You are on page 1of 22

TOPIK 1

ISU POLITIK DUNIA SEMASA


Oleh : En. Mazlan Junaidi
1.1 Pembaharuan dalam sistem
politik Eropah

1.1.1 Pembentukan negara-negara bangsa


akibat keruntuhan Kesatuan Soviet
Pengenalan: Kesatuan Republik Sosialis
Soviet

Kesatuan Republik Sosialis Soviet


(juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet
atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah
negara sosialis yang wujud pada 1922 -
1991.
Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia
merupakan salah satu kuasa besar dunia
selain Amerika Syarikat.
Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat
luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara,
enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua
Asia.
Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia,
Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan
dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia (Slovakia
dan Republik Czech), Poland, Norway, dan Finland.
Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari
"musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat.
Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap
sebagai sebahagian benua Eropah.
Rusia merupakan wilayah terbesar dalam
kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan
penduduknya adalah seramai 145 juta
orang atau lebih kurang 50.8% jumlah
penduduk keseluruhan di sini.
Terdapat dua puluh dua bangsa yang
mempunyai lebih 1 juta penduduk,
dimana lima belas mempunyai kesatuan
republiknya yang tersendiri.
Antara bangsa yang terbesar ialah bangsa
Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.
Sejarah
Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917,
menandakan titik permulaan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet.
Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini
dipanggil Leningrad) yang bangun menentang
regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan
mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta.
Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah
diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma,
yang membentuk sebuah kerajaan sementara.
Namun demikian pada November 1917 kerajaan
ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik,
dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin
Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka
komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan
Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan
selama tiga tahun (1918-21).
Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada
Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi
kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia.
Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua
organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu
parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal
semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya
rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah
ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara itu.
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau
digantikan oleh Joseph V. Stalin. Stalin merupakan
seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan
beliau telah memaksa pengindustrian serta
pertanian secara kolektif secara besar-besaran di
negara ini.
Disamping itu, banyak syarikat swasta dan
kawasan pertanian telah dirampas oleh
kerajaannnya.
Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam
penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya
telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran.
Selain itu beliau telah membunuh para
pembangkang kerajaan.
Era pemerintahan beliau dikenali sebagai the
Great Terror.
Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya
dan wilayah-wilayah Soviet membangun
dengan amat pesatnya, walaupun
pembangunan adalah lebih kepada industri
berat dan ketenteraan dan bukannya
berdasarkan kehendak pengguna.
Stalin yakin pembangunan ekonomi yang
pesat adalah mustahak untuk survival
Kesatuan Soviet.
Beliau begitu bimbang dengan
peperangan dan serangan pihak Jerman.
Oleh itu satu perjanjian telah
ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-
Soviet Nonaggression Pact, yang
membolehkan kerajaannya mengambil
bahagian timur Poland (Ukraine barat),
wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia.
Walaupun begitu, perjanjian ini telah
dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh
Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941.
Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan
tentera Jerman, Tentera Merah The Red
Army akhirnya berjaya membendung
kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945,
menduduki sebahagian besar Eropah Timur
termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman
Timur).
Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet
terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di
seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala
tentera Soviet.
Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan
Soviet mengubah pendudukan militarinya
di Eropah Timur kepada dominasi politik
dan ekonomi, dimana regim-regim pro-
komunis di bawah pantauan Moscow telah
diangkat sebagai pemerintah.
Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah
berusaha untuk mengembangkan sayapnya
ke negara-negara luar termasuk negara
jirannya seperti Finland dan Afghanistan.
Ini telah menerima reaksi negatif dari
negara-negara barat, lalu tercetuslah perang
yang dipanggil Perang Dingin.
Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa
membina semula ekonomi Soviet yang telah
runtuh akibat perang, sambil meneruskan
polisi lamanya iaitu membangunkan industri
berat dan ketenteraan, serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi
manusia.
NIKITA S. KRUSHCHEV:
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev
beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan.
Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara
pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan
penindasan.
Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat
konfrontasi terhadap negara Barat.
Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear
dan penjelajahan angkasa lepas.
Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru
berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan
peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya
sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964.
Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang
meneruskan polisinya dengan negara Barat dan
penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
GORBACHEV
Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik,
ekonomi dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi
yang konservatif, dan berusia.
Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan Konstantin U.
Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat
singkat dan tidak membawa banyak perubahan.
Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung
Comunist Party of Soviet Union (CPSU) dan ketua negara
Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet
telah menjadi semakin teruk.
Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan
perubahan secara mendadak untuk membangunkan
semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri
program pembaharuan yang dipanggil perestroika,
glasnost, dan demokratizatsiia.
Namun demikian, usaha beliau untuk
mengadakan reformasi politik dan ekonomi
tidak mencapai matlamatnya.
Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan
kemelut politik di peringkat nasional.
Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang
masih berlarutan.
Disamping itu beberapa bangsa di dalam
kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk
memberi wilayah mereka lebih autonomi politik
dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan
kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet.
Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal
oleh regim Soviet selama ini telah meletus
dan ramai orang telah terkorban.
Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin
goyah dan agak lambat bertindak untuk
mengatasi krisis sosial tersebut.
Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev
telah gagal membawa pemulihan ekonomi
kepada rakyat, manakala glasnost dan
demokratizatsiia hanya melonggarkan
kawalan regim terhadap rakyatnya.
Satu referendum untuk pengekalan USSR
telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan
populasi mengundi untuk pengekalan
kesatuan berkenaan di kebanyakan republik.
Referendum berkenaan telah memberikan
Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan
pada musim panas 1991 satu perjanjian
kesatuan telah dirangka dan dipersetujui
oleh kebanyakan republik yang mana ia
akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis
Soviet kepada federal yang lebih longgar.
Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun
diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan
Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap
Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti
Kommunis, merujuk kepada "Hardliners"
media Barat.
Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan ,
Yeltsin menjadi wira manakala kuasa
Gorbachev telah berkurang dengan
banyaknya.
Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak
kepada republik-republik berkenaan
Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan
merdeka, manakala 12 republik yang lain
menyambung kembali perbincangan tentang
model kesatuan yang lebih longgar lagi.
Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia,
Ukraine dan Belarus telah menandatangani
Belavezha Accords yang mengisytiharkan
kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel
Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk
menggantikannya.
Sementara ramai yang masih tertanya-tanya
siapa yang mempunyai kuasa untuk
membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25
December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan
president USSR dan memberikan kuasa kepada
Boris Yeltsin.
Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan
tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya.
Selepas secara umumnya diisyhtiharkan sebagai
rasmi-pembubaran tersebut mengakhiri USSR
sebagai satu kerajaan kesatuan.
Kebanyakan organisasi seperti tentera merah dan
Red Army and Militia forces menyambungkan tugas
mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap
kedalam negara-negara merdeka yang baru.
Bermula era pembentukan negara bangsa yang
baru.
Sekian. Terima kasih.

You might also like