You are on page 1of 20

BAHAGIAN PILIHAN :

EKONOMI RUMAH TANGGA

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM 2009


7.1 PENGERTIAN MAKANAN BEKAL
 Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan
kemudian dibungkus (dipek) dengan bekas yang
sesuai, dimakan di tempat lain

 Contoh makanan bekal


nasi goreng
nasi lemak
sandwic
kuih-muih tempatan

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM 2010


a) masakan savouri
nasi lemak, nasi goreng , mihun/mi goreng,
karipap, kuih badak, sardin gulung

b) desert/makanan manis
kek, ban, agar-agar,
kuih tempatan
c) buah-buahan/sayur-sayuran
pisang, tembikai, betik, epal, limau, tomato, daun
salad, lobak merah

d) minuman
- minuman sejuk : jus buah-buahan, kopi ais
- minuman panas : kopi, teh, koko
- minuman botol, minuman dalam tin/kotak dll
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM
Faktor Penting Dalam Memilih Bekas
Untuk Membungkus Makanan
1. Tidak mudah pecah - supaya makanan tidak
mudah tumpah / terkeluar
2. Ringan - supaya mudah diangkat
3. Sentiasa kering - supaya makanan tidak mudah
basi
4. Tahan haba - supaya makanan masih panas
apabila dihidangkan

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM


BIL JENIS MAKANAN CONTOH BEKAS
1 Makanan kering dan berminyak Kertas minyak

2 Kek , buah-buahan, sayur- Kertas/beg plastik/beg politena


sayuran
3 Sandwich / kuih-muih Kertas aluminium

4 Makanan basah atau kering Bekas plastik yang kedap udara

5 Makanan pelbagai jenis Mangkuk tetingkat


masakan
6 Minuman panas / sejuk Kelalang hampagas bermulut kecil

7 Nasi goreng, kari , sup Kelalang bermulut luas

8 Makanan tidak berkuah Polisterina

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM


CONTOH BEKAS

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM


RISIKO penggunaan bekas polistirena ini
mendorong ada pihak melabelkannya
sebagai keranda putih

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM


GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan
polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko
kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh
menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa
500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-
bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam
tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia


(WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab
kanser kepada manusia.Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan
perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah
merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar
di sini semalam.

Sumber: Kosmo! 2009


KAEDAH MEMASAK
Memasak Haba Kering Memasak Haba Lembap

1. Menggril 1. Mengukus
2. Membakar
2. Merebus
3. Memanggang
4. Menggoreng tohor 3. Mencelur
( sedikit minyak) 4. Mereneh
5. Menggoreng tanpa (api perlahan)
minyak
5. Merendidih
6. Menggoreng minyak
penuh (api sederhana)

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM 2010


MEMILIH DAN MERANCANG MENU HIDANGAN
MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM
1. Sajian makan tengahari dihidang antara pukul 1 hingga 2 petang
manakala sajian makan malam pula dihidang antara pukul 7 malam
hingga 9 malam.
2. Kedua-dua sajian merupakan sajian utama dan hendaklah dihidang
dengan seimbang.
3. Hidangan sepinggan lengkap seperti burger, nasi ayam dan bihun
goreng juga boleh dihidang sebagai hidangan makan tengahari atau
makan malam.
4. Kedua-dua hidangan makan tengahari dan makan malam boleh
terdiri daripada makanan yang serupa.
5. Pada umumnya, hidangan makan malam disediakan lebih teliti
berbanding makan tengahari kerana semua anggota keluarga dapat
berkumpul dan makan bersama.
Menu untuk kedua-dua sajian tengahari dan
makan malam biasanya terdiri daripada :
Jenis makanan Contoh makanan Fungsi
Makanan yang Kari ayam, sambal telur, Membina tubuh
berprotein ayam masak merah

Makanan yang Nasi , roti, roti canai , mee Mengenyangkan,


mengenyangkan membekalkan tenaga

Sayur-sayuran Sayur goreng campur, acar Membekalkan vitamin


mentah dan garam mineral

Pencuci Buah-buahan, agar-agar,


mulut/dessert puding , aiskrim, kastard,
bubur kacang
Minuman Jus buah-buahan, kopi, teh,
sirap
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM
Bahan-Bahannya :-)
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak-kepaknya sekali
1/3 cawan rempah kari , 200 ml pati santan
1 inci halia* , 4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus) , 1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya , 3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)


Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci
kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga
menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga
bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng
hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api
sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!) - Akak goreng sekali je selepas
masak dalam kuali tu...
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM
Bahan-Bahan:-
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan , 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
2 batang serai(mayang bulat nipis2)- saya titik aje
5 ulas bawang merah(mayang nipis) , 2 ulas bawng putih(mayang nipis)
3 cm halia(ditumbuk lumat) , 4 helai daun pandan
2 cm kulit manis , 2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang , 1 biji bunga cengkih
5 butir biji halba , garam secukupnya

Cara Memasak:-
Cuci beras, rendam selama 5 minit dan toskan.
Panaskan minyak sapi, goreng bawnag hingga kuning dan wangi,.
Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan
bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa
hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan
dan masak seperti biasa.
Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari & sambal
udang/sotong kering.

Sources:-From warisan nenek@mesra.net


PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMKTM

You might also like