You are on page 1of 57

Elektrik statik cas elektrik yang pegun

atau tidak bergerak


Kajian elektrik statik disebut elektrostatik.
Terdapat dua jenis cas elektrik statik, iaitu
cas positif dan cas negatif.
Cas positif terdiri daripada proton.
Proton tidak boleh bergerak.
Cas negatif terdiri daripada elektron.
Pemindahan elektron berlaku apabila dua
bahan yang berlainan digosokkan bersama-
sama.
1) Cas positif dan cas negatif mempunyai
keupayaan untuk menarik dan menolak
cas-cas yang lain.
2) Cas yang sama jenis menolak antara satu
sama lain.
3) Cas yang berlainan jenis menarik antara
satu sama lain.
4) Daya tolakan dan daya tarikan yang wujud
antara cas elektitrik ini disebut daya
elektrostatik.
5) Daya elektrostatik ialah sejenis daya yang
disebabkan oleh cas-cas elektrik statik.
Cas elektrik statik dapat dihasilkan pada
objek yang neutral dengan
menggosokkannya dengan satu bahan yang
lain seperti kain berbulu atau kain sutera.
Apabila dua bahan berlainan digosok,
pemindahan elektron berlaku. Salah satu
bahan menerima elektron manakala satu
lagi kehilangan elektron.
Bahan yang menerima elektron menjadi
bercas negatif kerana mempunyai lebih
banyak elektron daripada proton.
Bahan yang kehilangan elektron menjadi
bercas positif kerana mempunyai lebih
banyak proton daripada elektron.
Satu objek adalah neutral jika bilangan cas
positif (proton) dan cas negatif (elektron)
adalah sama.

Bahan dicas positif Bahan dicas negatif


Kaca Kain sutera
Selulosa asetat Kain sutera, kain bulu
Kain sutera Getah keras
Getah (belon) Nilon
Kain bulu Getah (belon), politena

Bahan yang dicas positif dan negatif


Elektroskop digunakan
untuk mengesan cas
elektrik yang kecil atau
cas-cas elektrik statik.
Bahan yang bercas
dapat dikesan dengan
menggunakan
elektroskop
Elektroskop terdiri
daripada satu kotak logam
dengan tingkap kaca.
Ceper logamnya
disambung kepada rod
logam.
Sehelai kerajang emas
dilekatkan di bahagian
bawah rod logam itu.
Penebat mencegah cas-
cas daripada mengalir dari
rod logam ke kotak logam.
Sebelum digunakan, elektroskop perlu
dibumikan dengan menyentuh ceper
logamnya dengan jari. Hal ini bertujuan
untuk meneutralkan elektroskop.
Apabila bahan yang bercas dibawa dekat
kepada ceper logam elektroskop, kerajang
emasnya akan mencapah.
Apabila bahan yang tidak bercas (neutral)
dibawa dekat kepada ceper logam
elektroskop, kerajang emasnya tidak akan
mencapah.
Pengeseran antara dua bahan
menghasilkan cas elektrik. Oleh
itu, cas elektrik dapat dihasilkan
dimana-mana sahaja.
Kejadian kilat
Palam pencucuh

Percikan bunga api


terhasil apabila enjin
kereta dihidupkan.
Cas-cas elektrik
melompat melintasi ruang
bunga api pada palam
pencucuh untuk
menghasilkan bunga api.
Bunga api ini
menyebabkan bahan api
terbakar untuk
menghasilkan tenaga.
Menyikat rambut

Rambut kering akan


berdiri tegak atau
akan tertarik ke arah
sikat pada hari kering.
Hal ini disebabkan
rambut menjadi bercas
apabila bergeser
dengan sikat.
Pemetik api elektronik

Cas elektrik terhasi


apabila pemetik api
elektronik dipetik
untuk menghasilkan
bunga api.
Bunga api ini
kemudian akan
menyalakan gas.
Pakaian nilon

Bunyi bergeser kedengaran


apabila kita menanggalkan
pakaian nilon pada hari
kering.
Hal ini disebabkan cas
elektrik statik terhasil
apabila pakaian nilon
bergeser dengan badan kita.
Konduktor kilat

Bumbung bangunan tinggi biasanya


dipasang dengan konduktor kilat
untuk melindungi daripada
disambat oleh kilat.
Hujung konduktor kilat yang
bercabang dan tajam mengalirkan
cas elektrik pada awan ke bumi
(dibumikan).
Satu hujung lagi pada konduktor
kilat ditanam di dalam tanah untuk
mengalirkan cas elektrik daripada
awan ke bumi tanpa merosakkan
bangunan.
Lori tangki minyak

Lori tangki minyak menjadi


bercas elektrik statik apabila
bergerak kerana bergeser
dengan zarah udara.
Tambahan pula, tayar getah
menghalang cas daripada
mengalir ke bumi.
Oleh itu, rantai logam dipasang
di bahagian bawah lori untuk
mengalirkan cas ke bumi apabila
rantai logam itu menyentuh jalan
raya.
Hal ini mengelakkan bunga api
daripada terhasil yang mungkin
menyebabkan kebakaran.
Kapal terbang

Kapal terbang akan


memperoleh cas elektrik
yang tinggi apabila
bergeser dengan udara
semasa terbang.
Tayar yang dibuat khas
akan mengalirkan cas
elektrik ke bumi apabila
kapal terbang mendarat.
Dinamo basikal Sel kimia
Tenaga kimia
Dinamo mengubah diubah kepada
tenaga kinetik tenaga elektrik
kepada tenaga dalam sel-sel kimia.
elektrik

Sumber tenaga
elektrik

Sel suria Termokupel

Tenaga suria
diubah kepada Arus terhasil
tenaga elektrik apabila haba
dikenakan
Cas-cas elektrik (elektron) yang bergerak
menghasilkan arus elektrik.
Arus elektrik membolehkan alat elektrik
seperti televisyen, peti sejuk dan kipas
angin berfungsi.
Arus elektrik terhasil apabila elektron-
elektron mengalir dalam satu arah tertentu
dalam suatu konduktor.
Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas-
cas negatif atau elektron melalui suatu
konduktor.
Arus elektrik juga ditakrifkan sebagai
kuantiti cas yang mengalir melalui suatu
konduktor dalam masa satu saat.
Penjana Van de Graaff adalah satu alat
yang dapat menghasilkan cas-cas elektrik
(cas elektrostatik) yang bervoltan sangat
tinggi pada kubahnya.
Penjana Van de Graaff

Apabila penjana
dihidupkan, tali getah
berpusing dan bergeser
dengan kedua-dua roda.
Kubah menjadi bercas.
Kubah penjana
lazimnya bercas positif
(kubah penjana boleh
dicas positif atau
negatif)
Kubah yang kering
dapat memegang cas-
casnya dengan lebih
lama.
Voltan adalah tenaga elektrik yang
diperlukan untuk membolehkan elektron
mengalir dari satu titik ke titik yang lain
dalam konduktor.
Voltan menghasilkan daya yang menolak
elektron-elektron bergerak melalui suatu
litar untuk menghasilkan arus elektrik.
Sel kering atau bateri mempunyai voltan.
Elektron yang mengalir melalui suatu
konduktor sentiasa mengalami halangan.
Sifat bahan yang menentang pengaliran
elektron atau cas-cas elektrik disebut
rintangan.
Bahan yang rintangannya tinggi hanya
membenarkan arus yang kecil mengalir
melaluinya.
Sesetengah konduktor mempunyai
rintangan yang tinggi terhadap arus yang
mengalir menerusinya. Konduktor jenis ini
disebut perintang.
Rintangan pada suatu konduktor, misalnya dawai,
bergantung pada:
a) Panjang konduktor
Semakin panjang konduktor, semakin tinggi
rintangannya.
b) Diameter atau tebalnya konduktor
Semakin besar diameter konduktor, semakin
rendah rintangannya.
c) Jenis konduktor
Konduktor yang berlainan jenis mempunyai
rintangan yang berbeza
Logam kuprum dan aluminium yang luas
digunakan sebagai wayar elektrik adalah
antara logam yang mempunyai rintangan yang
rendah.
Dalam sel kering, arus dihasilkan apabila
elektron mengalir dari terminal negatif ke
terminal positif pada sel melalui wayar.
Namun demikian, arah pengaliran arus
adalah berlawanan dengan arah pengaliran
elektron.
Arus elektrik mengalir dari terminal positif
sel ke terminal negatif sel.
Arah pengaliran arus elektrik
Arus elektrik yang mengalir dari suatu
sumber tenaga elektrik dapat disukat
dengan menggunakan ammeter.
Unit sukatan bagi arus adalah ampere (A).
Ammeter disambungkan secara bersiri
dalam litar semasa menyukat arus.
Jika jarum ammeter tidak bergerak tiada
arus mengalir dalam litar.
Terminal positif ammeter perlu disambung
kepada terminal positif sumber elektrik
dalam litar elektrik.
Terminal negatif ammeter perlu disambung
kepada terminal negatif.
Unit sukatan bagi arus elektrik

1 ampere (A) = 1000 miliampere (mA)


1 miliampere (mA) = 1000 mikroampere (A)
Voltan dapat disukat dengan menggunakan
voltmeter.
Unit sukatan bagi voltan adalah volt (V).
Voltmeter disambungkan secara selari
dalam litar semasa menyukat voltan.
Terminal positif voltmeter perlu disambung
kepada terminal positif sumber elektrik
dalam litar elektrik.
Rintangan disukat dalam unit ohm.
Simbol adalah .
Perintang adalah suatu alat yang digunakan
untuk mengurangkan arus elektrik yang
mengalir dalam litar.
Semakin besar nilai ohm pada suatu
perintang, semakin besar rintangannya.
1. Hitungkan voltan,
jika arus yang mengalir
Contoh dalam litar ialah 2A dan
Hukum Ohm
pengiraan rintangannya ialah 3?
Arus yang mengalir
melalui satu konduktor
V = IR
berkadar terus dengan
=2x3
voltan.
=6 V
Semakin besar voltan,
semakin tinggi arus
elektrik. 2. Berapakah arus yang
mengalir dalam satu
Rintangan (R) = Voltan (V) litar jika perintang yang
Arus (A) digunakan ialah 2 dan
voltan ialah 3V?
V = IR
I=V/R
=3/2
=1.5 A
Litar bersiri Litar selari

Susunan litar
elektrik

Komponen elektrik Komponen elektrik


disambungkan dari hujung disambungkan sebelah
ke hujung menyebelah
Litar bersiri Litar selari

Arus elektrik

Jumlah arus dalam litar


Arus mengalir dalam satu adalah sama jumlah arus
saluran sahaja yang melalui setiap
komponen.
I = I1 = I2
I = I1 + I2
Litar bersiri Litar selari

Voltan

Semakin banyak sel Nilai voltan yang merentas


disambungkan, semakin setiap mentol adalah sama
besar arus yang mengalir. dengan voltan yang
Jumlah voltan adalah dibekalkan oleh sumber
sama dengan hasil elektrik.
tambah voltan setiap sel.

V = V1 + V2 V = V1 = V2
Litar bersiri Litar selari

Rintangan

Jumlah rintangan adalah Hubungan antara setiap


sama hasil tambah semua rintangan dalam litar ialah:
rintangan dalam litar.
1 = 1 + 1
R = R1 + R2 R R1 R2
Litar bersiri Jenis litar Litar selari

Arus yang Jika salah satu


mengalir dalam litar mentol terbakar,
adalah sama, jadi mentol yang lain
mentol menyala masih bernyala
dengan kecerahan Setiap mentol
yang sama. menerima voltan
Semua komponen Kelebihan yang sama yang
dikawal dengan dibekalkan oleh
menggunakan satu sumber elektrik
suis.
Arus didalam
litar bertambah jika
lebih banyak sel
disambungkan.
Litar bersiri Jenis litar Litar selari

Jika satu mentol Arus yang


terbakar, mentol mengalir dalam litar
yang lain tidak akan adalah sama
bernyala. walaupun lebih
Jika lebih banyak banyak sel
mentol disambungkan.
disambungkan, Kekurangan
rintangan semakin
bertambah dan
menyebabkan arus
yang mengalir
berkurangan.
Perintang
Sel kering Mentol
tetap

Menyala Mengurangkan
Membekalkan
apabila arus pengaliran arus
tenaga elektrik
mengalir dalam litar
Voltmeter Ammeter Fuse

Menyukat voltan. Melebur apabila


Menyukat arus. arus berlebihan
Unitnya volt Unitnya ampere mengalir malaluinya
Magnet mempunyai dua kutub iaitu, kutub utara dan kutub
selatan. Kutub magnet yang sama akan menolak antara satu
sama lain manakala kutub yang berbeza akan menarik antara
satu sama lain.
Medan magnet ialah kawasan yang mengelilingi magnet di mana
daya-daya magnet bertindak. Medan magnet tidak boleh dilihat,
tetapi kesannya boleh diperhatikan dengan menggunakan serbuk
besi dan kompas.

Arah garis daya magnet dapat ditentukan dengan


menggunakan kompas. Medan magnet memesongkan jarum pada
kompas.
Magnet yang kuat mempunyai garis daya magnet yang lebih
rapat.
Titik neutral dalam
medan magnet adalah
kawasan di mana:
Kesan magnet
tidak dapat dirasai
Tidak ada garis
daya magnet
Tidak
mempengaruhi
jarum kompas
Keelektromagnetan ialah kajian tentang hubungan
antara kelektrikan dengan kemagnetan.
Elektromagnet ialah konduktor yang mempunyai sifat
yang sama seperti magnet apabila arus eletrik mangalir
melaluinya
Elektromagnet mempunyai dua kutub iaitu kutub
utara dan kutub selatan.
Jenis kutub elektromagnet bergantung kepada arah
arus elektrik yang mengalir melaluinya.
Keelektromagnetan iaitu kesan magnet yang dihasilkan
oleh arus dalam satu konduktor.
Wayar lurus yang membawa arus mempunyai medan
magnet bulat yang mengelilinginya.
Kemagnetan suatu elektromagnet akan hilang jika arus
elektrik yang mengalir melaluinya dihentikan.
Elektromagnet digunakan dalam alat-alat seperti
telefon, loceng elektrik, kren elektromagnet.
Elektromagnet terdiri daripada satu
solenoid (gegelung dawai) yang dililit
mengelilingi satu teras besi jati.
Teras besi jati berfungsi untuk
memperkuatkan kemagnetan solenoid.
Besi jati digunakan kerana lebih senang
dimagnetkan dan lebih senang
menghilangkan kemagnetannya apabila arus
elektrik berhenti mengalir melaluinya.
Apabila arus elektrik dialirkan, besi jati
menjadi sebatang magnet. Tapi,
kemagnetan hilang apabila arus elektrik
terputus.
Kekuatan medan magnet pada
elektromagnet dapat ditingkatkan dengan:
a) Menambah bilangan lilitan solenoid
b) Membesarkan arus elektrik yang mengalir
c) Mengurangkan diameter solenoid.
Apabila suis dihidupkan, arus elektrik mengalir
menerusi litar.
Elektromagnet pada loceng menarik armatur dan
pemukul bersama-sama menyebabkan pemukul itu
mengetuk loceng. Bunyi terhasil.
Pada masa yang sama, litar dipukulkan pada titik
sentuhan.
Arus elektrik berhenti mengalir dan kemagnetan
elektromagnet hilang. Armatur ditarik balik ke
kedudukan asalnya oleh spring dan menyentuh
titik sentuh sekali lagi.
Elektromagnet menarik armatur semula dan
pemukul mengetuk loceng semula.
Proses ini berulang untuk menghasilkan bunyi
dering pada loceng elektrik.

You might also like