You are on page 1of 24

PROSES KAJIAN

TINDAKAN
DR MOHD MAHZAN AWANG
PROF MADYA DATO DR ABDUL RAZAQ AHMAD
PENGENALAN
Kajian tindakan melibatkan beberapa proses/aktiviti tertentu, di
mana setiap proses dan aktiviti ini perlu dijalankan secara
sistematik.
Hal ini bertujuan untuk memastikan kajian tersebut dapat
dijalankan dengan betul, lancar dan mencapai matlamat yang
disasarkan.
JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
 Pendekatan konvensional-kajian tindakan hanya dijalankan
dalam konteks bilik darjah sahaja.
 Pendekatan moden-kajian tindakan merangkumi komuniti
pendidikan ataupun komuniti yang ada hubungan dengan
pendidikan atau sekolah.
 Berdasarkan paradigma baru ini, Creswell (2008)
membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
Kajian tindakan amalan (practical action research)
Kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Sumber: Creswell (2008)
1.KAJIAN TINDAKAN AMALAN
 Melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik
darjah.
 Dijalankan melalui dirinya sendiri ataupun melibatkan rakan
sejawat yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based
inquiry) dengan memberi fokus terhadap perkembangan guru
(teacher development) dan pembelajaran pelajar (student
learning).
 Sebelum menjalankan kajian tindakan amalan, guru mesti
melaksanakan pelan tindakan untuk mencapai matlamatnya
sebagai seorang pendidik (teacher as researcher).
2. KAJIAN TINDAKAN PENYERTAAN
 Melibatkan kajian tentang isu/masalah sosial yang menghalang perkembangan pelajar, di mana
guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah.
 Kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan perlu dijalankan bagi mencari sebab
musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu.
 Apabila faktor dikenalpasti, guru boleh melaksanakan program untuk mengubah cara hidup”
pelajar (life-enhancing changes) dan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” (guru
yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan
pelajar).
 Menurut Creswell (2005) kajian tindakan penyertaan “…has a social and community orientation
and an emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society.” (h. 555).
 Kajian tindakan ini dikenali juga sebagai community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative
action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action
research (Mills, 2000).
 Kajian jenis ini membantu mengatasi penyebab kewujudan sesuatu masalah (root causes of the
problem) dan tidak terbatas kepada simptom masalah (symptoms of the problems), di mana guru
dapat mengatasi masalah tulen (real problems).
Kemmis & Wilkinson (1998) menggariskan enam ciri utama
kajian tindakan penyertaan
i. Proses sosial di mana penyelidik meneroka perhubungan antara individu dengan orang lain dengan tujuan
untuk memahami bagaimana interaksi sosial “membentuk” individu, manakala dalam konteks pendidikan
dilihat untuk meneroka kerjasama antara guru.

ii. Kajian ini berbentuk inkuiri bercorak penyertaan yang melibatkan individu itu sendiri dalam menjalankan
kajian. Dalam proses ini, mereka meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan
menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri. iii. Kaedah kajian tindakan ini adalah bersifat
praktikal dan kolaboratif. Kajian ini praktikal sebab penyelidik meneroka aspek-aspek seperti komunikasi,
penghasilan pengetahuan, dan struktur sosial organisasi itu dengan tujuan.

iii. Mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang
memuaskan. Kajian ini juga bersifat kolaboratif kerana ia mementingkan proses inkuiri.

iv. Bercorak emansipasi (emancipatory) yang cuba membebaskan seseorang daripada sesuatu kekangan yang
boleh menghalang perkembangan dan keyakinan dirinya.

v. Tujuannya adalah untuk membantu individu membebaskan diri daripada sesuatu kekangan sepert media,
bahasa, prosedur kerja, dan apa-apa perhubungan tentang kuasa dalam persekitaran pendidikan.

vi. Bersifat recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu
amalan. Ini berlaku dalam bentuk gelung (spiral) refleksi dan tindakan. Apabila guru mereflek tentang peranan
mereka di sekolah, mereka akan cuba tindakan demi tindakan sehingga mereka berjaya dalam tindakan
mereka.
PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN
TINDAKAN
 Lewin (1946; 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi
(codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan.
 Terdapat 4 peringkat utama dalam menjalankan kajian tindakan, iaitu
 Merancang
 Bertindak
 Memerhati
 Merefleks
 Lewin (1946; 1948) menyatakan kajian tindakan:
Bermula dengan satu idea umum dan kemudian data dipungut untuk
menjelaskan atau merungkai sesuatu situasi.
Satu pelan tindakan dapat dihasilkan untuk mencapai objektif yang
dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang langkah-langkah
pertama yang perlu dijalankan.
Melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai
intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penilaian formatif.
Kesemua proses ini diwujudkan sebagai satu proses gelungan
(spiral) yang mengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta
tentang hasil (outcome) daripada tindakan yang telah diambil itu.
Idea Lewin ini telah diperkembang oleh Kemmis dan McTaggart
(1981)
MODEL GELUNG KAJIAN TINDAKAN (KEMMIS &
MCTAGGART (1998)
 Zuber-Skerritt (1996) menyatakan bahawa proses gelungan dalam
kajian ini mempunyai:
i. Perancangan strategik
ii. Melaksanakan pelan
iii. Memerhati dan menilai
iv. Membuat refleksi kritikal terhadap keputusan
v. Membuat keputusan tentang gelungan kajian seterusnya.

 McNiff (2002) Mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan,


iaitu:
 mengkaji semula amalan semasa (refleksi)
 Mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji
 Membayangkan langkah seterusnya (merancang)
 mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana)
 Memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati)
 Mengubah pelan berdasarkan apa yang telah dijumpai, apa yang berlaku dan meneruskannya
 Menilai tindakan yang telah diubah itu
 Meneruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan).
PROSES KAJIAN TINDAKAN
 Ditunjukkan dalam gelung spiral yang menjadi satu isu asas.
 Tindakan melibatkan gelung spiral yang bermula daripada
proses mereflek, diikuti oleh proses merancang, bertindak
dan memerhati.
 Setiap proses dalam kajian tindakan mempunyai aktiviti
tertentu.
 Kajian tindakan bertitik tolak daripada proses refleksi (imbas kembali) yang dilakukan oleh guru
terhadap tugas seharian mereka.
 Proses refleksi ini perlu dilakukan secara kritis agar guru dapat melihat pelbagai isu dan masalah
yang wujud dalam melaksanakan tugas seharian.
 Proses refleksi juga boleh dilakukan sama ada secara individu atau pun berkumpulan, misalnya
bersama rakan sejawat yang lain.
 Jika ia dibuat dalam kumpulan, teknik sumbangsaran boleh digunapakai bagi mengenalpasti
masalah yang dihadapi dan punca masalah berkenaan.
 Guru perlu memberi fokus kepada punca masalah yang berada dalam ruang lingkup atau dalam
kawalan guru yang mana guru mempunyai kuasa untuk bertindak.
 Setelah melakukan proses refleksi, seterusnya guru harus merancang tindakan yang ingin diambil
bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti.
 Guru dinasihatkan jangan terus merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan
berdasarkan refleksi secara individu atau berkumpulan semata-mata.
 Hal ini kerana tindakan merancang tersebut akan dibuat berdasarkan persepsi guru sahaja dan
bukannya berdasarkan maklumat sebenar.
 Tinjauan awal melalui pengumpulan data atau maklumat secara tepat pada peringkat permulaan
adalah penting bagi membolehkan guru mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah
tersebut.
 Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui ujian, soal selidik, temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
 Setelah mengenalpasti punca masalah yang dihadapi murid melalui tinjauan awal, guru perlu
merancang tindakan intervensi bagimengatasinya dan perancangan tersebut memerlukan kreativiti
guru.
 Selepas membuat perancangan, guru perlu melakukan tindakan dengan tujuan untuk mengatasi
masalah/isu yang dihadapi.
 Guru juga perlu memerhati dan memantau proses tindakan untuk melihat keberkesanan tindakan
tersebut dalam menangani masalah/isu berkenaan.
 Disebabkan ini guru perlu mengumpul dan menganalisis semula data berkenaan. Guru juga perlu
membuat refleksi berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan tindakan yang diambil, keberkesanan
tindakan tersebut serta tindakan susulan yang perlu dilakukan.
 Proses ini akan berterusan dalam kitaran kajian.
Contoh Peta Minda Melalui Teknik Sumbangsaran
Contoh Dokumen Mengenai Proses Kajian Tindakan
RUJUKAN UTAMA

 DR AMIR BIN SALLEH @ MOHD SALEH. 2008.


BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN EDISI
KETIGA. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

You might also like