You are on page 1of 28

Apakah Tingkah laku?

TL = sesuatu yang dilakukan oleh organisma

Apakah Pengurusan Tingkah laku?


Pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam
pembelajaran akademik mahupun sosial.

Ini bermakna:
 tanpa perubahan TL, pembelajaran tidak berlaku.
 Dlm hal pembelajaran , perubahan TL menjadi kayu ukur
bagi menentukan samada organisma telah mempelajari
sesuatu yang baru/tidak, samada positif / negatif.
Memahami TL dari aspek psikologi
- Psikologi moden boleh didefinisikan sebagai satu kajian
yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
- 4 pembahagian psikologi:
1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik
2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia
3. kajian ke atas proses mental manusia – TL terselindung
Secara keseluruhan, psikologi ialah satu disiplin yang
mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia.
Bidang psikologi cuba memahami jiwa dan tingkah laku
manusia dari beberapa sudut dan perspektif yang
berlainan. Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi
memahami keadaan “dalaman” ini ialah melalui
perspektif psikobiologi.
Kepentingan kefahaman tentang psikologi
 Sesungguhnya, setiap pengetahuan itu ada manfaatnya.
 Dalam bidang ini, ia berupaya memberi kefahaman tentang
manusia, sifat-sifat tabii, tingkah laku serta jiwanya.
 Oleh kerana setiap manusia mempunyai ciri-ciri tingkah laku
yang berbeza-beza, memahaminya secara am adalah penting.

5 perspektif dalam Psikologi


• Psikodinamik – Freud, Jung
• Behaviourisme – Ivan Pavlov, Skinner, Watson, Thorndike
• Kognitif – Lewin, Piaget
• Kemanusiaan dan Kewujudan – May, Rogers
• Islam – Ibnu Sina, Malik Badri, Al-Ghazali, Al-Farabi
 TL terbahagi kepada 2 :
 TL Wajar /Positif
 Cth: - sikap ingin tahu,
 - cepat belajar,
 - proaktif
 - pintar cerdas

 TL Tidak Wajar /negatif/divien


 Cth: - Distruktif,
 - Distruptif,
 - sikap bergantung
TL Wajar
Merupakan TL yang baik untuk perkembangan kanak-
kanak kerana dengan TL ini;
 kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti P&P.
 Melalui sikap ingin tahu murid, guru dapat membina
aktiviti yang melibatkan penerokaan.
 Bila murid cepat belajar, guru boleh
memperbanyakkan aktiviti pengayaan.
 Sikap proaktif menyebabkan kanak-kanak suka
melibatkan diri pada aktiviti.
 Untuk kanak-kanak pintar cerdas, guru harus pandai
memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak
mudah bosan.
 TL Tidak Wajar
TL yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses P&P.

1. TL Distruktif :
TL yang menunjukkan permusuhan nyata/
menunjukkan TL fizikal ataupun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang.
Contoh : vandalisme, sengaja memotong
barisan, suka bergaduh, mengejek
TL Distruptif
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-
ciri:
 Hyperaktif,
 Suka membuat bising
 Agresif,
 Suka bergerak,
 Suka ketawa dengan kuat
 Sering menunjukkan TL agresif kepada
rakan-rakan yang lain.
TL Bergantungan
 Kanak-kanak yang sering mengalami
emosi kebimbangan,
 Pergantungan berlebihan
 Mempunyai nilai kendiri yang rendah
 Sering bergantung pada orang lain dalam
apa juga aktiviti yang dijalankan
 Mempunyai sikap pemalu yang
berlebihan
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TL
1. Biologikal - kecelaruan otak yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas juga menjadi faktor kepada
wujudnya masalah tingkah laku.
2. Persekitaran
2.1 Persekitaran rumah – institusi kekeluargaan yang lemah
2.2 Persekitaran sekolah
- kurikulum terlalu padat, terlalu akademikal serta
berfokus kepada peperiksaan
- Fizikal bilik darjah yang padat, panas dan tidak menarik.
- Strategi P&P/cara penyampaian pengajaran yang
membosankan, tidak menarik dan tidak mempunyai
objektif yang jelas.

ISU: Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masalah tingkah laku
di kalangan murid-murid
Sambungan…….

3. Pengaruh kawan/media
4. Keperluan asas tidak dipenuhi
5. Pengabaian samada oleh ibu bapa dan keluarga, guru,
masyarakat sekeliling
6. Penderaan
 Penderaan fizikal
Cth: dipukul / dicederakan / disakiti dengan pelbagai cara
 Penderaan emosi
Cth: ibu bapa/keluarga/orang disekitarnya gagal memberikan
kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya.
Kanak-kanak diejek/dikutuk, diancam, dikritik, tidak
diterima oleh keluarga, diasingkan, tidak dipedulikan
Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku
 Apakah kepentingan pengurusan tingkah-laku
murid, terutamanya dalam pendidikan khas?

 Mengapakah guru pendidikan harus pelajari


teknik untuk mengubah tingkah-laku murid-
murid dengan keperluan khas?

 Fikirkan keadaan kelas jika pengurusan


tingkah laku tidak berjaya dilaksanakan.
1. Membolehkan pembelajaran yang efektif dan
memperoleh kemahiran hidup untuk berdikari
2. Mengajar tingkah-laku yang diterima oleh masyarakat
dan meningkatkan maruah (dignity) murid
3. Mengurangkan beban kepada penjaga (khususnya ibu
bapa)
4. Dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya
dapat inklusif dalam kegiatan masyarakat yang biasa

Penting sekali;
Objektif pengurusan tingkah-laku yang utama ialah
meningkatkan kualiti hidup murid .
 Semasa memikirkan intervensi, guru-guru harus juga
fikir;
 Adakah murid diberi peluang untuk memilih
hadiah/penggalak sendiri? Adakah penggalak itu
biasanya digunakan untuk rakan yang sebaya dengannya
juga?

 Bolehkah murid diberi peluang untuk memahami akibat


tingkah-lakunya dan kenapa tingkah-lakunya harus
diubah?

 Bolehkah murid itu diberi peluang untuk meneliti (monitor)


dan memilih tingkah-laku yang sepatutnya?
Teknik Pengurusan Tingkah laku Murid Berkeperluan Khas

1. Amaran Konstruktif
Pertimbangkan prosedur berikut:
- Tarik perhatian murid
- Beritahu TL yang diingini dengan jelas
- Beritahu TL negatif dengan jelas
- Amaran hendaklah ringkas
- Teruskan pengajaran dan puji murid lain
- Puji sebaik TL diingini wujud
- Beri hanya satu amaran sahaja
Hukuman
Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan TL
positif/wajar yang membina. Menghukum berkaitan
denda yang dilakukan begi mencegah TL yang tidak
diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang
menyakitkan.

Contoh-contoh hukuman yang biasa dijalankan adalah


menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan
perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu
bapa, kawalan yang mudah, teguran, respon punitif
(penggunaan ancaman lisan), amaran, pembetulan,
penggantian, ‘time-out’ dan boleh juga dirujuk kepada
guru besar/pengetua.
 Model Pengurusan TL oleh Lee Canter (1976) iaitu model
‘Disiplin Tegas’ (‘assertive dicipline model’) juga
merupakan salah satu teknik hukuman.

 Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru


menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan.
Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah
dinyatakan, peraturan BD dibentuk oleh guru dan
diamalkan didalam BD.

 Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid


diberitahu peraturan dan menghukum mereka yang
melanggarnya akan mengelakkan TL yang tidak diingini.
 Isu yang timbul:

Pendekatan ini mengawal TL murid pada waktu itu, tetapi


murid tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima
atau pun adakah mereka belajar menyesuaikan diri pada
situasi yang lain.
Sistem pengurusan TL yang menguatkuasakan peraturan
oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak membantu
murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun,
sisitem ini mengajar murid mematuhi peraturan yang
diamalkan melalui kuasa yang tegas.
Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan menuntut serta-
merta contohnya untuk mengelakkan kecederaan atau
kecemasan seperti kebakaran.
 Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan
merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru
‘pengurus teknikal’. Malah ia menyebabkan murid tidak
dapat memastikan TL yang sesuai dan tidak membina
rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
 Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya
TL mengganggu.

Menurut Maurice Balson (1992);


‘At the heart of a disciplinary problem in the classroom is
an educational failure by the school’
- Pengajaran dan Pembelajaran BD yang tidak berkesan
menjadi penyebab masalah disiplin. Murid hilang
minat/bosan dan akan bertukar menjadi TL bermasalah.
Memperaktikan strategi disiplin yang sesuai.
1. Mesra dan mudah didekati
2. Uruskan TL yang spesifik dan terkini
3. Bantu murid membuat penghakiman nilai
tentang TLnya
4. Buat perancangan perubahan TL
5. Dapatkan komitmen murid untuk
menjalankannya
6. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya
7. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif
KAEDAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Apakah peneguhan TL secara ‘differential’?
 Mengaplikasi peneguhan dan penghapusan (‘extinction’)
bagi meningkatkan TL sasaran yang diingini/ bagi
mengurangkan berlakunya TL yang tidak diingini.

1. Differential Reinforcement of Other Behaviors (DRO)


 peneguh itu merupakan kontingensi bagi hilangnya TL
bermasalah (Reynolds, 1961 dalam Miltenberger, 2001).
 Ini bermaksud – peneguh itu tidak lagi diberikan selepas
TL bermasalah (penghapusan/extinction) tetapi peneguh
itu diberikan selepas satu sela masa (interval) di mana
masalah TL tidak berlaku (Miltenberger, 2001).
2. Differential Reinforcement of Alternative Behaviors
(DRA)
 Merupakan satu prosedur TL yang digunakan untuk
meningkatkan kekerapan sesuatu TL yang diingini
dan bagi mengurangkan kekerapan TL yang tidak
diingini. TL yang diingini dikukuhkan setiap kali ia
berlaku.
3. Differential Reinforcement of Incompatible
Behaviors (DRI)
DRI adalah di mana TL alternatif itu secara fizikalnya tidak
bersesuaian dengan TL bermasalah. Oleh itu kedua-dua
TL tersebut tidak boleh berlaku pada masa yang sama.
DRI ini melibatkan kita meneguhkan satu TL yang tidak
bersesuaian secara fizikalnya dengan TL sasaran. Cth:
1
 ) DRI boleh digunakan bagi meneguhkan TL bermain
anak patung dengan bersesuaian bagi seorang kanak-
kanak yang mengalami autisme yang menggoyang-
goyangkan tangannya berulang kali. Kanak-kanak itu
tidak boleh menggoyang-goyangkan tangannya dan
bermain anak patung pada masa yang sama. Oleh itu,
TLnya yang suka menggoyang-goyangkan tangannya
berulang kali dikurangkan dengan cara meningkatkan TL
bermain anak patung.
4. Differential Reinforcement of Lower Rates of Behaviors (DRL)
DRL ialah prosedur peneguhan TL di mana kita
meneguhkan TL klien/individu hanya selepas TL sasaran
terjadi pada kadar yang rendah seperti yang telah kita
tentukan sebelumnya.

Bila hendak gunakan DRL?


DRL digunakan bagi TL yang tidak perlu dikurangkan
dengan segera/dihapuskan langsung (cth; kerap meminta
tolong) atau TL yang merupakan tabiat yang kukuh (spt;
stimulasi kendiri, menggigit-gigit gigi). Kita akan
meneguhkan secara progresif kadar rendah TL tidak
diingini yang ditunjukkan oleh seseorang murid.
Contoh kes;
Cikgu Bani ingin mengurangkan TL Jenny yang suka menggigit-
gigit giginya yang tidaklah perlu dikurangkan dengan kadar
segera maka beliau boleh memberi peneguhan kepada Jenny
jika dia tidak melakukannya lebih daripada 4 kali dalam masa
yang ditentukan. Apabila Jenny berjaya pada peringkat
tersebut, peneguhan itu hanya akan diberikan jika ia
berkurangan menjadi 3 kali dalam masa yang ditetapkan itu.
Kriteria ini akan dikurangkan sehingga TL Jenny menurun ke
tahap yang boleh diterima.

Dengan membenarkan kanak-kanak mengubah TL yang


menjadi tabiatnya secara perlahan-lahan dan bukannya
dengan kadar segera, kaedah DRL ini membantu kejayaan
kanak-kanak bergerak maju sampai ke tahap yang disasarkan.
Namun, DRL tidak sesuai jika TL itu berbahaya/boleh
berjangkit pada orang lain.
5.Differential Reinforcement of Higher Rates of Behaviors (DRH)
DRH ialah prosedur peneguhan TL di mana kita meneguhkan TL
klien/individu hanya selepas TL bersesuaian terjadi pada kadar
yang tinggi seperti yang telah ditentukan sebelumnya.

Cthnya:
Cikgu Fairus ingin Hisham melibatkan dirinya lebih banyak
dalam aktiviti kelas semasa beliau mengajar Bahasa Melayu.
Hisham memang suka berdiam diri semasa kelas Bahasa
Melayu. Cikgu Fairus dengan menggunakan DRH boleh
memberitahu Hisham jika dia melibatkan diri sebanyak 3 kali
dalam kelas maka dia boleh menggunakan komputer selama
10 minit. Bila Hisham melibatkan diri secara konsisten maka
cikgu akan meningkatkan kadar TL yang diingini sehingga
bertambah dari masa kesemasa spt menjadi 5 kali, 7 kali dan
seterusnya.
6. Extinction (Penghapusan)
- Merupakan prosedur lain bagi menghapuskan TL yang
tidak diingini.
- Biasanya ia mengambil masa lebih lama berbanding
dengan menggunakan hukuman tetapi ia kurang
mendatangkan kesan sampingan.

Bagaimana melaksanakan penghapusan dgn. Berkesan?


1. Elak daripada sekali sekala memberi ganjaran terhadap
TL sasaran. Kita mesti sabar dan tabah semasa
melaksanakan prosedur penghapusan walaupun
adakalanya kita tidak sampai hati/tidak tahan lagi dengan
TL tersebut.
Kaedah lain dalam menguruskan TL murid:
1. I-Mesej -
merupakan ekspresi perasaan. Tegur murid secara terus
sekiranya dia sedang melakukan TL yang tidak diingini.
2.Kesan Berlogik-
penalti dikenakan apabila murid telah melakukan
sesuatu TL.
3. Pujian Pelajar Contoh-
memuji murid lain yang berjaya menyiapkan tugasan.
4. Susunan bilik darjah yang menarik.
5. Jadual Premack –
guru memberhentikan seketika P&P yang bersifat
formal dan membuat aktiviti seperti bermain, senaman
ringan dengan iringan muzik dll.
Untuk menguruskan TL murid, kita perlu
faham dan memenangi hati mereka terlebih
dahulu.

Nak memenangi hati murid kita perlu – Ilmu,


keberanian, keikhlasan.

Tanya pada diri;


Adakah kita mempunyai 3 faktor di atas?

“BEKERJALAH KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH”

SEKIAN

You might also like