You are on page 1of 20

Konsep pra nombor

Hajah Sufiah Haji Suut


Jabatan Matematik
IPGKTAR
Konsep Pra Nombor

Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum


mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya
dengan betul.
Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-
kanak adalah penting bagi membina sikap positif terhadap
Matematik.
Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak
memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya.
Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu
kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi.
Konsep pranombor terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu :-
i. Pengelasan
ii. Perbandingan
iii. Seriasi
iv. Padanan satu dengan satu
v. Pola
vi. Keabadian
Pengelasan
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi
konkrit berdasarkan ciri-ciri yang jelas.
Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.
Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan
kepada :-
a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
c) Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam
kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang
penting bagi membentuk konsep nombor.
Oleh itu, proses pengelasan perlu melalui
beberapa tahap iaitu :-
a) Memilih dan membanding
b) Mengumpul
c) Memilih semula
d) Mengasingkan kumpulan
e) Memilih objek berdasarkan fungsi,
kegunaan atau konsep
Apakah contoh aktiviti?
Pengkelasan

Murid akan didedahkan dengan kemahiran


mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi
konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya
seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil,
panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk
dan jenis.
i) Warna
- mengenal warna
- menamakan warna
- mencantumkan kad warna
- mengasingkan warna
- mengasingkan warna dengan benda-benda
- mewarna mengikut arahan yang diberi

ii) Saiz
- membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan
- mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
- menamakan saiz
- mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz
- memadankan saiz yang sama
- mewarnakan saiz yang sama

iii) Bentuk
- mengasingkan benda mengikut bentuk
- menamakan bentuk
- memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit
- mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

iv) Jenis
- menamakan benda mengikut jenis
- mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)
- mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)
- mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan


secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan
simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran
selanjutnya.

Perbandingan
Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri
tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena,
1975).
Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri- ciri
kuantitatif dan kualitatif dua objek.
Tujuannya adalah untuk memastikan murid- murid menguasai
atau mengenal kuantiti iaitu konsep yang selalu digunakan
dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang dan lebih
tinggi, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau
kurang
Contoh perbandingan digunakan ialah :-
Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi :
Rendah , Tebal : Nipis )
Saiz ( Besar : Kecil )
Berat ( Berat : Ringan )
Bilangan ( Banyak : Sedikit )
Perbandingan kuantiti

Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti


melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak
atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara aktiviti yang
boleh dilaksanakan ialah:

i) mengasingkan kumpulan
- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak

ii) mewarnakan kumpulan


- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak

iii) menamakan kumpulan


- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak
Seriasi (Turutan)
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua
objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang
jelas.
Tujuannya adalah untuk membolehkan murid
mencari pertalian antara satu objek dengan objek
yang lain atau antara konsep matematik yang lain.
Kebolehan menyusun dan menertib adalah
mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan.
Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka
lalui akan lebih bermakna.
Contoh seriasi yang biasa dilakukan
adalah seperti berikut:
i) Menyusun mengikut pola urutan
Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah
Tinggi Pendek Panjang , Sempit Luas
ii) Menyusun objek mengikut ciri ,
bentuk, saiz, warna dan sebagainya
Padanan Satu Dengan Satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan
perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza.
Proses memadan bermula daripada :
i) konsep memadan objek dengan objek
mengikut warna, saiz, bentuk,
bilangan, pasangan dan sebagainya.
ii) konsep objek dengan nombor.
iii) konsep nombor dengan nombor.
Contoh padanan satu dengan satu adalah
seperti berikut:
a. Memadan benda yang berpasangan
yang sama (kasut)
b. Memadan benda yang berpasangan
tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
c. Memadan bilangan yang sama
d. Memadan bilangan objek dengan
simbol nombor
Pola
Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola.
Contohnya dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang
dan ada waktu malam.
Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh
dikembangkan dalam diri murid:
a) Meniru pola
b) Menyambung pola
c) Melengkapkan pola
d) Membina pola sendiri
Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu
aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu dan keluasan.
Tujuan konsep keabadian diperkenalkan
adalah untuk memastikan murid- murid
memahami ketekalan jisim dan isipadu
walaupun diletakkan, disusun atau diatur
di tempat atau keadaan yang berbeza.
Kesedaran Nombor (Number sense)
Keupayaan seseorang individu memahami dan mengguna
nombor
Mengetahui nilai yang relatif (knowing their relative values)
Bagaimana menggunakan nombor untuk membuat penilaian
(how to use them to make judgments)
Bagaimana menggunakannya secara fleksibel apabila
melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
(how to use them in flexible ways when adding, subtracting,
multiplying or dividing)
Bagaimana memperkembangkan strategi yang bermakna
dalam menghitung, mengukur dan mengangar
(how to develop useful strategies when counting, measuring
or estimating.)
Nilai nombor
Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam
sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu
nombor mempunyai nilai tertentu.
Murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka
sudah boleh membaca dan menulis angka bagi nombor 0 hingga
9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara sepuluh-
sepuluh.
Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk
memperkenalkan konsep nilai tempat melalui pengumpulan
bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji kacang.
Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid, guru
boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.

You might also like