You are on page 1of 9

SAYA PEKERJA JUJUR

PERMAINAN SITUASI
SITUASI 1
Deveish diberi tugas menyediakan lima hamper
untuk pertandingan melukis kanak-kanak di
kampungnya.
Dia hanya menyediakan empat hamper dan
menyimpan satu untuk dirinya.
Betulkah tindakan Deveish itu? Berikan sebab
Situasi 2
Kishen berjanji dengan jurulatihnya untuk berlatih
bersungguh-sungguh sebelum pertandingan
tarian.
Namun demikian, Kishen tidak berlatih seperti
yang dijanjikan
Apabila ditanya oleh jurulatih, dia berkata bahawa
dia sedang berlatih bersungguh-sungguh.
Patutkah tindakan Kishen? Berikan sebab.
Situasi 3
Angin yang bertiup kencang telah menerbangkan
beberapa barangan daripada gerai pasar malam
berdekatan rumah Roshan.
Roshan mengutip dan menyimpan barangan
tersebut untuk kegunaan sendiri. Patutkah
tindakan Roshan? Berikan sebab.
Situasi 4
Gowrie terlupa untuk mengunci stor sukan
persatuan penduduk.
Akibatnya, beberapa peralatan sukan hilang.
Apabila disoal oleh Ketua Kampung, Gowrie tidak
mengakui kesalahannya.
Patutkah tindakan Gowrie? Berikan sebab
Situasi 5
Christopher mengutip wang derma untuk mangsa
banjir di Seremban.
Tiba-tiba, Christopher ternampak permainan
video yang sudah lama ingin dibeli.
Christopher membeli permainan tersebut dengan
menggunakan wang derma yang dikutip.
Patutkah tindakan Christopher itu? Berikan sebab
Situasi 6
Daniel merupakan bendahari kelab badminton
Nilai.
Dia telah membelanja rakannya makan tengah
hari dengan menggunakan wang kelab badminton.
Adakah tindakan tersebut jujur? Berikan sebab
kamu.
Situasi 7
Ezekiel telah menendang bola hingga terkena
cermin kereta salah seorang pelawat taman
rekreasi.
Apabila melihat tiada siapa yang ternampak
kejadian itu, Ezekiel segera melarikan diri dan
pulang ke rumah.
Patutkah tindakan Ezekiel itu? Berikan sebab
Situasi 8
Afrina mempunyai banyak kerja sekolah yang
perlu disiapkan.
Namun demikian, dia telah berjanji untuk
membantu penduduk kampung bergotong
royong untuk majlis jamuan Hari Deepavali.
Apakah yang patut Afrina lakukan? Berikan sebab.

You might also like