You are on page 1of 7

Projek Taman Botanik

Disediakan oleh:
1.
Matlamat
• Membantu murid mempelajari ciri-ciri tumbuhan melalui
pembelajaran berasaskan projek berdasarkan DSKP Sains Tahun 3:
• Projek ini dijalankan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru
memupuk minat murid agar cintakan alam serta menambah minat
murid terhadap pembelajaran sains. Ini juga akan menjadi pendorong
kepada murid agar lebih memahami alam sekeliling mereka.
Objektif
1. Menggalakkan murid belajar meneroka alam sekitar.
2. Melatih murid bekerjasama sesama mereka
3. Membekalkan pengalaman sebenar belajar sains
4. Mencantikkan kawasan sekolah
5. Menjadi tempat rujukan dan tempat kunjungan pelajar untuk mengenali
tumbuhan.
6. Memberi peluang kepada murid menanam tumbuhan dan menjaga
mengikut apa yang dipelajari di dalam kelas.
7. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti penyiasatan.
8. Memerhati ciri-ciri yang ada pada tumbuhan.
Langkah-langkah persediaan projek (Guru)
1. Guru membuat persediaan awal untuk projek ini:
 mencari kawasan lapangan yang sesuai di sekeliling kawasan sekolah
 menyediakan kertas cadangan projek untuk mendapatkan kelulusan
daripada Guru Besar
 membeli anak pokok yang pelbagai jenis
 menyediakan tanah kebun yang diperlukan
 menyediakan alat berkebun seperti cangkul, pasu dan sebagainya
Langkah-langkah persediaan projek (Murid)
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh murid untuk projek ini:
 murid dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan
 Dalam kumpulan, murid membuat lakaran tentang Taman Botani. Mereka
perlu membentangkan hasil lakaran selepas perbincangan. Menentukan
lakaran yang sesuai dengan cara undian.
Ketua kumpulan dipilih dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan bergilir-
gilir melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjaga Taman Botani.
Membuat persediaan sebelum melaksanakan projek:
-Membawa anak pokok dari rumah
-Mendapatkan alat berkebun dan anak pokok yang disediakan oleh guru
Menanam anak pokok mengikut lakaran.
Pelaksanaan Projek
• Guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tentang
Topik Tumbuhan Tahun 3 dalam kelas.
• Murid-murid membuat persediaan dan perancangan projek dengan
bimbingan guru.
• Murid-murid melaksanakan projek dalam tempoh 3 bulan.
• Selepas 3 bulan, murid-murid membuat pemerhatian terhadap ciri-
ciri tumbuhan yang terdapat di Taman Botanik.
• Laporan hasil pemerhatian disediakan oleh setiap kumpulan.

You might also like