You are on page 1of 7

PENGAJIAN MALAYSIA

PERISTIWA 13 MEI

NAMA KUMPULAN :
NURLISA KHALEEDA BTE HASRIN
NUR NADUWA HUDA BTE MOHD FIKRI
NURUL HUSLINA BTE RAMLI
NURUL AIN BTE RASHID
FARAH NURWANI BTE AGUS
3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI
IDEOLOGI
 Rukun negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi
pegangan negara dan rakyat malaysia
 Tujuannya untuk menyatukan rakyat dan membimbing mereka ke arah
perpaduan.
 Usaha penggubalan rukun negara yang diperintah oleh majlis gerakan
negara ( mageran )
 Rukun negara lahir hasil daripada pemikiran majlis perundingan negara.
 Rukun negara merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat
dan setiap prinsip itu berperanan dalam melahirkan sebuah negara
yang rakyatnya hidup bersatu padu,aman dan harmoni.
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
Mewujudkan Memelihara Mencipta satu
perpaduan yang cara hidup masyarakat yang
lebih erat dalam demokratik adil
seluruh negara

Membentuk satu sikap


Membina sebuah
yang liberal terhadap
masyarakat progresif
tradisi kebudayaan
berlandas sains dan
yang kaya dan
teknologi moden
pelbagai corak
1.
KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN

5. 2.
KESOPANAN KESETIAAN
DAN KEPADA RAJA
KESUSILAAN DAN NEGARA

RUKUN
NEGARA

4.
3.
KEDAULATAN
UNDANG- KELUHURAN
UNDANG PERLEMBAGAAN
PERISTIWA 13 MEI 1969
 Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatakan sejarah pahit Malaysia kerana pada tarikh itulah
berlakunya rusuhan kaum, terutama antara kaum Melayu dan Cina yang berlaku sebaik sahaja
slepas pilihan raya yang dimenangi oleh parti-parti pembangkang iaitu Parti Tindakan rakyat
(DAP) dan Gerakan.

 Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka
merosot berbanding dengan pilihan raya yang sebelumnya.

 DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei
1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis.

 Perarakan ini merupakan kesinambungan daripada perarakan jenazah yang dilakukan Parti
Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran
dengan pihak polis sebelum pilihan raya.

 UMNO turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas
pilihan raya tersebut.
 Pergerakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu.Pergaduhan dan
rusuhan tercetus sehingga bantuan ketenteraan terpaksa dipanggil apabila polis gagal
mengawal keadaan
 Rusuhan ini tercetus di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya sahaja.Angka rasmi bilangan
orang yang cedera ialah seramai 493 orang tetapi jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai
yang tidak merekodkan kecederaan mereka.
 Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak dan tindak balas yang diambil ialah
penangkapan tokoh-tokoh yang mendokong rusuhan ini, mengenakan perintah
berkurung,mengawal berita-berita radio dan televisyen,menapis penerbitan akhbar-akhbar
dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik,sekali gus mengharamkan
kempen pilihan raya.
 Tanpa nilai persefahaman,toleransi dan sikap hormat-menghormati,perasaan curiga dan syak
wasangka akan timbul dalam kalangan etnik di negara ini.
 Dasar Pendidikan kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi
bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah
 Kementerian perpaduan negara ditukarkan kepada lembaga perpaduan negara yang
menentukan aktiviti untuk mengukuhkan rakyat.
 Dasar kebudayaan juga diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan
perpaduan,mewujudkan intergrasi nasional dengan memberikan focus kepada masyarakat
Semenanjung Tanah Melayu serta sabah dan Sarawak
KESIMPULAN
 Secara keseluruhan , dari bab 3 ini setiap kaum utama sama ada di tanah melayu
mahupun di sabah dan sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing.

 Dengan adanya dasar dasar kerajaan dan rukun negara ,kesepaduan dan
keharmonian dapat dicapai.

 Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak
sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia
ada dapat dikekalkan.

 Penduduk malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa 13 mei 1969 yang
banyak memberi kesan hitam kepada semua kaum di malaysia.

 Oleh itu , bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara


bangsa,maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah
setiap kaum seperti rukun negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap
rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.

You might also like