You are on page 1of 19

PERJA JIAN 18

SERAWAK
PERKARA 1 : AGAMA

• Islam agama rasmi persekutuan sementara Sarawak hendaklah tidak mempunyai sebarang
agama rasmi. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipakai di Sarawak.
PERKARA 2: BAHASA

• Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi di Persekutuan.Bahasa Inggeris hendaklah


digunakan dalam tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan Malaysia.
PERKARA 3 : PERLEMBAGAAN

• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali.
Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.
PERKARA 4 : KETUA NEGERI

• Ketua Negeri perlu dipilih di antara warga tempatan. Kaedah akan dibincangkan dengan lebih
terperinci.
PERKARA 5 – KETUA PERSEKUTUAN

• Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua persekutuan.
PERKARA 6 – NAMA PERSEKUTUAN

• Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya.


PERKARA 7 – KUASA IMEGRESEN

• Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian Malaysia daripada luar hendaklah berada
dalam kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat
kebenaran daripada kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan
sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh.
Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap pergerakan manusia,
kecualikakitangan kerajaan persekutuan.
PERKARA 8 – HAK UNTUK BERPISAH

• Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.


PERKARA 9 – BORNEONISASI

• Pegawai awam yang dilantik merupakan warga Tempatan Sarawak.


PERKARA 10 – PEGAWAI-PEGAWAI
BRITISH
• Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai british kekal dalam perkhidmatan
awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari kalangan
rakyat negeri berkaitan.
PERKARA 11- KEWARGANEGARAAN

• Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah mentadbir
hak-hak kewarganegaraan dalam Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan, peruntukan
“sehinggalah pemastautin dibaca “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukannya “lapan daripada
dua belas tahun”.
PERKARA 12 – KEWANGAN,
PEMBANGUNAN DAN TARIF
• Sarawak hendaklah mengawal kewangan, pembangunan dan tarifnya sendiri.
a) Menubuhkan Tabung Pembangunan Sarawak , Malaya berjanji untuk menyediakan dana yang
mencukupi untuk memastikan perkembangan pesat Sarawak.
b) Menurut cadangan dalam perenggan 217 Laporan Suruhanjaya Cobbold untuk memastikan
Sarawak , sama ada sekarang atau pada masa akan datang mempunyai pendapatan yang mencukupi
untuk membiayai pembangunan.
c) Sistem cukai akan beransur-ansur meningkat kepada tahap yang sama dengan Malaya.
PERKARA 13 – KEDUDUKAN ISTIMEWA
PENDUDUK ASLI
• Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan
apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya.
PERKARA 14 – KERAJAAN PERSEKUTUAN

• Di bawah terma Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ke 13 , Sarawak mesti mempunyai


perwakilan maksimum di Parlimen persekutuan, kedua-dua di Dewan Negara atau Dewan
Rakyat.
• Mesti mempunyai perwakilan yang mencukupi di jabatan-jabatan Kabinet, daripada untuk
pegawai peringkat tinggi sehingga rendah untuk memastikan Sarawak dalam perwakilan dan
perlindungan dalam hak-hak Sarawak.
PERKARA 15 – KERAJAAN SARAWAK

• Ketua Negeri bagi Sarawak Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Mesyuarat Negara.
• Harus menubuhkan sebuah Jawatankuasa atau sistem yang sama dalam bentuk istilah, supaya
ahli Majlis Tertinggi ( kabinet ) untuk melaksanakan tugas-tugas khas.
PERKARA 16 – TEMPOH PERALIHAN

• Selama tiga sehingga lima tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan hendaklah dipegang
olehkerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh
kerajaan persekutuan
PERKARA 17 – JAMINAN PERLEMBAGAAN

• Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak
oleh kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan.
PERKARA 18 -TANAH, PERHUTANAN,
KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
• Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak
boleh diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara
hendaklah tidak boleh diguna pakai di Sarawak.

You might also like