You are on page 1of 26

Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan

Strategi Pentaksiran
&
Pengesahan Awal Murid Berisiko
CHEU CHING TING
YUNG YUH LING
Strategi-strategi pentaksiran yang
boleh digunakan:
Pengujian
Pemerhatian
Senarai semak
Rekod lama
Rekod Anedot
Running record
Profil murid
Sampel kerja
Pengujian
merupakan suatu alat pengukuran dengan
tujuan mendapat maklumat tentang
pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek
kognitif, psikomotor ataupun efektif.

Contoh:Ujian rujukan norma,ujian rujukan


kriteria,inventori tidak formal,kuiz,phobe ,analisis
tugaan.
Pemerhatian
merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan untuk
mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku
seseorang murid.
Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan.
Kaedah yang sering dijalankan dalam pemerhatian ialah
dengan menggunakan berbagai-bagai cara catatan
bergantung kepada objektif.
Seseorang guru boleh membuat pemerhatian dari jauh
atau berada bersama di dalam kumpulan
respondennya.
Senarai semak
Instrumen yang mengandungi data yang diperlukan
oleh guru untuk memahami pencapaian murid.
Senarai semak standart memerlukan kita
meluangkan masa untuk mencari maklumat dengan
melakukan pemerhatian dari sudut kriteria pelajar
sebelum memulakan pengumpulan data yang
menyeluruh.
Soal selidik
merupakan satu alat penyelidikan yang kerap
digunakan dalam kajian tinjauan.

Juga merupakan teknik temubual untuk mendapatkan


maklumat daripada murid.

Tujuan borang ini untuk mendapat maklumat tentang


latar belakang responden.
Rekod lama
Merujuk kepada sesuatu peristiwa yang signifikan.

Ini termasuklah tingkah laku yang diperhatikan, latar di


mana tingkah laku berlaku dan intrepretasi tentang
peristiwa.

Rekod akan lebih bermakna apabila ;


i. Ia menumpukan kepada peristiwa/ perkara yang
bermakna.
ii. Ia direkodkan sebaik sahaja insiden selesai.
iii. Ia mengandungi maklumat yang mencukupi
untuk mudah difahami kemudian.
iv. Perlakuan yang diperhatikan dan
intrepretasinya diasingkan
Rekod Anekdot
Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot
ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
untuk direkod.
Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden
dengan perkataan atau gambar.
Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa
yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama
kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku,
ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru.
Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi
membantu murid itu.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-
kanak berkenaan.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis
rekod anekdot ialah:
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada
aspek perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan
kekurangan.
Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan
peristiwa menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan
literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
Panduan Merekod:
Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa
yang direkodkan tidak tercicir.
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian
dibuat.
Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-
kanak.
Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan
tingkah laku kanak-kanak yang diperhatikan.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa
yang menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
Contoh Rekod Anekdot
Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar
Umur : 6 Tahun
Kelas : Pra Bestari
Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 8.35 Pagi
Tempat : Taman Permainan Prasekolah
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan:


Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir,
Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-
tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang
beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi
Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula,
tangannya sakit.
Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa
tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti
ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-
kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris.
Haikal dan Faris pun bersalam.

Ulasan Guru:
Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat
interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut
peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.

Cadangan:
Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan
semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi
teladan kepada orang lain.
Kebaikan Rekod Anekdot:
Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat
rekod ini.
Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan
dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan
sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.
Keburukan Rekod Anekdot:
Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia
hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati
sahaja.
Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati
kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya
catatan atau rekod adalah kurang mendalam.
Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam
kajian saintifik.
Running Record/Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita
(narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid
semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan
dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam
tempoh 3 hingga 8 minit.
Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat
secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi
membantu guru tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Rekod ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia merekod
semua kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian dipilih
ataupun yang diperlukan sahaja.
Prosedur pemerhatian:
Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan.
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak secara
terperinci.
Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Panduan menulis:
Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin
diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau
Judgemental.
Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang
strategik atau sulit.
Contoh Rekod Berterusan
Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Mac 2009
Masa : 9.15 9.20 pagi
Tempat : Pusat Main Pasir
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria
Mempunyai sifat kepimpinan

Menunjukkan sifat toleransi dan


pandai membahagikan peralatan
sama rata.

Aqilah memahami erti persahabatan


dan bekerjasama sesama rakan-rakan.
Kebaikan rekod berterusan:

Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada


satu kejadian sahaja.
Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja
yang beliau lihat.
Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran
pemerhati yang khusus.
Keburukan rekod berterusan:

Memerlukan banyak masa.


Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.
Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod
pemerhatian secara kumpulan.
Rekod Profil
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid
dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah dan
ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

Sampel Kerja
juga dikenali sebagai hasilan kerja.
berdasarkan kerja murid yang telah siap.
contoh: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah
(homework).

You might also like