You are on page 1of 18

BAHAGIAN B

MENULIS ULASAN
( 15 markah )
Menulis ulasan tentang bahan sastera dan
bukan sastera yang dilihat dan dibaca dengan
jelas menggunakan ayat yang gramatis
Mengulas
Memberikan pendapat atau pandangan atau
rumusan yang bertepatan / bersesuaian/
relevan / berdasarkan stimulus
Bahagian B
Menulis Ulasan
Mengulas bahan sastera dan bukan sastera
50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
Bahan rangsangan grafik atau bukan grafik;
Bahan grafik gambar bersiri, gambar tunggal, carta,
iklan, poster,peta pemikiran, peta minda
dan sebagainya
Bahan bukan grafik petikan cerita, dialog, surat, rencana,
laporan dan sebagainya
Konsep Ulasan
1. Rumusan keseluruhan bahan
2. Pandangan pro atau kontra
3. Taksiran kandungan
4. Kupasan berbentuk deskriptif
5. Huraian pengembangan idea
6. Nilai amalan baik / faedah
7. Pengajaran mesej yang diperoleh
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan poster piramid makanan.


Tulis ulasan tentang piramid makanan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Peta bulatan di bawah menunjukkan tentang pertanian organik.
Tulis ulasan kamu tentang kebaikan pertanian organik dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

makanan berkualiti tinggi

Makanan yang Mengawal


selamat Pertanian rumpai
Organik dan perosak

Proses kita semula sisa


pertanian, sisa dapur, dan najis
haiwan secara biologikal
Baca puisi di bawah dengan teliti.
Tulis ulasan kamu tentang cara menjaga keselamatan berdasarkan puisi
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan

Ketika ke Sekolah Aku patuhi pesan ayah dan ibu


Ketika kaki ini mengorak Usah berlari, tatapilah buku
langkah ke gedung ilmu Di tangga aku tidak berdiri
Tangan ayah dan ibu Di tingkap aku tidak jengahi
Kukucup pohon restu Ketika gedung ilmu kulihat
Ketika menaiki bas dengan tenang
Berbaris aku tidak terlepas Roda bas kutunggu berhenti
Kuamati waspada langkah Tidak kumahu mengundang tragedi
Agar tidak sumbang tingkah Ketika kaki ini menjejak ke
Ketika bas membelah jalan gedung ilmu
Etika berhemah aku Tangan kuangkat tanda kesyukuran
biasakan Aku selamat dalam perjalanan
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]

PERINGKAT KRITERIA

i. Idea menepati tugasan.


ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan
CEMERLANG
rangsangan/tugasan.
( 13-15 m ) iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

i. Idea menepati tugasan.


BAIK ii. Ulasan idea jelas, tersusun dan menarik.
iii. Penggunaan ayat yang masih gramatis berdasarkan
( 9-12 m )
bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai
dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]
PERINGKAT KRITERIA

i. Idea masih menepati tugasan.


ii. Ulasan idea ringkas dan mudah.
iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis berdasarkan
MEMUASKAN
bahan rangsangan/tugasan.
(5-8m)
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi
masih sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.


ii. Ulasan idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
PENCAPAIAN iii. Penggunaan ayat yang kurang/tidak gramatis
TAHAP berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
MINIMUM iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad/tidak sesuai
(14m) dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan
dan tanda baca.
CARA MENJAWAB ULASAN

CONTOH PENDAHULUAN

Gambar di bawah merupakan piramid makanan


.

Gambar di bawah menunjukkan poster makanan


sebagai panduan makanan secara sihat .
Isi satu makan paling banyak
Kita harus makan paling banyak makanan seperti bijirin
dan ubi kerana dapat membekalkan tenaga.

Isi kedua makan banyak


Seterusnya , kita perlu makan banyak buah-buahan
dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin.
Isi ketiga makan sederhana
Makanan seperti susu, dadih , keju , ikan, ayam, daging
dan kekacang perlu dimakan secara sederhana.

Isi keempat makan paling sedikit


Makan paling sedkit seperti lemak, minyak , garam dan
gula supaya dapat mengelakkan penyakit kencing
manis.
PENUTUP

Akhir sekali kita perlu mengamalkan makan makanan


secara sihat supaya kita sihat sepanjang hayat.
JAWAPAN PENUH
Gambar di bawah menunjukkan poster makanan sebagai panduan
makanan secara sihat. Kita harus makan paling banyak makanan
seperti bijirin dan ubi kerana dapat membekalkan tenaga. Seterusnya,
kita perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang
mengandungi vitamin. Makanan seperti susu, dadih , keju, ikan, ayam,
daging dan kekacang perlu dimakan secara sederhana. Makan paling
sedkit seperti lemak, minyak, garam dan gula supaya dapat
mengelakkan penyakit kencing manis. Akhir sekali kita perlu
mengamalkan makan makanan secara sihat supaya kita sihat
sepanjang hayat.
JAWAPAN PENUH
Gambar menunjukkan poster makanan sebagai panduan
makanan secara sihat.
Kita harus makan paling banyak makanan seperti bijirin dan ubi
kerana dapat membekalkan tenaga. Seterusnya, kita perlu makan
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin.
Makanan seperti susu, dadih, keju , ikan, ayam, daging dan kekacang
perlu dimakan secara sederhana. Makan paling sedkit seperti lemak,
minyak, garam dan gula supaya dapat mengelakkan penyakit kencing
manis.
Akhir sekali kita perlu mengamalkan makan makanan secara
sihat supaya kita sihat sepanjang hayat.
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.
Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
Contoh Jawapan

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaannya antara kegunaan


pokok seribu guna itu ialah air pokok kelapa sangat baik untuk
diminum bagi merendahkan suhu badan terutama ketika kita
demam.Selain itu daun pokok kelapa boleh dianyam sebagai
ketupat.ketupat sangat berguna ketika musim perayaan seperti
perayaan hariraya.Seterusnya batang pokok kelapa boleh dijadikan titi
.Ianya berguna jika ada parit kecil atau anak sungai maka mudahlah
kita menyeberangi parit atau sungai tersebut.Kelapa juga boleh
diproses menjadi sabun.Sabun sering digunakan untuk membersihkan
tubuh badan ketika kita mandi.Akhir sekali kelapa juga boleh dibuat
majerin.Majerin pula berguna ketika membuat biskut atau kuih.
Sekian

You might also like