You are on page 1of 4

Bincangkan tiga isu dan trenda

berkaitan keperluan guru pemulihan


yang merangkumi kelayakan guru,
motivasi guru dan ketrampilan guru.
Kelayakan guru
• Guru pemulihan yang ditempatkan di sekolah tidak
mempunyai kelayakan yang khusus dan kelayakan yang
ikhtisas sebagai guru pemulihan. Ikhtisas yang
dimaksudkan adalah lantikan khas daripada institusi.
Apabila guru-guru tersebut mengajar murid pemulihan,
hal ini akan menyebabkan guru pemulihan tersebut
kurang memahami keupayaan murid pemulihan. Seperti
yang diketahui bahawa murid pemulihan merupakan
murid yang dipilih khas untuk mengikuti kelas atau
program pemulihan. Murid pemulihan mempunyai tahap
dan keupayaan mereka sendiri dan berbeza antara satu
sama lain. Tambahan pula, terdapat pihak KPM perlu
menempatkan guru-guru yang terlatih terlebih dahulu ke
sekolah-sekolah yang tidak mempunyai guru pemulihan
yang dilantik khas.
Motivasi guru
• Seterusnya isu mengenai motivasi guru. Motivasi bermaksud
sesuatu dorongan iaitu sama ada dorogan dalaman/diri sendiri atau
dorongan luar/orang lain terhadap sesuatu perkara. Guru
pemulihan yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengajar
adalah amat penting. Memang tidak dinafikan bahawa mengajar
atau mendidik murid pemulihan adalah merupakan satu cabaran
kepada guru pemulihan kerana buat mudah untuk memahami
mereka. Apabila guru tersebut kurang mempunyai motivasi
dalaman atau luaran untuk mengajar, akan menyebabkan guru
tersebut mengajar sambil lewa dan tidak bersemangat dalam
menyampaikan ilmu. Tambahan pula, apabila guru kurang
bermotivasi, ia akan turut mempengaruhi semangat murid untuk
belajar. Hal ini akan menyebabkan murid semakin lemah dalam
penguasaan kemahiran yang diajar.
Keterampilan guru
Sebagai seorang guru, kita haruslah mempunyai keterempilan
yang sesuai dengan profesion keguruan iaitu menjaga
keterampilan walau di mana jua berada. Terdapat guru yang
memakai pakaian yang tidak mengikut etika berpakaian
seperti pakaian yang tidak sopan atau menjolok mata.
Tambahan pula, terdapat guru yang mempunyai sikap yang
tidak sesuai dengan profesion seperti mempunyai tutur kata
yang kurang sopan, bercakap kasar, mengeluarkan perkataan-
perkataan yang tidak sepatutnya. Selain itu, terdapat juga
guru yang tidak menguasai kemahiran bertanya dengan baik.
Kemahiran bertanya merupakan salah satu kemahiran yang
amat penting dalam sesi pnp kerana melalui kemahiran
bertanya, guru dapat menguji pengetahuan murid, malah
dapat meningkatkan kemahrian KBAT murid.

You might also like