayai telah memandu kenderaan dengan laju.
-Kebanyakan pemandu mahupun penunggang motosikal
yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had
laju(Ikut hati mati,ikut rasa binasa)
2)Masyarakat yang tidak mepunyai lesen memandu.

-Sesetengah masyarakat pula menggunakan lesen


memandu yang palsu.
-Oleh itu,jika mereka tidak memiliki lesen memandu yang
sah,malah mereka semestinya tidak cekap dan tidak boleh
memandu kenderaan dengan baik.
-Justuru,seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu
tidak digalakkan memandu kenderaannya di jalan raya.
3)Ketidakprihatinan masyarakat tentang
keadaan kenderaan
-Sikap acuh tak acuh masyarakat tentang keadaan
kenderaan sememangnya meningkatkan risiko diri mereka
ditimpa kemalangan.
-Brek yang tidak berfungsi dengan elok,tayar kenderaan
yang haus akan mengakibatkan golongan yang alpa gagal
bertindak pada saat-saat genting.
-Tegasnya,kenderaan yang usang bukannya kemudahan
untuk masyarakat tetapi akan menjadi alat yang mampu
meragut nyawa pemilik.
4)Kemelut yang dihadapi oleh masyarakat
-Kondisi jalan raya yang tidak baik akan menyebabkan
jalan raya menjadi lebih bahaya terutamanya pada
waktu hujan turun
-Jalan raya yang berlubang dan tidak rata akan
menyebabkan tayar kenderaan tidak dapat
mencengkam permukaan jalan raya.
-Kesannya,kenderaan mudah hilang kawalan dan
terbabas lalu berlaku peristiwa ngeri.
-Jelaslah bahawa struktur jalan raya yang kurang
memuaskan dan tidak diselenggara dengan baik akan
menyebabkan kemalangan jalan raya.
Kesimpulan
-Masyarakat harus lebih berwaspada semasa hendak memandu
kenderaan di jalan raya kerana pandu cermat jiwa selamat.
-setiap lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah
mengembleng tenaga dan bergading bahu untuk memastikan
kadar peningkatan kemalalangan maut dapat diatasi dengan
berkesan.
-Dengan ini,diharapkan agar masyarakat dapat hidup sejahtera
tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan raya.
-Maka,inspirasi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020
dapat digenggam erat.

You might also like