You are on page 1of 50

Apa itu Dyslexia?

Dyslexia berasal daripada perkataan


yunani yang bermaksud Kesukaran
terhadap perkataan
Pelajar yang mengalami masalah dyslexia
sukar untuk menguasai kemahiran
membaca dan menulis,tetapi memiliki
bakat,kepintaran atau kecerdasan yg lain.

MADINAH JPK
Ia disebabkan oleh perbezaan dalam cara
otak memproses maklumat terutama
sekali berkenaan dgn bunyi,simbol dan
makna.

Dyslexia melibatkan orang dari pelbagai


latar belakang tanpa mengira umur,jantina
atau bangsa.

MADINAH JPK
Menurut Sanders & Myers (1996), kanak-
kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus
dalam bacaan, menulis dan mengeja.
Kesukaran-kesukaran ini termasuklah
masalah yang serupa dalam kerja nombor
dan mengenali simbol-simbol, seperti not
muzik atau tanda matematik.

MADINAH JPK
Drake (1989) dipetik daripada Madhya Zhagan
(1999) masalah pembelajaran disleksia dirujuk
kepada beberapa ciri, iaitu :
Kesukaran belajar bahasa
Ketidakseimbangan dengan kebolehan
intelektual
Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan
bercetak
Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
Mata menjadi penat setelah beberapa minit
menumpu pada tulisan, dan
Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan
pengamatan tetapi tidak pekak atau buta)

MADINAH JPK
Payne dan Turner (1999) dan Hammond dan Hughes
(1996), merupakan pakar pendidikan yang lebih
cenderung menggunakan istilah Specific Learning
Difficulties (Masalah Belajar Spesifik) bagi murid yang
menghadapi masalah disleksia
Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam
membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan
nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya
secara umum. Mereka mungkin telah menguasai
sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek tertentu dengan
cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi
secara lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran
untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
Kanak-kanak ini boleh menjadi seorang yang teramat
kecewa dan mungkin menghadapi masalah emosi dan
tingkahlaku

MADINAH JPK
definisikan murid bermasalah spesifik
(disleksia) berasaskan kepada
penemuan teori-teori iaitu :
Teori Kepincangan (discrepency)
Teori Pengasingan (exclusion)

MADINAH JPK
Teori Kepincangan (discrepency)

Teori ini menyatakan bahawa terdapat murid-


murid yang mempunyai kepintaran yang normal
tetapi gagal mencapai prestasi yang
memuaskan dalam pembelajaran mereka.
Hammond dan Hughes (1996), menyatakan
terdapat kepincangan atau perbezaan yang
ketara antara pencapaian murid bermasalah
belajar spesifik dalam bidang-bidang tertentu
jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang
lain.

MADINAH JPK
Teori Pengasingan (exclusion)
Teori ini, murid tidak boleh dikategorikan sebagai
masalah belajar yang spesifik jika punca masalah
belajar murid tersebut terlalu berat (Hammond &
Huhges 1996).
Persatuan Antarabangsa Disleksia
(http;//www.creativeclassroom.com.1999), telah
menggunakan teori pengasingan dalam mentakrifkan
murid disleksia iaitu :
Tidak mempunyai kelemahan intelektual
Bukannya murid yang malas
Tidak mengalami masalah penglihatan atau
pendengaran
Tidak menghadapi masalah ekonomi yang teruk
Telah menerima pengajaran yang memuaskan
MADINAH JPK
Kategori Disleksia
Disleksia Perolehan (Acquired dyslexia)
Menurut Ott (1997), disleksia perolehan adalah kesan dari
kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau
ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat
empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang
mengalami disleksia perolehan, iaitu;
Disleksia yang dalam teruk (Deep dyslexia dan dikenali juga
phonemic dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika
membaca yang menyebabkan berubah makna.
Disleksia phonologi (Phonological dyslexia) yang tidak boleh
menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan.
Disleksia permukaan (Surface dyslexia) yang melibatkan gangguan
penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad
atau perkataan rupanya agak sama.
Disleksia huruf (Word-form dyslexia dan dikenali juga sebagai
Deterines Syndrom) di mana seseorang yang mengalami disleksia
huruf hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan
menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.

MADINAH JPK
Disleksia Perkembangan (Developmental
dyslexia)

Menurut Kennedy (1984), disleksia


perkembangan ialah kanak-kanak yang
membaca kurang baik berbanding dengan
kanak-kanak lain yang lebih muda dua tahun
atau lebih darinya. Ianya berpunca dari
kerosakan tisu-tisu tertentu atau gagal untuk
berfungsi secara keseluruhannya kerana
jangkitan penyakit atau ketidakseimbangan
kimia dalam badan kanak-kanak ini mempunyai
intelek yang normal serta tidak mempunyai
kekurangan daripada segi persekitaran dan
sosial.
MADINAH JPK
Disleksia Visual (pandang)

Murid yang mengalami disleksia visual akan


menghadapi kesukaran mengingat dan mengenal huruf
dan konfigurasi perkataan. abjad dan konfigurasi
perkataan. Murid tidak berupaya untuk menterjemah
simbol bahasa yang bercetak kepada sesuatu yang
dimaksudkan. Disleksia ini tidak ada kaitan dengan
kanak-kanak bermasalah penglihatan tetapi mempunyai
sesuatu keadaan kesukaran untuk mentafsir dengan
tepat apa yang dilihat. Murid ini biasanya melihat
sesetengah huruf atau sebahagian daripada perkataan
secara terbalik.
Contoh : Huruf d .................. dilihat sebagai b
(kiri kanan)
Huruf n .................. dilihat sebagai u (atas
bawah)
Perkataan makan dilihat sebagai maqau
MADINAH JPK
Disleksia Auditori (Dengar)

Kesukaran utama yang dialami oleh murid disleksia


auditori ialah mengingat bunyi huruf, memahami bunyi
mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun
atau menggabungkan sukukata-sukukata untuk
menyebut perkataan.
Ini kerana murid-murid disleksia auditori tidak berupaya
mengenalpasti perbezaan kecil di antara bunyi vokal
dan konsonan dan juga tidak dapat menggabungkan
bunyi-bunyi tertentu dengan simbol yang bercetak.
Mereka juga sukar membezakan bunyi percakapan
yang dituturkan secara halus. Murid disleksia auditori
amat sukar membunyikan rentak-rentak perkataan,
menterjemahkan perkataan yang hampir sama
bunyinya menggunakan fonik-fonik biasa dan
membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat.
Keadaan ini mengakibatkan murid disleksia auditori
amat sukar untuk mengeja dan membaca.
MADINAH JPK
Disleksia Visual-Auditori
Murid ini mempunyai ketidakupayaan untuk
mengkoordinasikan tangan dan otot-otot
lengan bagi menghasilkan tulisan yang baik.
Mereka mungkin boleh membaca tulisan
mereka sendiri tetapi orang lain sangat sukar
atau tidak boleh langsung membacanya.
Sesetengah tulisan murid ini tersangat kecil
dan bentuknya tidak menentu. Ini adalah
berpunca dari kelemahan untuk memproses
secara visual dan audio.

MADINAH JPK
Punca Disleksia

Punca sebenar yang menyebabkan


kanak-kanak mengalami sindrom
disleksia tidak diketahui (Bradford,
2001). Namun mengikut kajian-kajian
yang telah dijalankan, secara teorinya
disleksia adalah disebabkan oleh
keturunan (genetik), biologi, dan
kematangan (Mercer, 1997; Hammond &
Hughes, 1999).
MADINAH JPK
Keturunan/Genetik
Menurut Bradford (2001), dalam
kebanyakan kes murid disleksia, terdapat
beberapa orang ahli keluarga sama ada
ibu bapa, adik-beradik atau saudara
terdekat yang mengalami masalah yang
asama.
Kajian yang telah dijalankan telah dapat
membuktikan disleksia yang disebabkan
oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi
secara turun-temurun (British
Psychological Society, 1991).
MADINAH JPK
Biologi
Secara umumnya ianya disebabkan oleh
sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti
lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen
semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat
menyukarkan.
Kematangan
Biasanya terdapat perbezaan dalam
perkembangan sistem saraf manusia.
Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat
matang daripada kanak-kanak perempuan
(Hammond & Hughes 1996).

MADINAH JPK
Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia

Masalah fizikal/Pengurusan diri/Sosial


pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor
butang baju salah butang
tali kasut tidak diikat rapi
kidal
tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel
pemalas/bodoh
perhatian singkat keliru antara depan/belakang
kiri/kanan atas/bawah.
Pengamatan lemah pendengaran, penglihatan,
ingat kembali)

MADINAH JPK
Masalah dalam pembelajaran
lemah dalam bacaan
lemah dalam menyelesaikan masalah
matematik
suka mengigit jari, pen dan merenung buku
seolah-olah tidak faham
bahan lisan lebih baik daripada penulisan
tulisan (tidak suka menulis/buruk/menekan
semasa menulis dan tidak memulakan huruf
besar di awal perkataan)

MADINAH JPK
Masalah semasa membaca
pura-pura membaca
teragak-agak
menunjuk teks bacaan dengan jari
pembalikan perkataan ( batu tuba)
keliru kedudukan perkataan (makan makna)
Keliru B. Inggeris dengan B. Melayu (jam jem)
Penambahan (bulan bulang)
Kependekan perkataan (bunga- buna)
Pembalikan perkataan dalam ayat
Pembalikan huruf dalam perkataan (naik naki)

MADINAH JPK
Mengenalpasti Murid Disleksia

Mengikut British Psychological Society


(1999) murid mesti memenuhi dua
prasyarat sebelum disaring untuk
menentukan samada ia mengalami
masalah disleksia atau tidak iaitu :
Murid telah mendapat pengajaran yang
sesuai / relevan dan memuaskan.
Murid telah diberikan langkah-langkah
pemulihan yang dirasakan sesuai.

MADINAH JPK
Secara umum terdapaat dua kaedah
yang digunakan untuk mengenal pasti
murid disleksia iaitu :
1. Kaedah Ujian
Ujian kecerdasan (IQ) digunakan untuk
mengukur kecerdasan seseorang murid
dan ujian bacaan pula digunakan untuk
mengukur tahap penguasaan murid
dalam kemahiran membaca.

MADINAH JPK
2 Kaedah Senarai Semak
Hammond & Hughes (1996),
menyarankan supaya senarai semak
digunakan untuk mendapatkan butiran
kelemahan murid jika tahap pencapaian
murid tersebut ketinggalan sebanyak
dua tahun di belakang rakan sebaya.

MADINAH JPK
Instrumen senarai semak yang diajukan
oleh Payne & Turner (1999), diguna
khusus bagi murid-murid yang berumur 7
hingga 11 tahun dan mengandugi 3
elemen iaitu :
Elemen 1 : Kesukaran literasi dan numerasi
yang dihadapi
Kesukaran membaca
Kesukaran mengeja
Kesukaran dalam nombor
Kesukaran untuk membentuk tulisan
MADINAH JPK
Elemen 2 : Kesukaran adalah khusus dan tidak
selaras dengan keupayaan murid.
Murid kelihatan lebih pintar dalam
pembelajaran kemahiran lisan dari apa yang
ditunjukkan dalam kemahiran membaca,
menulis dan mengira.
Murid mempunyai kesukaran yang khusus
atau spesifik dalam satu aspek bahasa atau
matematik.
Terdapat kepincangan yang ketara antara
pencapaiannya dalam subjek-subjek
tertentu jika dibandingkan dengan subjek-
subjek lain.

MADINAH JPK
Elemen 3 : Tanda-tanda umum murid
Murid mempunyai kesukaran untuk memberi
tumpuan atau perhatian terhadap tugasan.
Murid mudah terkeliru antara kiri dan kanan,
atas dan bawah dan konsep masa.
Murid kelihatan bercelaru (clumsy).
Mudah lupa
Mempunyai kesukaran untuk menggunakan
perkataan yang sesuai atau yang betul.
Mempunyai kesukaran mengingat sesuatu
benda atau perkara mengikut susunan yang
betul.

MADINAH JPK
Ujian Diagnostik
Mengenalpasti murid disleksia merupakan
langkah pertama yang perlu diambil dalam
usaha untuk membantu mereka. Ujian ini
untuk mengenal pasti elemen kurikulum
yang memberi masalah kepada murid
tersebut dan diperlukan untuk membina
rancangan pengajaran individu (RPI).

MADINAH JPK
Kesan Utama Disleksia Terhadap
Pembelajaran Murid
Payne dan Turner (1999), telah
menggariskan kesan utama dan
sampingan disleksia terhadap kebolehan
murid untuk belajar berdasarkan item-
item senarai semak (3 elemen) iaitu :

MADINAH JPK
1. Membaca
Kebolehan membaca adalah penting bagi
membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai
di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca
menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri. Murid
rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan dan tidak
berkeyakinan tentang kebolehan sendiri.
2. Mengeja
Pada jangka panjang kebolehan mengeja akan
memberi kesan yang lebih negatif daripada
kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan
menghadkan kebolehan murid untuk menyampaikan
pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid
sentiasa mendapat markah yang rendah dalam ujian
dan peperiksaan.

MADINAH JPK
3. Menulis
Masalah utama adalah kepincangan antara kebolehan
murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara
lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran yang
dihadapi oleh murid disleksia akan memberi kesan
yang negatif terhdap penguasaan kemahiran menulis
tersebut.
4. Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh
dibaca, kepantasaan menulis, dan kematangan
tulisan. Kelemahan di mana-mana dalam ketiga-tiga
boleh memberi kesan negatif kepada kebolehan murid
untuk belajar. Murid yang menghadapi masalah ini
dipanggil dysgraphia.

MADINAH JPK
5. Nombor
Kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi
adalah serupa seperti kesan yang dialami di
dalam literasi. Murid menghadapi masalah
untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan
menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. Sukar
mengenali nombor dari segi membaca teks,
menulis bentuk digit dan menulis bagi sesuatu
nilai nombor. Murid yang menghadapi
kesukaran yang amat sangat dengan nombor
dikenali sebagai dyscaculia.

MADINAH JPK
Kesan sampingan yang dihadapi oleh murid
disleksia terhdap kebolehan murid untuk
belajar menurut Payne dan Turner (1999),
iaitu :
1. Pengurusan
Kesukaran mengurus masa, ruang dan susun
atur. Contohnya, murid tidak membawa alatan
ke sekolah mengikut jadual waktu sekolah
atau tidak menghantar tugasan sekolah pada
masa yang tetapkan.
2. Penumpuan/kosentrasi
Satu lagi kesukaran yang merentasi kurikulum
yang boleh menjejaskan kemajuan murid
dengan teruk.

MADINAH JPK
3. Bahasa
Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk
menyampaikan pengetahuan menggunakan
perkataan, kesukaran menamakan benda, kesukaran
untuk mengingat sukukata (syllables) bagi perkataan-
perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai
kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya juga
merentasi kurikulum.
4. Ingatan
Kesukaran ini menjadi asas kepada kesukaran-
kesukaran yang lain. Ianya menjadi punca kepada
kesukaran menulis selain daripada mengingat hari-
hari dalam seminggu atau membawa perkakas
senaman pada hari yang ada pendidikan jasmani.

MADINAH JPK
5. Emosi/Tingkahlaku
Pencapaian prestasi yang rendah akan
menyebabkan murid merasa rendah diri dan
kecewa. Ini boleh mengakibatkan masalah
tingkahlaku, diikuti dengan pencapaian
akademik rendah. Kesannya ialah masalah
tingkahlaku yang lebih teruk, diikuti dengan
pencapaian akademik yang rendah dan
seterusnya. Selain daripada itu, masalah
tingkahlaku/emosi akan menyebabkan murid
menghadapi masalah sosial seperti tidak
boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.

MADINAH JPK
Perasaan kanak-kanak
Dislexia
Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan
Berpusing-pusing di dalamnya.

Setiap kali saya menulis,saya sendiri tidak dapat


baca apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan.

Saya cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikirkan.


Saya perlu berfikir begitu lama susunan huruf sehingga
saya lupa apa yang saya sedang cuba tulis itu.

MADINAH JPK
Impilikasi Dyslexia terhadap
kanak-kanak
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena
tetapi tidak dapat memahaminya.
Sentiasa cuba menyembunyikan
kesukarannya
Mengelak dari membuat kerja sekolah.
Menggunakan strategi seperti meyalin
kerja kanak-kanak lain untuk
menyembunyikan masalahnya.

MADINAH JPK
Orang Dyslexia lazimnya cenderung
menggunakan otak kanan.
Cara berfikir dan belajar mereka berlainan.
Berbakat kreatif atau seni.
Lemah dalam kemahiran bahasa,logik,turutan
dan struktur.

Cara orang Dyslexia memerhati dan berfikir


boleh diangga satu anugerah dan
bukannya satu masalah.

MADINAH JPK
Petanda Untuk Ibu Bapa

Kesukaran berpakaian sendiri.


Cth : Memakai butang,ikat tali kasut

Lambat atau menghadapi kesukaran


dalam kemajuan bertutur dengan jelas dan
kerap salah guna perkataan.

MADINAH JPK
Suasana
pembelajaran
kanak-kanak
dyslexia

MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK
Suasana kanak-kanak
Dyslexia di waktu rehat

MADINAH JPK
MADINAH JPK
MADINAH JPK

You might also like