You are on page 1of 5

Kajian Kualitatif

Terdapat pelbagai perkara yang tidak dapat


dijelaskan dengan hanya merujuk kepada data
numerikal dalam penyelidikan kuantitatif.
Kualitatif melibatkan data naratif atau
pengisian meluas bertujuan menjelaskan,
meramal dan memahami sesuatu fenomena
yang berkepentingan, manakala analisis data
hanya untuk melibatkan pengekodan data dan
penerbitan satu sintesis lisan.
Kajian kualitatif menghasilkan maklumat
hanya untuk kajian kes tertentu dan
kesimpulan umum ialah hipotesis semata-
mata kerana tidak melibatkan analisis data
berstatistik
Beberapa jenis penyelidikan kualitatif:
Penyelidikan penyelidikan tentang
peristiwa yang berlaku pada masa lalu
Penyelidikan fenomenologi penyelidik cuba
memahami cara satu atau lebih individu
mengalami satu fenomena. Misalnya anda
mungkin menemu bual 20 orang balu dan
meminta mereka menggambarkan
pengalaman mereka yang kematian suami.
Penyelidikan etnografi penyelidikan
memfokuskan gambaran budaya sekumpulan
masyarakat seperti berkongsi sikap, nilai,
budaya, norma, amalan, bahasa dan perkara
kebendaan sekumpulan masyarakat
Penyelidikan kajian kes kajian yang
memfokuskan penyediaan satu keterangan
lanjut bagi satu atau lebih kes. Misalnya kita
mahu mengkaji pelajar di sebuah bilik darjah
yang diberi satu kurikulum baharu dengan
penggunaan teknologi.
Grounded theory satu pendekatan kualitatif
untuk menjana dan membangun teori daripada
teori daripada data yang dikutip dari penyelidik.
Sebagai contoh penyelidik mengumpul data
daripada ibu bapa yang telah memberhentikan
anak mereka daripada sekolah dan ingin
membangunkan teori untuk menjelaskan sebab
dan cara fenomena ini berlaku. Akhirnya satu
teori berkaitan dapat dibentuk.

You might also like