You are on page 1of 18

TAMADUN

CHINA

AHLI KUMPULAN:
AFIQ, AFIZI, AMIR, APAI, AQIL, FRANCIS
LATAR BELAKANG
1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan
China.

2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti
pertama.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti
perluasan kuasa
hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.

4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku


peperangan, perluasan
kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.
POLITIK
PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN
1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal
kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.

2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)

3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.

4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah


sistem pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh
maharaja terdiri daripada orang awam.

5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam


pepriksaan awam.

6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting


sistem peemrintahan ini.
PERUNDANGAN
1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan
bercorak kolektif.

2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.

3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman
Dinasti Chin.

4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal
tingkah laku manusia.

5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang


ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.

6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan
menjaga keharmonian manusia dan masyarakat
PERLUASAN KUASA
1. Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti
Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh
kerajaan kecil di China

2. Shih Huang Ti telah melaksanakan ;


a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China
daripada serangan orang gasar

3. Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada
zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera
telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan
kuat.

4. Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan
Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.
5. Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan
Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.
EKONOMI
PERTANIAN, PERDAGANGAN,
PERUSAHAAN,& KEWANGAN
1. Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.

2. Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.

3. Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong
dan penyisir tanah.

4. Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.

5. Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

6. Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.

7. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan
diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah
dan Barat.
8. Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat
iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.

9. Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan
jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom.

10. Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar
abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk
Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan kapal dari China dan India.

11. Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah
bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.

12. Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan
didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan
perkembangan perdagangan.

13. Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem
perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat
pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.
SOSIAL
PENDIDIKAN
1. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;

Sekolah rendah : Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan
buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah : Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi : Memperterjemah buku suci

2. Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan
Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan
dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi
pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi
pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga
tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan
tiga tahun sekali.
3. Pengendalian peperiksaan awam;
a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari
peperiksaan.
d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil
dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

4. Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.


FALSAFAH
1. Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.

2. Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya
Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu

3. Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.

4. Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh


alam sekitar.

5. Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik
dan ketertiban masyarakat.
SAINS DAN TEKNOLOGI
1. Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif)
membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional.

2. Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu
yang lebih besar.

3. Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat
pengangkutan penting dalam peperangan.

4. Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti


rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta
dikeringkan.
SENI DAN SENI BINA
1. Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti Chou.

2. Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.

3. Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan lumpur.

4. kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.

5. Istana yang masih kekal ialah kota larangan.

6. Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
BAHASA &
KESUSASTERAAN
1. Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka,
Kantonis dan Fukien.

2. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial,
sejarah, kerajaan dan pemimpin.

3. Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.

4. Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej


kepada rakyat.

5. Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf
vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam
bentuk tulisan rumi.
SISTEM SOSIAL
1. Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya,
pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan
artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.

2. Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.

3. Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani
yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta
keempat (bawah) ialah pedagang.

4. Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui
pendidikan.

You might also like