Kegiatan Ekonomi

You might also like

You are on page 1of 32

BAB 12

FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI

Disediakan Oleh : Aien Rzk, blog cikgugeog


Pengenalan
 Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
Malaysia iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.
 Faktor fizikal terdiri daripada bentuk muka bumi, tanih,
iklim, dan bahan mentah.
 Faktor kemanusiaan pula ialah teknologi, infrastruktur, dasar
kerajaan, pasaran, modal dan buruh.
Faktor Fizikal
 Bentuk muka bumi
 Kawasan tanah pamah
 kegiatan pertanian makanan seperti padi,
 kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perdagangan dan kewangan.
 Penempatan dan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan
lapangan terbang.
 Kawasan tanah tinggi beriklim sederhana
 tanaman pasar, perlancongan
 Pinggir pantai
 Kawasan perlancongan
 Sesuai dibina pelabuhan
 Kawasan perairan
 Pulau Tioman, Pulau redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Sipadan yang
kaya dengan batu karang yang indah menarik kedatangan pelancong.
Faktor Bentuk Muka Bumi Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi

Ciri-ciri muka Contoh Kegiatan Ekonomi Contoh Lokasi


bumi
Tanah Pamah Menanam padi sawah •Dataran Kedah- Perlis
•Dataran Kerian-Perak
•Dataran Kelantan-Kelantan
Perindustrian (Pembuatan) •Shah Alam-Selangor
•Pasir Gudang, Johor
•Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perdagangan dan kewangan •Kuala Lumpur
•Johor Bahru
Tanah Beralun Penanaman kelapa sawit dan •Tenggara Pahang
getah •Tenggara Johor
•Selatan Kelantan
Tanah Tinggi Penanaman teh,, sayur-sauran, •Tanah Tinggi Cameron,Pahang
dan bunga-bungaan hawa •Kundasang – Sabah
sederhana
Pelancongan • Tanah Tinggi Cameron
• Tanah Tinggi Genting Highland
• Bukit fraser
Pinggir laut Menanam kelapa •Bagan Datoh, Perak
•Kudat Sabah
•Sipitang - Sarawak
Pelancongan • Pantai Cahaya Bulan,
Kelantan
• Batu Ferenghi Pulau
Pinang
Perikanan •Tumpat Kelantan
•Mersing Johor
Pulau Pelancongan •Pulau Tioman
•Pulau Redang
•Pulau Langkawi
Tanih
 Tanih memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian.
 Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang seusai untuk
pelbagai jenis tanaman.
 Di kawasan lembangan sungai- tanih aluvium dan tanih liat sesuai
penanaman padi.
 Di kawasan beralun dan berbukit bukit terdapat tanih laterit yang
sesuia untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
 Tanih beris (campuran tanah liat dengan pasir) yang berpasir
terdapat di kawasa pantai – sesuai penanaman kelapa, tembakau
dan gajus.
 Tanih gambut pula terdapat di kawasan tanah pamah dan sesuai
untuk penanaman nanas.
Iklim
 Malaysia – iklim khatulistiwa, menerima cahaya matahari yang banyak,
suhu yang tinggi 27, hujan tahunan kira-kira 2600 mm sepanjang tahun

 Hujan yang banyak membekalkan air yang mencukupi untuk kegiatan


pertanian dan akuakultur.

 Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi kegiatan


ekonomi seperti pertanian, perlancongan, perlombongan, perikanan
dan pembalakan.

 Pelbagai tanaman dapat di usahakan seperti padi, kelapa sawit, getah,


kelapa, koko dan lada hitam.

 Suhu yang rendah iaitu kira-kira 18C di kawasan tanah tinggi


membolehkan penanaman the, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hawa
sederhana.
 Antara kegiatan ekonomi yang dipengaruhi secara lansing oleh iklim
ialah pertanian, perlombongan, perikanan dan pembalakan.
 Contohnya di pantai timur Semenanjung Malaysia, kegiatan perikanan
tidak dapat dilakukan pada musim tengkujuh kerana keadaan laut yang
bergelora.
 Musim tengkujug berlaku antara bulan November –Januari. Iaitu
semasa tiupan angin Monsun Timur Laut.
 Nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut. Pada ketika ini mereka
membaiki jala dan bot.
 Di bahagian barat Semenanjung Malaysia, kegiatan perikanan dapat
dijalankan sepanjang tahun
 Kaedah kelong untuk menangkap ikan dapat digunakan di perairan
Selat Melaka, tetapi tidak digunakan oleh nelayan di bahagian pantai
timur Semenanjung Malaysia kerana imbak yang kuat pada musim
tengkujuh
Bahan Mentah
 Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu
produk
 Digunakan dalam proses pengeluaran dan merupakan faktor
utama yang menggalakkan perkembangan industri
pembuatan.
 Contohnya, bahan mentah seperti getah asli yang digunakan
membuat tayar.
Penggunaan Bahan Mentah dalam Industri

Bahan Mentah Jenis Industri


Petroleum Penapisan petroluem, bahan bakar
Kenderaan, dan minyak pelincir
Gas Asli Mencairkan gas asli, bahan bakar untuk
kenderaan, polythelene, baja , urea
Kelapa Sawit Minyak masak, sabun, marjerin, kosmetik
dan makanan binatang
Getah Sarung tanganm kasut, dan tilam
Kaolin Jubin,tembikar, dan pinggan
Batu Kapur Simen
Bijih timah Pluter, penyadur tin, dan bateri
Kayu balak Perabot, venir dan bahan pembinaan
Ikan Ikan basah dan ikan kering, ikan dalam tin,
keropok dan baja.
Faktor Kemanusiaan
Teknologi
 Malaysia dapat mencapai kemajuan dalam aktiviti ekonomi melalui
penggunaan teknologi moden.
 Teknologi melibatkan penggunaan pengetahuan yang berinovasi,
peralatan dan teknik pengurusan yang cekap.
 Contohnya, perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah
menghasilkan baka (Klon) yang bermutu tinggi.
 Klon-klon ini tahan penyakit, tumbuh dengan cepat dan berhasil tinggi.
Contohnya :
- benih padi : IR24 dan MR84
- benih getah : PRIM 600 dan RRIM 917
Infrastruktur
 Di Malaysia pelbagai infrastruktur telah dibangunkan bagi
membantu perkembangan kegiatan ekonomi
 Contohnya pembinaan infrastrukutr seperti jalan raya, lebuh
raya, pelabuhan, landasan kereta api, sistem komunikasi, talian
pengalir tenaga elektrik, dan lapangan terbang.
 Pengangkutan digunakan untuk mengangkut bahan mentah dari
sumbernya ke kilang dan barangan siap ke pasaran dalam sektor
perindustrian.
 Contohnya petroleum mentah di angkut dari pelantar tengah laut
ke kilang pemprosesan di pinggir pantai melalui paip.
 Petroluem yang dieksport, di angkut menggunakan kapal tangki
khas melalui jalan laut.
 Pengangkutan MASkargo – penghantaran barangan elektrik dan
barangan lain yang mudah rosak dan dipercepat.
 Pengangkutan yang cekap amat perlu untuk mengangkut haisl
pertanian yang mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan terus ke pasaran.
 Kemajuan ICT serta penggunaan onternet, dan tele-sidang telah
memudahkan dan mempercepat perhubungan
antarabangsa.urusan perniagaan dapat dikendalikan dengan
mudah.
Peranan infrastruktur dalam kegiatan ekonomi
Dasar Kerajaan (Governan)
 Mendorong peningkatan ekonomi ialah Dasar Pertanian
Negara (DPN) dan Dasar Perindustrian Negara.
 Dasar Pertanian Negara digubalkan bagi menjamin
pembangunan pertanian dan perhutanan.
 DPN3 dilaksanakan untuk menggalakkan perhutanan tani,
iaitu aktiviti pengeluaran produk pertanian dan perhutanan
dijalankan serentak di atas tempat (tanah) yang sama.
 Penanaman spesis hutan dilakukan bersama-sama penanaman
tanaman industri seperti getah, koko, dan kelapa sawit.
 DPN3 dilakasanakan bagi tujuan mempelbagaikan ekonomi
negara melalui proses industralisasi agar sektor pembuatan
menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.
 Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah diperkenalkan bagi
memajukan sektor perindustrian, menggalakkan penggunaan
sumber asli negara, dan meninggikan tahap penyelidikan dan
pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
Contoh agensi-agensi yang
melaksanakan dasar dan contoh
perlaksanaan
Pasaran
 Tebahagi kepada dua jenis iaitu : Pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
 Pasaran tempatan
 Kawasan dalam negara
 Produk – barangan keluaran pertanian, perlombongan, dan perindustrian seperti
getah, petroleum dan gas asli, munyak sawit, kayu serta barangan kilang.
 Lembaga Pemasaran Pertanian malaysia (FAMA dan Lembaga Kemajuan
Ikan (LKIM) - Mempromosi barangan dan memasarkan di peringkat pasaran
tempatan .
 Pasaran antarabangsa
 Perdagangan dengan negara rakan dagangan seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura
dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).
 Dikendalikan oleh – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan
agensi- agensi dibawahnya seperti MIDA dan MATRADE.
 Agensi-agensi ini mengadakan program promosi barangan Malaysia seperti pameran
perdagangan dan perindustrian antarabangsa.
Modal
 Di Malaysia terdapat dua sumbur utama modal, iaitu modal
domestik dan pelaburan langsung asing.
 Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu ataupun
pembiayaan syarikat.
 Institusi-institusi yang memberi pinjaman modal domestik bagi
menggerakkan kegiatan ekonomi adalah seperti berikut :
a) Institusi kerajaan seperti Permodalan nasional berhad (PNB)
b) Bank Pertanian , Bumiputera Commerce Bank
c) Lembaga Tabung Haji (LTH)
 Pelaburan lansung asing pula diperoleh melalui pemodal-pemodal
asing yang melaburkan modal yang banyak di Malaysia untuk
mendirikan kilang, membuka perniagaan, dan membuka ladang.
Buruh
 Pekerja yang berumur antara 15-55 tahun yang bekerja menerima upah.
 Tenaga penggerak dalam proses perancangan, pengeluaran, pengurusan
dan pemasaran.
 Pada tahun 2003, terdapat 10 juta daripada 24.5 juta penduduk negara
yang bekerja.
 Malaysia memperoleh bekalan tenaga buruh tempatan dan buruh asing
 Buruh tempatan terdiri daripada warganegara.
 Buruh asing adalah pekerja yang di bawa masuk dari negara luar seperti
Indonesia, Bangladesh, Filifina, Myanmar, Vietnam dan negara China.
 Terdapat tiga kumpulan utama buruh, iaitu buruh mahir, buruh separuh
mahir dan buruh tidak mahir.
Buruh Mahir
 Berkelulusan tinggi
 Mempunyai kepakaran khusus dalam bidang tertentu seperti
doktor dan jurutera.
Buruh Separuh Mahir
 Tenaga kerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang etrtentu
yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan latihan separuh
profesional.
Buruh Tidak Mahir
 Tidak mempunyai latihan dan kemahiran
 Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai institusi dan pusat
latihan kemahiran untuk melatih buruh.
 Contohnya, Politeknik, Institut Latihan perindustrian (ILP), dan
Institut Kemahiran Mara (IKM) yang menyediakan kursus kepada
buruh dalam sektor perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
 Institut Latihan Pertanian menyediakan latihan kemahiran untuk
bakal petani, nelayan dan penetrnak moden.
Sekian
Good Luck 

You might also like