Pentaksiran Dan Pngukuran

You might also like

You are on page 1of 17

Pentaksiran dan Pengukuran

dalam Pendidikan Matematik

SITI MARIAM MAHAMOOD


NURHIDAYAH AB KARIM
CHIA PAU LING
NOR SUHAILA ABDUL
Pentaksiran
Pentaksiran ialah proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian ( Popham, 2000 )

Pentaksiran juga adalah sebahagian daripada


proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor
dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu
tujuan tertentu ( Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000 ).
Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan
dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada
proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki
proses pembelajaran pelajar.

Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat


formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang
kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka
dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir
melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.

Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran


menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan
untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar.
Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh
menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang
tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan
aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa
tersebut.

Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan


selepas suatu jangka masa tertentu.

Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh


mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh
mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh
oleh pelajar pada akhir sesuatu program.
Mewujudkan
bilik darjah
yang
seimbang

Membuat Merancang
penilaian dan perancangan
pengredan pengajaran
kemajuan dan
pelajar Kepentingan pembelajaran
Pentaksiran dalam
Bilik Darjah
Matematik

Menyediakan
Mengenal
maklum
pasti masalah
balas dan
pelajar
insentif
Proses Pentaksiran Pelajar

Fasa
Fasa Fasa
Pengumpulan Fasa Refleksi
Persediaan Penilaian
Maklumat
Jenis Pentaksiran
Pentaksiran Pentaksiran
Piawai Bukan Piawai
Pentaksiran yang diselaraskan Pentaksiran yang dijalankan
untuk semua calon peperiksaan disekolah yang di bina oleh guru
tanpa mengira di mana dan bila guru bertujuan untuk mentaksir
dijalankan. keperluan khusus dalam kelas.

Markah calon diperiksa dan ditafsir Pentaksiran ini merupakan


dengan cara yang sama dengan pentaksiran maklumat untuk
tujuan untuk mendapat markah membandingkan gred, tahun, dan
seluruh sekolah, negeri dan negara. tingkatan pelajar.

Semua ujian tersebut dikelolakan


oleh satu Majlis Peperiksaan
Malaysia di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Menulis
Tugasan

Teknik
Kerja Rumah
pentaksiran Pembentangan
secara
berterusan

Persembahan
Kesahan

Istilah

Kebolehlaksanaan Kebolehpercayaan
Kesahan
Kesahan bermaksud keboleh ujian mengukur apa yang
sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax &
Newton,1977).

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian


berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang
yang ditetapkan.

Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah,


sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang
sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Dalam
konteks Pembelajaran Masteri, ujian yang terlibat ialah
praujian dan pascaujian.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan
ujian berkenaan.

Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai


akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk
kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah
dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta
boleh diterima pakai tanpa keraguan.
Kebolehlaksanaan
Kebolehlaksanaan adalah berhubung rapat
dengan bentuk soalan ujian itu sesuai dalam
lingkungan masa dan batas kajian. Hasil ujian
akan memberi gambaran berhubung dengan
pembinaan ujian.
kesahan sesuatu pentaksiran
Mestilah ada kenyataan yang jelas
mengenai tujuan atau hasil

cara untuk memastikan


pembelajaran sesuatu kursus.

Objektif atau hasil pembelajaran


sesuatu kursus ialah untuk mengukur
sama ada tercapai atau tidak.

Pentaksiran haruslah mengambil


contoh dari kebolehan pelajar dalam
kebanyakan objektif atau hasil
pembelajaran.

Memastikan keselamatan dan


pengawasan yang mencukupi dalam
menjalankan ujian bagi mengelakkan
penipuan.
Pentaksiran Matematik Autentik
Pentaksiran Matematik Autentik adalah satu
kurikulum matematik baru yang merentas
sempadan dunia dan logistik yang mengandungi
penetapan yang berstruktur dan berbeza dengan
penetapan biasa di dalam kelas sebelumnya.

Kurikulum tersebut menggabungkan topik


matematik lama, baru dan akan datang yang kaya
dengan pelbagai masalah berbentuk situasi yang
aktif dan berkait rapat dengan pelajar.
Pengukuran
Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah
membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran
sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.

Menurut Noraini Idris dan Nik Azis Nik Pa (2008), pengukuran


merupakan landasan bagi definisi operasi pengukuran.

Istilah pengukuran merujuk proses memberi penjelasan


berangka kepada atribut bagi suatu benda, perkara,
keadaan, orang, atau peristiwa mengikut peraturan tertentu.
Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan
pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian.
Proses pengukuran berakhir dengan maklumat
berbentuk kuantitatif seperti : Markah, Peratus
markah, Persentil (peratusan kedudukan seseorang
berbanding kedudukan orang lain), Agregat,
Pangkat atau Band.

Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan


menggunakan instrumen atau pun tidak.

Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang


biasa digunakan ialah : Ujian, Soal selidik, Kuiz,
Senarai semak
Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat
dengan cara anggaran, tafsiran, agakan,
taakulan dan pemerhatian.

Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh


tanpa menggunakan instrumen tentunya kurang
tepat dan kurang boleh dipercayai kerana
seringkali berubah-ubah.

Contohnya, dapatkah kita mengira berat murid


tanpa menggunakan penimbang?

You might also like