You are on page 1of 14

Perisian Utiliti

Perisian Utiliti
Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang
berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan
komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
Perisian utiliti biasanya di sepadukan dengan kebanyakkan sistem
pengendalian atau dipasang secara berasingan.
Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu os based utility dan non-
os based utility.
Os based utility
Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner
dan penyusunan cekera (Disk defragmenter).
Disk Scanner
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan
dengan sistem operasi seperti windows.
Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan
masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive.
Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk
memperbaikinya. Kesalahan yang sering ditemui disebabkan termasuk:
i) Sistem yang sering rosak
ii) Aplikasi sistem yang penting tidak ditutup dengan betul.
iii) Adanya program berbahaya seperti virus,Trojan dan lain-lain.

Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang
mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah
diimbas.
Oleh itu penting bagi pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana
memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak.
Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi
dengan baik.
Disk Defragmenter
Walaupun hard drive semakin canggih namun masih lagi terdapat
kelemahannya dari segi penjagaan drive.
Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi
Fragmented.
Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara
keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna komputer sebagai
sebuah lokasi contiguous (berdekatan).
Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk
dalam bentuk cebisan noncontiguous.
Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin
berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa
mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza.
Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail
noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan
mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi.
Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan
menjadikan komputer lebih laju.
Non os based Utility
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu perlindungan virus
dan utiliti pemampatan
Perlindungan virus
perisian ini wajib dipasang pada setiap computer untuk mengimbas,
menangkis dan melindungi data dan computer anda daripada
serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat, dan
ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus
yang di kesan.
Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa
up-to-date iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE)
antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security,
Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.
Pemampatan Data
Utiliti pemampatan data digunakan untuk memampat dan
nyahmampat fail untuk menjimatkan ruang penyimpanan,
meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan masa
memuat turun fail. Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen,
fail video, fail grafik atau fail audio. Fail yang dimampat di panggil
termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara
contoh perisian pemampatan fail yang popular adalah WinZip,
WinRAR dan PKZIP
PERISIAN APLIKASI
1. Perisian Pemprosesan Perkataan
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-
mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan
import/eksport dokumen.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu:
Mencipta dokumen dan menyunting semula.
Mencetak teks bersama grafik seperti surat,notis, kertas kerja dan lain-lain.
Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip kedalam cakera
Mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa
sahaja yang anda mahu denganya.

Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft word, lotus AMI Pro, Star Office
Writter dan texmaker.
PERISIAN APLIKASI
2. Perisian Hamparan Elektronik
Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan pengiraan. Ia boleh membuat
pengiraan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan
secara automatik pada baris dan lajur apabila nombor-nombor ditukar.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu
Mencipta , menyimpan, memadam atau mengedit rekod
Menyusun dan menisih rekod
Membuat pengiraan matematik, statistic, kewanhan dan kejuruteraan
berdasarkan formula dan function.
Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
Contoh perisian hamparan elektronik ialah Microsoft Excel, Lotus 123 dan Faxpro.

PERISIAN APLIKASI
3. Perisian persembahan
Perisin ini membantu Pembina perisian membuat persembahan dengan
mengabungkan unsure animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan
menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak
membosankan.
Kelebihan perisian ini adalah
Menarik minat penonton/pengguna
Memberi motivasi kepada pengguna/penonton
Mudah difahami oleh penonton /pengguna.
Contoh perisian ini adalah Microsoft Power Point, Harvard Graphic dan
lotus FreeLance.
PERISIAN APLIKASI
4. Perisian Pengkalan Data
perisian pengkalan data ialah satu perisian untuk membina Database
atau pengkalan data dalam sesebuah sistem. pengkalan data
merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk
mengurus angka-angaka dan fakta-fakta. pelbagai jenis data
mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk:

4. Perisian Pengkalan Data
Jadual
Merupakan satu objek dalam pengkalan data yang mana angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur.
Carian
Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pengkalan data, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil
keluaran yang tertinggi atau keputusan peperiksaan.
Borang
Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data.
Laporan
Merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu,output
dari segi pengiraan, tajuk,graf,gambar rajah dan maklumat lain yang dirasakan perlu.
Makro
Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan
pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatic akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu
butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain.
Modul
Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan ioperasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro.
Rekod
Satu koleksi data pada satu jadiual.
Objek
Satu unit yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data,seperti table,report atau form.
PERISIAN APLIKASI
5. Pengaturcaraan
Pengaturcaraan ialah satu ciptaan satu set perintah-perintah atau
arahan yang mengarahkan satu komputer dalam melaksanakan satu
tugas. Kemudian perintah atau arahan ini akan di susun dan
ditafsirkan lalu dtukar kepada arahan-arahan boleh dilaksanakan oleh
komputer atau alat elektronik yang telah diprogramkan. Contoh
bahasa pengaturcaraan ialah C,C++,Fotran dan lain-lain.

You might also like