You are on page 1of 43

KAUNSELING PERKAHWINAN &

KEIBUBAPAAN : ISU DAN CABARAN


DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KBPA
FPP, UMS
TUNTUTAN PERKAHWINAN

"Dan sebahagian daripada ayat-ayatNya (bukti-


bukti) bahawa Ia telah jadikan kamu dari jenis
kamu berpasang-pasangan, yang kamu
senangi kepadanya, dan Ia jadikan di antara
kami rasa cinta dan kasih sayang.." Ar-Rum:
21.
Dia (Allah) yang mencipta kamu semua dari
hakikat diri yang satu, dan Ia mengadakan
daripada hakikat itu, pasangannya ( suami
isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra
yang satu kepada yang lain.

Surah.. Al Araff, 7:189


Sabda Rasulullah S.A.W
Wahai para pemuda , barang siapa diantara
kalian yang telah mampu, maka hendaklah dia
bernikah, kerana sesungguhnya pernikahan
lebih menjaga pandangan dan memelihara
kemaluan. Barang siapa belum mampu maka
hendaklah dia berpuasa. Kerana
sesungguhnya puasa adalah ubat untuknya
Bagi mereka yang telah BERGELAR
SUAMI/ISTERI segala PERBUATAN
anda pada hari ini yang TIDAK
SEDARI/SEDARI BOLEH membawa
PUNCA kepada berlakunya
PENCERAIAN rumahtangga anda
pada jangka masa AKAN DATANG
Persoalan yang perlu difikirkan !!!
Apakah yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan
institusi perkahwinan?
Apakah faktor yang boleh menyebabkan pasangan mampu
untuk menangani kepayahan & ketegangan dalam
perkahwinan mereka?
Bagaimana pasangan boleh mengendalikan keadaan yang
diluar jangkaan/perubahan yang berlaku dalam hidup
berkeluarga?
Bagaimanakah perjalanan perkahwinan yang mempunyai
kualiti tinggi berbeza dengan rumah tangga yang rendah
kualitinya?
Bagaimanakah pasangan memperkayakan kualiti
perhubungan mereka?
Apakah kualiti yang dilihat oleh pasangan sekarang
mempunyai pengaruh positif dalam perhubungan mereka
ketika mereka bersama & juga saat berjauhan?
Kualiti Perkahwinan
Fenomena semasa & trend dalam masyarakat
semakin mencabar keutuhan institusi perkahwinan
& kekeluargaan
Ia secara langsung/ tidak disedari sedikit sebanyak
mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri.
Perubahan konteks & susunan masyarakat dunia
telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup
berkeluarga .
Pola & jangkaan perkahwinan telah berubah,
fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan
serta corak perhubungan intim menjadi semakin
kompleks.
Di Malaysia, kerapuhan & kepincangan
institusi keluarga semakin bertambah &
membimbangkan..
kebanyakan masalah pada hari ini berpunca
daripada kepincangan keluarga & struktur
masyarakat itu sendiri. Kebanyakan masalah hari
ini disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan &
kemasyarakatan. Kita perlu memperbetulkan
punca sebenar masalah yang dihadapi iaitu
kepincangan keluarga terlebih dulu bagi
memastikan wujudnya masyarakat penyanyang
(Prof. Jamilah Ariffin, Berita Harian, 24 Jun, 2003)
Hikmah Perkahwinan
Mendaulatkan kalimah Allah
Menyahut seruan fitrah manusia
Mewujudkan ketenangan jiwa & ketenteraman rohani
Melahirkan keturunan soleh
Menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak
Meluaskan persaudaraan & membina prinsip
bekerjasama
Mendapat jaminan sosial/ menjaga kesempurnaan &
kesejahteraan keturunan manusia

mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu &


kamu adalah pakaian bagi mereka. (Al-Baqorah : 17)
Isu & Cabaran Rumahtangga
Pengabaian Nafkah

12,300 suami ingkar membayar nafkah


(berita Harian, 20 Mac 2010)
Suami wajib memberikan nafkah kepada
isteri apabila i) isteri telah menyerahkan
dirinya untuk suami (tidak menolak
permintaan suami untuk melakukan istimta
Ii) isteri mengikut/tinggal ditempat/kediaman
yang dipilih suami
Surah An Nisa ayat 34
Tanggungjawab Pendidikan Agama

Suami wajib memberi bimbingan & didikan


agama kepada ahli keluarga & berusaha
memelihara ahlinya daripada kemurkaan
Allah
(Surah At Tahrim : 6)
Penceraian
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia
(MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal
berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya
terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian
dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan
25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990
hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes
penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh antara Januari
hingga Jun lalu, sebanyak 22,306 kes perceraian direkodkan Jabatan
Pendaftaran Negara.
Daripada 22,306 kes perceraian itu, 22,165 kes merupakan
perceraian kalangan pasangan yang beragama Islam.
Ini satu petanda yang tidak berapa baik. Bukan Islam pula pada
2012, 1,062 kes. Januari hingga Jun tahun ini 141 kes, katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Progam:
November Bulan Keluarga 1Malaysia dengan tema Jom Pentingkan
Keluarga di ibu negara.
Statistik tahunan pula kata Rohani didapati terus meningkat dari
tahun ke tahun.
Pada 2012, jumlah kes perceraian adalah sebanyak 47, 779 kes,
43,137 kes (2011) dan 38,000 kes pada 2010.
Rohani menjelaskan, terdapat pelbagai punca kepada kes
perceraian dan antara yang paling ketara ialah tiada kesefahaman,
tidak bertanggungjawab, curang, campur tangan keluarga mentua
juga faktor kahwin muda dan enggan dimadukan suami.
Faktor Penceraian
Tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam
perkahwinan
Tahap kefahaman agama berhubung dengan
kehidupan suami isteri kurang atau keluar dari
tuntutan Islam yang sebenar (kesan kpd nilai &
personaliti)
Pengurusan ekonomi rumahtangga tidak ikut lunas
yang betul
Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial &
syariat Islam spt minum arak, judi, berzina dll
Pengurusan hubungan dan komunikasi pasangan &
keluarga tidak lancar. Tidak ambil berat tentang
kesihatan, pendidikan, keperluan emosi dlm keluarga
Menghadapai masalah peribadi yang tidak boleh
dikongsi bersama pasangan spt emosional,
cemburu buta, mendera, & pentingkan perasaan
sendiri.
Salah seorang pasangan menghadapi masalah
kesihatan spt penyakit yang menghalang
hubungan jenis terlalu lama, mempunyai nafsu
seks yang terlalu tinggi & rendah
Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta
masa kpd pasangan & rumah tangga, lebih
mementingkan kerja & kegiatan luar rumah &
tidak memahami budaya kerja pasangan
Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran
daripada pergaulan
Kecurangan Suami Isteri

Curang :
Perbuatan seseorang suami atau isteri dalam
bentuk menjaling hubungan secara diam-diam
dengan seseorang di luar perkahwinan dengan
alasan untuk memperolehi perlakukan atau
cinta dari orang lain yang ukan pasangan
sahnya
Faktor Kecurangan Pasangan

-Merasaai tidak dicintai, tidak


dihargai, tidak difahami lagi oleh
suami atau isteri. Keperluan hidup bersama orang lain
-Kehilangan ghairah untuk (pasangannya). Individu hidup dengan
berhubung rapat dengan suami orang lain untuk mendapat
atau isteri. kegembiraan, memperolehi
-Adanya kekerasan dalam pertolongan, menjalinkan keakraban,
keluarga . berbagi keintiman seksual, mendapat
-Sarana untuk membalas pujian dan lain-lain.. (Baron , 2007)
dendam,
-Suami tidak mampu memberi
keturunan.
-Gangguan seksual pada suami.
-Mencari variasi hubungan Masih mendapat perhatian orang
seksual. lain, menguji pasaran, mudah
-Serta adanya masalah ekonomi. terpikat dan tidak segan melayan
(Asnawi , 2002) orang lain ( Datuk Zaidi Zain,
Peguam Syari e, 2011)
Poligami
Poligami Dari Perspektif Islam

Poligami satu keharusan bersyarat


dalam Islam (Surah An-Nisa : 3)
Syarat :
Kemampuan nafkah zahir (makan
minum, pakaian, kediaman) dan
Nafkah batin (kasih sayang &
hubungan kelamin)
Keadilan kediaman, giliran
bermalam, dan giliran bermusafir
Sumbang Mahram

Dikenali juga dengan istilah inses


iaitu perbuatan zina yang dilakukan
oleh seseorang yang ada
pertalian/nasad (keturunan) dengan
mangsa.
Hubungan jenis antara mereka yang
ada tali persaudaraandan
perkahwinan antara mereka adalah
tidak sah di sisi undang-undang atau
dilarang oleh adat resam dan agama.
Faktor Sumbang Mahram

Kegagalan isteri memenuhi


kehendak suami.
Tahap iman yang lemah
Pengaruh bahan lucah
Tidak menjaga batas pergaulan
antara ahli keluarga
Keruntuhan institusi
keluarga/perkahwinan
Pakaian tidak menutup aurat
Anak Tidak Sah Taraf

Anak tidak sah taraf dalam istilah


bahasa Arab disebut walad al zina
yang bermaksud anak zina atau luar
nikah.
Para Fuqaha berpendapat bhw anak
zina ialah merujuk kepada anak yang
dilahirkan hasil perzinaan dan bukan
dari perkahwinan yang sah atau
persetubuhan syubhah
Statistik
Berdasarkan laporan rasmi, Jabatan
Pendaftaran Negara, melaporkan
terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran
didaftar tanpa catatan nama bapa
sejak tahun 2000 hinggapada bulan
Julai 2008.
Ini bermakna secara purata 2,500
kes anak luar nikah direkod pada
setiap bulan.
ISU KEIBUBAPAAN
RENUNGAN

Anak-anak tidak dilahirkan terus,


berjaya, bahagia, pandai, menang
Anak-anak juga tidak dilahirkan terus,
gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah

Tetapi anak-anak mempunyai potensi
untuk kedua-duanya.
Rata-rata hasil penyelidikan
berkaitan dengan keruntuhan moral
dan gejala sosial sejak tahun 1980 an
hingga kini membuktikan bahawa
faktor utama keruntuhan moral dan
pelbagai gejala sosial berpunca
daripada krisis keluarga.
Kegagalan ibu bapa
menyempurnakan amanah, tugas,
dan tanggungjawab masing-masing
menjadi titik tolak keruntuhan
institusi kekeluargaan
KAUNSELING

Sebagai suatu proses hubungan menolong


yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi
klien, yang baik, dan menyeluruh secara
sukarela sepanjang hayat berlandaskan
etika kaunseling
PERKAMA
Satu proses sistematik untuk membantu
perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi yang dilaksanakan oleh
kaunselor berdaftar mengikut kod etika
kaunseling untuk mencapai suatu
perubahan, kemajuan dan penyesuaian
secara holistik, baik dan sukarela pada diri
klien supaya perubahan, kemajuan dan
penyesuaian itu akan berterusan
sepanjang hayat klien.
Akta Kaunselor 1988 (Akta 580)
KAUNSELING PERKAHWINAN DAN
KELUARGA

Tujuan :
Membantu pasangan suami isteri dan
ahli-ahli keluarga meneroka idea-
idea serta pilihan-pilihan baru ke
arah kehidupan yang sejahtera,
harmonis, dan saling faham
memahami antara mereka.
KAUNSELING PERKAHWINAN

Merupakan sesi pertemuan bersemuka


antara salah seorang pasangan suami
isteri atau kedua-dua suami isteri dengan
seorang kaunselor yang terlatih dalam
bidang kaunseling perkahwinan dan
keluarga ( kes-kes yang kritikal dan serius)
PROSES KAUNSELING

Proses Permulaan/awal:
Kaunselor membina hubungan positif
dan baik, membuat taksiran,
menetapkan matlamat kaunseling,
meneroka persoalan, mendinogsis
dan interpretasi, mengenali masalah
pasangan suami isteri
Proses Kaunseling

Proses Pertengahan:
Kaunselor menggunakan pelbagai
strategi intervensi seperti
kaedah/pendekatan/teknik psikologi
dan seumpamanya bagi merawat
masalah pasangan suami isteri
Proses Kaunseling

Proses Penamatan:
Kaunselor menamatkan sesi
kaunseling apabila matlamat
kaunseling tercapai dan membuat
susulan sekiranya perlu.
KAUNSELING KELUARGA

Boleh ditakrifkan sebagai satu


perjumpaan bersemuka antara
seorang kaunselor keluarga dengan
ahli-ahli keluarga dalam satu-satu
sesi tertentu
Definisi Kaunseling Keluarga

Goldenberg & Goldenberg, (2002) mengatakan


bahawa kaunseling keluarga adalah satu teknik
psiko terapeutik untuk meneroka dan cuba
mengubah masalah emosi masa kini yang saling
berkait dalam sesebuah keluarga dengan
membantu ahli-ahli dalam sistem keluarga untuk
mengubah corak interaksi mereka yang tidak
berfungsi.
Proses Kaunseling Keluarga
Membina Hubungan

Hasil kajian menunjukkan bahawa proses membina hubung


merupakan proses yang amat penting bagi memudahkan
proses kaunseling keluarga. Odell dan Quinn (1998)
mengatakan bahawa membina hubungan yang terapeutik
amat penting dalam sesi yang pertama. Ini adalah kerana
keluarga mempunyai perasaan dan pemikiran yang
tertanya-tanya apa berlaku dalam sesi kaunseling keluarga.
Namun begitu terdapat juga pengamal di Malaysia yang
mengakui rapport dilakukan sehingga sesi yang kedua
apabila berlaku konflik keluarga yang kritikal.
(Friedlander et al.,2010).
ANALISIS DAN PENILAIAN MASALAH
KELUARGA
Dapatan kajian menunjukkan pengamal
kaunseling keluarga di Malaysia menganalisis
masalah keluarga dari 4 aspek iaitu struktur
keluarga, interaksi keluarga, emosi keluarga dan
pemikiran keluarga.
Crane at al. (1986) kaunselor amat perlu belajar
bagaimana untuk menilai kehendak keluarga
dan sekiranya berjaya ia merupakan salah satu
aspek yg akan menentukan hasil proses
kaunseling keluarga yg dijalankan selari dengan
dapatan kajian.
KESEDARAN EMOSI DAN CELIK
AKAL
Kesedaran emosi keluarga apabila keluarga
dapat memahami, menyelami dan menerima
dengan terbuka perasaan semua ahli keluarga.
Manakala celik akal lebih memberi fokus
kepada pemikiran keluarga dimana keluarga
dapat mengubah persepsi yang negatif kepada
persepsi yang positif (Kaplan, 2003)

You might also like