You are on page 1of 14

PERNIAGAAN

Pengenalan Kepada
Perniagaan &
Keusahawanan
Chow Kuok Feng
Hafiq Amsyar
Jovinash Singh
DEFINISI PERNIAGAAN

 Perniagaan adalah semua kegiatan melibatkan urusan jual dan beli


barang-barang atau perkhidmatan.
 Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan
antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran bagi mendapatkan
keuntungan.
Empat Konsep Asas Perniagaan

 1.Barangan dan perkhidmatan


 barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan,makanan,pakaian dan
sebagainya.
 perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah
kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan , insurans,
pelancongan dan sebagainya.
 barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan manusia.
 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
 keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan
manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dsb.
 kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk
keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dsb.
 untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan
kehendak pelanggan.
 3. Pertukaran nilai
 merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada
perniagaan kepada pelanggan.
 barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu
oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
 proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.
 4. Keuntungan perniagaan
 keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
 keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan
setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang
terlibat.
 keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan
yang mampu bersaing di pasaran.
Perniagaan dan bukan perniagaan

Perniagaan bermotifkan keuntungan ( lihat


definisi perniagaan), contoh perniagaan:
Proton, KFC,Petronas dsb.
Selain keuntungan ,objektif lain adalah:
i. Penakatan (survival)- untuk terus beroperasi di
pasaran.
ii. Pertumbuhan- untuk
memajukan/mengembangkan syarikat seperti
pembukaan beberapa cawangan.
iii. Tanggungjawab sosial-komitmen oleh pihak
syarikat memberi perhatian kepada
keperluan/kebajikan awam seperti mengawal
pencemaran persekitaran
 Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga
kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.
 Dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu agensi kerajaan
dan badan sukarela.
 Agensi kerajaan, ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga
kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seperti
hospital,sekolah, bomba dsb.
 Badan sukarela, ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang bertujuan
untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu
kepada ahli atau masyarakat umum, seperti
FOMCA,PEMADAM,Greenpeace dsb.
CONTOH
 PERNIAGAAN  BUKAN PERNIAGAAN
Perbezaan antara perniagaan dan
bukan perniagaan
Dimensi Perniagaan Bukan Perniagaan

Matlamat Utama Keuntungan Kebajikan ahli dan


kesejahteraan awam

Sumber kewangan -keuntungan Yuran dan bantuan


-modal
-pinjaman

Aktiviti Jual beli Perkhidmatan


masyarakat

Cukai Dikenakan atas Dikecualikan


keuntungan
 Kepentingan bukan perniagaan kepada perniagaan:
 Menyediakan kemudahan asas.
 Menyediakan tapak perniagaan.
 Memberi perlindungan dan keselamatan.
 Mengurangkan masalah sosial.
 Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.
 Kepentingan perniagaan kepada bukan perniagaan:
 Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.
 Menyediakan barangan dan perkhidmatan.
 Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.
 Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan
Perniagaan dan Untung

 Untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah


jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.
 Kepentingan keuntungan kepada perniagaan:

1. Merupakan ganjaran kepada pengusaha


kerana kesanggupan menanggung risiko.
2. Sumber modal bagi pembesaran dan
penerusan perniagaan (survival)-pelaburan
semula keuntungan.
3. Tahap keuntungan melambangkan
imej/kecemerlangan syarikat.
4. Keyakinan/dorongan kepada pelabur.

You might also like