You are on page 1of 11

PENUBUHAN MALAYSIA

7.1 PENGENALAN

Negara kita merupakan sebuah entiti politik yang


merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai
banyak keseragaman dan beberapa perbezaan yang
tersendiri.
Keseragaman - bentuk populasi, iaitu jenis etnik dalam
masyarakat, amalan agama, dan adat resam,
Perbezaan - pengaruh politik dan corak pembangunan.

Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.


Sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu atau
Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.
Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan
Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri
yang berada di Semenanjung.
Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
7.2 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN
MALAYSIA

Terdapat empat faktor utama yang mendorong


penubuhan Malaysia,
imbangan kaum,
kemerdekaan bagi negara-negara baru,
meningkatkan taraf hidup bumiputera, Sabah dan
Sarawak,
mengeratkan hubungan yang sedia ada.
7.2.1 Imbangan Kaum

Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan


pelbagai reaksi dari banyak pihak - paling
diperdebatkan ialah kemasukan Singapura.
UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan
mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum
Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu.
Singapura pada masa itu dipengaruhi oleh parti Barisan
Sosialis.
Dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat
anti-Komunis dan pro-Barat.
Kajian Nordin Sopiee menggariskankan kebaikan-
kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan
Borneo berjaya dilakukan.
Dato Senu Abdul Rahman menyatakan penduduk
Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan
sebagai Melayu.
Penduduk Borneo dan Tanah Melayu merupakan
sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami
Nusantara yang sama dari segi ras dan kebudayaan.
1961, Peoples Action Party (PAP) di Singapura telah
kalah di kawasan Hong Lim (kubu kuat parti) tersebut
kerana perpecahan di kalangan ahli PAP.
Sayap kirinya yang diketuai oleh Ong Eng Guan membentuk
Barisan Sosialis yang di katakan telah dipengaruhi oleh
komunis.
Tunku Abdul Rahman merasakan kemasukan Singapura
adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut
nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu di Tanah
Melayu.
Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang
menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya
Singapura dibiarkan berada di luar Tanah Melayu.
Penyatuan dapat mengawal keselamatan Singapura
dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama.
Sabah dan Sarawak juga perlu diajak menganggotai
Malaysia untuk mewujudkan keseimbangan dari segi
komposisi kaum di negara ini.
7.2.2 Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru

Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu


untuk membantu negara-negara yang masih
dijajah untuk mencapai kemerdekaan.
Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah
Melayu yang ingin menolong negara-negara yang
sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan.
Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514
Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960.
7.2.3 Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak

Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak


adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan
golongan yang sama di Semenanjung Malaysia.
Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di
wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang.
Mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka
golongan pendatang lebih berjaya dalam pendidikan dan
menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.
Bumiputera merupakan golongan yang terbiar di tanah
air mereka sendiri.
Mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu berhasrat
untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak yang kedudukan
mereka cukup merosot dan tidak ada hak
keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan
Bumiputera tempatan.
Masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap
mereka sebagai saudara dan berkemungkinan
mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan
Malaysia dan Parti Perikatan.
7.2.4 Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada

Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan


Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih
mengeratkan hubungan baik yang telah sedia
terjalin.
Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta
hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan
di Kuala Lumpur.
Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang
sama memang telah wujud di antara Tanah
Melayu dan Sabah serta Sarawak.

You might also like