You are on page 1of 26

ULP 1013

PEMBANGUNAN
SAHSIAH

AGAMA
&
KEAGAMAAN
Agama merupakan penanda jati diri masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum.
Tercatat dalam baris pertama ideologi negara (rukun
negara)
Perkara 3 Ceraian (1) menegaskan agama Islam
dijadikan sebagai agama rasmi dan persekutuan namun
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di negara ini.
Perlembagaan juga memperuntukkan agama-agama lain
berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara hal-hal
keagamaan bagi menyebarkan agama mereka kepada
masyarakat. Dengan syarat tidak disebarkan dalam
kalangan orang Islam atau berlawanan dengan undang-
undang am negara.
AGAMA ISLAM
Islam adalah agama yang diturunkan di Mekah
dan tersebar ke seluruh dunia termasuklah di
Alam Melayu
Islam berasal daripada perkataan Arab Salima
yang bermaksud keamanan, ketulenan,
penyerahan dan ketaatan
Agama yang berpegang kepada kepercayaan
bahawa Tuhan hanya satu yakni Allah SWT
yang bersifat Maha Esa.
Islam telah diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW
Al-Quran yang mempunyai konsep dan teori
peraturan hidup dan juga praktikal menjadi
panduan dan landasan untuk umat Islam
menghadapi kehidupan.
Agama Islam bukanlah agama yang dicipta oleh
Nabi Muhammad atau manusia. Ia diturunkan
melalui wahyu kepada baginda untuk
disampaikan kepada umatnya.
Islam agama yang ditunkan untuk umat
manusia seluruhnya.
Al-Quran merupakan rujukan utamanya
dan penting untuk memahami ajaran dan
arahan yang terkandung di dalamnya.
Segala jalan kehidupan dan perbuatan umat
Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-
Sunnah seperti yang diterapkan di dalam
perkembangan Tamadun Islam itu sendiri
Orang Islam wajib percaya kepada 6 Rukun
Iman dan juga 5 Rukun Islam
1)Rukun Iman
a. Beriman kepada Allah
b. Beriman kepada Rasul
c. Beriman kepada kitab-kitab Allah
d. Beriman kepada Malaikat
e. Beriman kepada Hari Kiamat
f. Beriman kepada Qada & Qadar
2) Rukun Islam

a. Mengucap dua kalimah syahadah


b. Menunaikan sembahyang lima waktu
c. Berpuasa di bulan Ramadan
d. Menunaikan zakat
e. Menunaikan haji jika berkemampuan
Kedua-dua jenis rukun ini ialah
kesimpulan daripada keseluruhan ajaran
dan perintah yang terdapat dalam Al-
Quran dan hadis.

Orang-orang Islam wajib percaya kepada


keenam-enam rukun iman tadi dan
mengamalkan kelima-lima rukun Islam
dalam melayari kehidupan sebagai seorang
muslim.
AGAMA BUDDHA
Buddha dalam bahasa Sanskrit bererti Yang
bebas daripada kejahilan.
Pengasas agama Buddha ialah Siddartha
gautama Buddha yang lahir di Nepal
Merupakan agama yang terawal bertapak di
Alam Melayu
Antara agama utama kepada masyarakat
Cina
Antara ajaran utama agama Buddha ialah yang
disebut sebagai Empat Kebenaran Mulia
mengenai alam :-
i. Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah
lumrah alam
ii. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu
untuk memperoleh kekayaan & keseronokan
iii. Bagi menggelakkan penderitaan, manusia
harus pandai mengawal nafsu
iv. Bagi mengatasi nafsu, seseorang harus
mempunyai mengikuti Jalan Berlapis 8 iaitu:-
a. Pandangan yang betul
b. Niat yang betul
c. Pertuturan yang betul
d. Tindakan yang betul
e. Punca pencarian yang betul
f. Usaha yang betul
g. Tumpuan yang betul
h. Pertimbangan yang betul
Sekiranya peraturan tersebut dapat difahami dan
dipatuhi maka manusia dapat melepaskan diri
daripada pengabdian kelahiran semula dan
mencapai tahap nirwana. (keadaan roh mencapai
ketenangan yang abadi)
AGAMA HINDU
Bahasa sanskrit disebut sbg Sanatana Dharma
bermaksud undang-undang abadi
Pengaruh sangat kuat di alam Melayu dari pelbagai
aspek.
Tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci
Ada 4 kitab terawal iaitu :-Rig Veda, Sama Veda, Yajur
Veda, Atharva Veda
Menyembah pelbagai dewa penjelmaan satu Tuhan
yang sama
3 Tuhan utama;-Brahma (pencipta), Vishnu (Pelindung)
dan Siva (pemusnah)
Konsep utama agama Hindu ialah Dharma (tugas
dan tanggungjawab setiap insan) Samsara (putaran
kehidupan), Karma (perbuatan semasa hidup yang
menentukan kehidupan di akhirat), Mokhsa
(kebebasan daripada putaran kelahiran)
Matlamat untuk mencapai Mokhsa dengan 4 jalan
iaitu :-
i) Raja Yoga (tafakur mengenai Tuhan)
ii) Jnana Yoga (melalui ilmu suci kebenaran Alam)
iii) Bhakti Yoga (rasa cinta dan kasih terhadap Tuhan)
iv) Karma Yoga (perlaukan sempurna)
AGAMA KRISTIAN
Hadir bersama kedatangan orang Barat ke Alam
Melayu
Portugis bawa mazhab katolik semenjak pada
zaman semenjak 1511
Belanda bawa mazhab protestan pada awal abad
ke 17
Percaya kepada Jesus Christ sebagai Tuhan
Kitab Suci adalah Bible
4 prinsip utama dalam agama Kristian :-
i) Terdapat satu Tuhan yang merupakan
pencipta seluruh alam
ii) Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan
bapa, tuhan anak dan tuhan holy spirit
iii) Ajaran Jesus hendaklah dipegang. Manusia
harus mencintai tuhan dan berbaik dengan
semua orang secara adiol dan aman
iv) Setiap orang akan diadili oleh Tuhan
ISLAM HADHARI
Diperkenalkan pada 23 September 2003 di
Perhimpunan Agong UMNO kali ke 55 oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia.
Ia bukan satu mazhab atau ajaran baru tetapi satu
pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat
tentang kesempurnaan ajaran Islam seperti yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW
Pendekatan Islam Hadhari menitikberatkan
keharmonian hubungan etnik, malah ia wujud sejak
zaman Nabi SAW
Islam Hadhari bertujuan untuk :-
- Menjana kemajuan manusia untuk
pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan
insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup
di dunia dan akhirat.
Hadhari membawa maksud yang bertamadun
atau Islam yang menekankan aspek
tamadunan
Istilah hadharah membawa maksud
keseimbangan kemajuan aspek material dan
spiritual. Islam hadhari menekankan nilai2 murni
dan positif
Tujuan utama Islam Hadhari adalah untuk
memperkasakan umat Islam dalam menghadapi
cabaran dunia semasa. Namun demikian, ia tidak
melibatkan umat islam sahaja apabila dilihat
dalam konteks masyarakat plural di Malaysia
Berlandaskan acuan kita sendiri.
Ia merupakan pendekatan menyeluruh
pembangunan dan tadbir urus berdasarkan
perspektif Tamadun Islam (JAKIM 2005)
Menjurus kepada pembinaan peradaban
Ia bertujuan melahirkan insan yang mempunyai
kekuatan moral inovatif, memandang ke
hadapan, mampu berdikari, memandang tinggi
budaya integriti dan membenci rasuah, sistem
penyampaian pentadbiran negara yang cekap
tanpa mengira golongan etnik
Pelaksanaan konsep keadilan dan amanah dalam
pentadbiran dengan menjalankan pemerintahan
yang tidak membezakan etnik, warna kulit,
kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama.
Matlamat dasar pembentukan masyarakat
Hadhari adalah untuk membangunkan warga
Malaysia menurut acuan kita sendiri;
berasaskan masyarakat yang majmuk.
Ia diperkasakan melalui 10 prinsip utama yang
digariskan oleh Perdana Menteri iaitu :
i) Keimanan dan Ketaqwaan
ii) Kerajaan Adil dan Amanah
iii) Rakyat yang Berjiwa Merdeka
iv) Pembangunan Ekonomi yang Seimbang &
Komprehensif
vi) Kehidupan Berkualiti
vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
viii)Keutuhan budaya dan moral
ix) Pemeliharaan alam semula jadi
x) Kekuatan Pertahanan
Prinsip pertama jelas menunjukkan ia
berteraskan pegangan asas penganut agama islam
di Malaysia. Wlau bagaimanapun, kita juga
memperakukan agama lain di Malaysia turut
mempunyai pegangan spiritual mereka masing-
masing yang mengarahkan kebaikan.
Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan
ingin mewujudkan sebuah masyarakat yang
progresif, aman dan makmur dengan keadilan
yang merata
ASAS SAHSIAH DALAM
KONTEKS AGAMA
1. Berkenal-kenalan
2. Persefahaman
3. Bekerjasama
4. Persaudaraan
5. Berkasih sayang
6. Saling Menjamin
APLIKASI SAHSIAH DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MALAYSIA
1. Kemesraan dan komunikasi
2. Budaya ziarah menziarahi
3. Mengambil berat
4. Memulia dan menghormati seseorang
5. Menghormati jiran
TERIMA KASIH

You might also like