You are on page 1of 18

‫سيستم توليسن جاوي‬

‫ﭬرتموان برسموک ڤ‪.‬ج‪.‬ج يڠ ﭬرتام‬


‫ادي يسران عبدالعزيز‬
'Saya jatuh cinta seni tulisan
Jawi' – BH 29/6/08

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 2


Prof. Dr. Kang Kyoung Seok

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 3


EJAAN TRADISI
• Ejaan yang menggunakan sistem baris sekurang-
kurangnya pada satu suku kata yang sepatutnya
dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak termasuk
dalam jenis ejaan Lazim atau Mengikut Hukum (sila lihat
contoh berikut).

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 4


EJAAN TRADISI
Bil. Rumi Jawi Bil. Rumi Jawi
1. Ada ‫اد‬ 9. Kita ‫كيت‬
2. Tiada ‫تياد‬ 10. Lima ‫ليم‬
‫ء‬
‫ما نسي‬
3. Pada ‫ﭬد‬ 11. Manusia
4. Kepada ‫كڤد‬ 12. Ini ‫اين‬
5. Dari ‫دري‬ 13. Itu ‫ايت‬
6. Daripada ‫درﭬد‬ 14. Jika ‫جک‬
7. Maka ‫مک‬ 15. Dia ‫دي‬
8. Ia ‫اي‬ 16. Demikian ‫دمكين‬
3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 5
EJAAN LAZIM
• Ejaan Lazim ialah ejaan yang menggunakan sistem
vokal kecuali:
– Bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ )‫(تله‬.
– Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali apabila berlaku
homograf seperti lentik )‫(لنتيق‬- lantik (‫)النتيق‬
– Bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula
dengan wau seperti ‘wang’ (‫ )واڠ‬dan kata ‘dan’ (‫)دان‬.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 6


EJAAN MENGIKUT HUKUM
• Darlung
• Luar Darlung
• Ka dan Ga
• Ra-ma
• Ha dan Aha
• Lampau Hukum

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 7


HUKUM DARLUNG
• Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila
memenuhi syarat berikut:
• Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi
• Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka
yang diakhiri dengan vokal /a/.
• Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung,
iaitu dal, ra, lam, wau, dan nga.
• Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah ditambah di
akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi seperti ada,
tiada, pada, kepada, dan daripada.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 8


HUKUM LUAR DARLUNG
• Hukum luar darlung adalah berdasarkan syarat yang
sama seperti hukum darlung, kecuali suku kata akhirnya
dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf
dal, ra, lam, wau, dan nga.
• Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada
akhir kata kecuali jika berlaku homograf atau untuk
mengelakkan berlaku kekeliruan seperti puas (‫ )ﭬواس‬-
puasa (‫)ﭬواسا‬.
• Contoh hukum luar darlung: daya (‫)داي‬, hama (‫)هام‬, jata
(‫)جات‬, kaca (‫)كاچ‬, kana (‫)كان‬, masa (‫)ماس‬.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 9


HUKUM KA DAN GA
• Hukum ka dan ga ialah hukum yang melibatkan kata
yang berakhir dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa
Melayu jati. Huruf kaf dan ga pada akhir kata tersebut
tidak diberi lambang alif seperti suka (‫)سوک‬, duga (‫)دو گ‬
• Kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian disebabkan
ejaan yang menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan
huruf vokal pada suku kata praakhir, misalnya teka (‫)تكا‬,
lega (‫)لڬا‬, dan sega (‫( )سڬا‬licin berkilat), masalah
homograf seperti beg (‫ )بيگ‬- bega (‫)بيڬا‬, bek (‫ )بيک‬- beka
(‫)بيكا‬, kata serapan seperti giga yang dieja ‫ڬيڬا‬, akronim
seperti tabika yang dieja ‫تابيكا‬dan kata nama khas seperti
Afrika yang dieja ‫افريكا‬.
3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 10
HUKUM RA (‫ )را‬MA (‫)ما‬
• Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang
berakhirkan suku kata terbuka ra yang diikuti oleh ma.
Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif.
• Contoh: Asrama (‫)اسراما‬, irama (‫)ايراما‬, rama-rama (۲‫)راما‬,
panorama (‫)ﭬانوراما‬, drama (‫)دراما‬, gimrama (‫)ڬيمراما‬,
diorama (‫)ديوراما‬.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 11


HUKUM KATA DASAR
LEBIH DUA SUKU KATA
• Bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata
dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati)
biasanya tidak ditulis dengan huruf alif.
• Contoh: Harimau (‫)هريماو‬, haloba (‫)هلوبا‬, halilintar (‫)هليلينتر‬,
haruan (‫)هروان‬, halaman (‫)هالمن‬, habuan (‫)هبوان‬, haluan
(‫)هلوان‬, Baharu (‫)بهارو‬, Bahagi (‫)بهاڬي‬, Cahaya (‫)چهاي‬,
Bahasa (‫)بهاس‬, Bahaya (‫)بهاي‬, Dahaga (‫)دهاگ‬, dahulu
(‫)دهولو‬, paduka (‫)ﭬدوک‬.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 12


LAMPAU HUKUM
• Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah
perkataan yang dieja terkeluar dari hukum-hukum
tersebut.
• Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum
di atas dikategorikan sebagai lampau hukum.
• Lampau hukum ini termasuklah paha (‫)ڤها‬, maha (‫)مها‬,
mama (‫ )ماما‬yang termasuk dalam lampau hukum luar
darlung.

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 13


Ralat dalam Modul
Halaman 15:
“Bentuk ‫( تتكال‬tatkala) ini...semestinya
berkembang sehingga sampai kepada ‫ ”تتكاال‬.

diubah kepada:

“Bentuk ‫( تتكال‬tatkala) ini telah berkembang


menjadi ‫ تتكاال‬dalam ejaan sekarang”.
3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 14
Ralat dalam Modul
Halaman 33:
“Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu
pada mulanya mempunyai 30 abjad termasuk
huruf ta marbutah (‫)ة‬. ...Dengan yang demikian
huruf Jawi kini berjumlah 36 huruf.”
diubah kepada:
“Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu
pada mulanya mempunyai 31 abjad termasuk
huruf ta marbutah (‫)ة‬, hamzah (‫)ء‬, dan alif
maqsurah atau ye (‫)ى‬, tetapi tidak termasuk lam
alif (‫)ال‬. ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini
berjumlah 37 huruf.”
3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 15
Ralat dalam Modul
Hal. Perkataan Perubahan
46 Beta Demikian
61 Wahyu Talu
64 Pola u + i Pola u + u
67 Gu Gol
70 Seru Serbu
74 Panaroma Panorama
75 Habuan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama)
75 Haluan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama)
76 Dirgahayu (Dipadamkan)

3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 16


KESIMPULAN
• Nota kuliah pertemuan bersemuka pertama dan
peperiksaan pertengahan semester merangkumi unit 1
hingga 3 dalam modul BBM3402.
• Jika terdapat percanggahan antara modul BBM3402
dengan nota/tugasan terkini yang disediakan pensyarah,
sila gunakan nota/tugasan terkini.
• Semoga pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan
jujur dengan ilmu akan berjaya.
• Nota dalam talian boleh dicapai di
http://www.fbmk.upm.edu.my/ccms/index.php
(Pelajar dikehendaki mendaftar terlebih dahulu).
3/26/2018 Adi Yasran BBM3402 17
‫وهللا اعلم‬

‫سكيان‪ ،‬تريما كاسيه‬

You might also like