Professional Documents
Culture Documents
Kesedaran Kepelbagaian Sosio Budaya
Kesedaran Kepelbagaian Sosio Budaya
Budaya
Pengenalan
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum sudah pastinya akan mewujudkan
corak Sosio-Budaya yang berbeza.
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada
kepelbagaian Sosio-Budaya dalam masyarakat
agar mereka dapat belajar dalam suasana
yang kondusif walaupun berhadapan dengan
murid dari kaum yang berlainan.
• Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau
dari segi Bangsa, Struktur Masyarakat atau
Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat
Resam dan Jantina.
Bangsa
• Menurut John Stuart Mill (1999), bangsa
merupakan rumpun manusia yang terikat oleh
rasa taksub bersama dan lebih rela
bekerjasama sesama mereka berbanding
dengan rumpun bangsa lain.
• Lazimnya, Bangsa terjalin oleh kesamaan
Bahasa, Budaya, Kesatuan Wilayah, Sejarah
dan Agama.
• Bangsa menurut Kamus Dewan (1999),
merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri Kebudayaan, Nilai dan
Aspirasi yang sama.
• Bangsa merupakan suatu kelompok manusia
yang dianggap memiliki identiti bersama,
yang bersatu pada satu wilayah dan
mempunyai keterikatan dengan wilayah
tersebut.
• Contohnya, Orang Iban yang telah lama hidup
bersama sejak dahulu telah membentuk identiti
Malaysia yang ada.
• Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial
seperti bekerjasama, toleransi, hormat-
menghormati, setiakawan, dedikasi,
persahabatan, perkongsian, kesabaran dan
kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan
murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah
yang sihat dan dinamik.
• Istillah ‘Melayu’ pula ditakrifkan oleh UNESCO pada
tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagascar.
• Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah ‘Melayu’
hanya merujuk kepada kepada seseorang yang
berketurunan Melayu dan menganut Islam.
• Istillah ‘Melayu’ merujuk kepada nama Bangsa dan
Agama adalah satu perkembangan baru dari segi
sejarah setelah terdapatnya Kesultanan Melayu
Melaka.
• Etnik juga dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini
wujud disebabkan perbezaan Budaya.
• Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan
cara bertindak yang meliputi sistem politik,
kepercayaan, agama, adat resam dan lain-lain.
• Ras pula merupakan satu kelompok manusia
yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri
fizikal seperti warna kulit dan lain-lain.
• Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi
dari generasi ke generasi. Antaranya ialah
Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
• Pada asasnya, Ras boleh dikatakan sebagai
Kelompok Sosial yang mempunyai tanda-tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna
rambut, warna mata, dll.
• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang
bangsa yang pernah menghadapi Konflik Etnik.
• Hubungan antara etnik yang berbeza di negara
kita masih berlaku dalam satu suasana yang baik
dan mampu memacu perkembangan ekonomi
negara seperti yang terdapat pada hari ini.
• Melalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu yang
berlaku seperti Prasangka atau Diskriminasi dalam
sesebuah negara.
• Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial dan
Perancangan Sosial sesebuah negara.
• Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu kaum seperti
Etnik Bidayuh, Kadazan, Kenyah, dll.
• Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau kebudayaan
sesuatu masyarakat biasanya daripada Golongan Migran
dan Minoriti yang telah diserap oleh Kebudayaan Dominan
tanpa membawa perubahan kepada Kebudayaan yang
wujud dalam golongan Minoriti atau Migran.
• Amalgamasi merujuk kepada proses
pencantuman dari segi Biologi.
• Proses cantuman ini boleh berlaku melalui
Perkahwinan Campur.
• Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses
tersebut seperti berikut iaitu A+B+C=A+B+C. Ini
menunjukkan bahawa setiap kelompok masih
berpegang kepada kebudayaan masing-masing
walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan
yang diamalkan.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewargenegaraan (2001), menjelaskan
Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai
dan norma antara satu sama lain.
• Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap
mempertahankan Budaya mereka tetapi hidup
harmoni dan saling menghormati antara satu
sama lain.
• Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung
dalam institusi tertentu seperti ekonomi dan
pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewarganeragaan (2001), Akulturasi Budaya
adalah manusia dalam kumpulan Minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-
laku golongan Majoriti.
• Proses Akulturasi membolehkan masyarakat
meminjam atau menerima unsur-unsur Budaya
golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi
Budaya.
• Kita tidak harus berbicara tentang Melayu, India
dan Cina sehingga terlupa kaum pribumi di Sabah
serta Sarawak seperti Iban, Dayak, Malanau,
Kadazan, Dusun, Bajau, dll.
• Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat suku-
suku seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dll.
• Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil,
Jaffna, Sikh, dll.
• Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan,
nilai dan kepercayaan agama tersendiri.
• Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan dan pada
umumnya dalam keadaan aman dan harmoni baik di
daerah-daerah kediaman, institusi pendidikan, pejabat,
syarikat dan persatuan.
• Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan anatara kaum
itu sudah berlangsung demikian banyaknya dalam
kehidupan ekonomi dan sosial yang memakmurkan negara.
• Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang
secara berkesan dalam jangka masa panjang untuk
mewujudkan sikap membina yang kukuh untuk setiap kaum
untuk hidup aman dengan orang lain.
• Kita memerlukan penyelidikan Sosio-Budaya yang
saintifik serta usaha pembangunan yang
berpanjangan dalam rangka Pembangunan
Modal Insan dan kehidupan negara.
• Semua Kementerian bertanggungjawab langsung
tentang kebudayaan dan perpaduan harus
membangunkan satu institut khas bagi tujuan
nasional ini. Institut ini perlu menjalankan
penyelidikan ilmiah yang berorientasikan
keperluan membina kerjasama dan perhubungan
bangsa.
• Sesuatu Kaum patut mengetahui sensitiviti,
pantang larang dan kepercayaan kaum lain
supaya lebih berhati-hati dan tidak menyinggung
perasaan orang lain.
• Hal-hal seperti ini patut menjadi sebahagian
daripada pendidikan Sosial dan Budaya bangsa
kita.
• Usaha memberikan kefahaman ini memerlukan
usaha yang serius, bukan sekadar ‘lip-service’ dan
‘rhetoric’.
• Perpaduan merupakan teras utama dalam hala
tuju ke arah kecemerlangan . Apabila perpaduan
telah mantap maka pembangunan negara dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
• Dalam hal ini, semangat perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan rakyat menerusi 3
teras asas utama iaitu: Sikap Penerimaan,
Penghayatan, serta Pembelaan kepada semua
golongan yang memerlukan dapat dipupuk.
Struktur Masyarakat/Kelas Sosial
• Kumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang
hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling
berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.
• Terdapat 3 Konsep penting ditumpukan apabila
menyebut perihal Masyarakat.
• Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau
kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi,
berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan
sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta
lahir satu sistem yang dnamakan sebagai Kebudayaan.
• Ciri-Ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu
masyarakat adalah seperti berikut:
i. Hidup berkelompok
ii. Mempunyai Budaya
iii. Sering mengalami perubahan
iv. Saling berinteraksi sama ada dalaman
dengan pihak luar
v. Mempunyai kepimpinan
vi. Mempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,
Status dan Kasta)
• Etnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji
hubungan persaudaraan mereka melalui nenek
moyang yang sama.
• Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok
manusia yang mengamalkan Budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi.
• Konsep ‘Kelompok Etnik’ digunakan untuk
merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi
kebudayaan.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri Budaya
seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan tentang kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
• Konsep Suku pula merujuk kepada Kelompok
Masyarakat yang membentuk rumpun bangsa
seperti dalam rumpun Kadazan-Dusun
terdapat Subetnik seperti Tatana, Bisaya,
Lotud, Kimaragang, dll.
• Konsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan
Etnosentrisme.
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
• Etnosentrisme pula merujuk kepada satu
sikap atau kepercayaan bahawa Kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi
nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
• Suatu kelompok dikatakan ‘Etnosentrik’
apabila mereka menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan
sendiri dan menganggap Kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah.
• Selagi manusia menjadi ‘Etnosentrik’, selagi
itulah mereka akan melihat kelompok lain
berdasarkan ‘Stereotaip’ yang sedia
ada(biasanya yang bersifat negatif).
• ‘Rasisme’ ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
Kelompok Sosial atau para anggotanya terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
wajah Fizikal-Biologikal atau Ras semata-mata
yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku
atau tindakan.
• Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan
terhadap seseorang dilakukan semata-mata
berasaskan keturunan bangsanya.
• ‘Rasisme’ wujud pada 2 tahap iaitu;
(a) Tahap Individu- (Kepercayaan dan Sikap
individu).
(b) Tahap Institusi- (Melibatkan Dasar dan
Pelaksanaan yang bersifat Diskriminasi).