You are on page 1of 8

Definisi : Alat artikulasi atau alat atau organ

yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi


bahasa.

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam


mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat
yang terlibat dalam sistem udara yang keluar
dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan
bunyi bahasa
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting
paling aktif dan digelar tulang belakang kepada
pertuturan manusia.

Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu


belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun
lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini
membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi
bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.

Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan


sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan
bunyi.Penampan aliran inilah yang menghasilkan
bunyi.
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak
pada bahagian luar rongga mulut.

Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang


boleh dihamparkan dan dibundarkan serta
berperanan mengeluarkan bunyi yang
berbagai-bagai.

Bibir juga berfungsi membuat sekatan


kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut.
Gusi merupakan bahagian yang cembung
dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut.

Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan


dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu
i. Lelangit keras
ii. Lelangit lembut
Lelangit lembut menganjur dari sempadan
lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat di
turun naikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Terletak di atas rongga mulut yang
dipisahkan oleh lelangit.

Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup


bergantung kepada keadaan samada anak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok
halkum dan amat penting dalam hasilan
bunyi.

Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara


memperluas dan mempersempit lubang yang
terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaaan.

You might also like