You are on page 1of 40

BAB 2

POTRET
HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN
 Bab ini memfokus kepada konsep asas
hubungan etnik dan aplikasinya.
 Masyarakat multietnik, budaya dan
agama ciri utama kebanyakkan negara.
 Maka, perlu pemahaman yang tepat
tentang teori dan definisi untuk menilai
masyarakat yang berbeza dalam pelbagai
aspek.
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK: ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
 Pemerintahan- perlembagaan mengikut Islam
,Undang-undang Laut Melaka & Hukum
Kanun Melaka.
 Perdagangan- Pemerintahan terbuka & tadbir
urus pelabuhan yang cekap- jaga keselamatan
pedagang melalui Undang-undang Laut
Melaka--Laksamana Melaka berperanan
hapuskan lanun dan perompak.
 Corak Kependudukan- Zaman pluraliti sebab
proses penghijrahan secara semulajadi dari
Arab, India, China dan lain-lain.– wujud
masyarakat baharu Baba Nyonya, Melayu
keturunan Arab dan sebagainya.
 Kepelbagaian Budaya- Melaka menjadi kota
multibudaya- - pertembungan budaya besar
dunia misalnya, budaya alam melayu dengan
Eropah.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
ERA PENJAJAH BRITISH
 Penjajah British memperkenalkan
prinsip, sistem, struktur dan dasar
pentadbiran baru.
 Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju
dalam bidang sosial, kemanusiaan dan
sains tulen.
 Perdebatan ilmu (abad ke-15) –
pemisahan antara agama dan sains
moden.
 Semasa penjajah British datang ke Alam
Melayu – Eropah mengalami perubahan
epistemologi – pemisahan antara negara
(state) dan agama (church).
 Majoriti menyokong sains moden dan
menyebabkan agama menjadi anutan
individu.
 Ilmu sains menjadi asas kepada segala
aspek kehidupan duniawi manusia
termasuk ilmu pemerintahan dan
pentadbiran.
KERANGKA TEORI
Teori merupakan satu himpunan takrif
atau konsep yang memberikan gambaran
secara sistematik berkenaan fenomena
dengan memperincikan hubungan antara
pembolehubah untuk menerangkan dan
meramalkan fenomena tersebut.
Teori Ekologi
 Robert E. Park (1950), merupakan ahli sosiologi pertama
yang membincangkan berkaitan perhubungan ras.
 Beliau dipengaruhi pendekatan Charles Darwin (1859)
berkaitan “kemenangan bagi yang tergagah”.
 Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk warisan
iaitu:
1. Sebagai ahli sebuah kumpulan ras akan mewarisi pusaka
biologikal dengan perpindahan melalui perkahwinan
sesama kumpulan.
2. Sebagai ahli kumpulan sosial, manusia akan
memindahkan melalui komunikasi warisan sosial
kumpulannya.
 Teori Ekologi Park boleh dirumuskan dalam empat
usul:
1. Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan
yang tidak sama rata, manusia yang mempunyai
fenotaip yang berbeza.
2. Dalam perhubungan persaingan, manusia sedar akan
ciri-ciri status yang membezakan mereka.
3. Manusia yang berstatus tinggi enggan bersaing atas
dasar sama rata dengan mereka memiliki status rendah.
4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh
kelompok manusia yang istimewa . Prejudis juga
mempertahankan kepentingan mereka dan
memperkukuhkan struktur kategori itu.
Teori Freudian

 Teori ini diaplikasikan oleh John


Dollard (1937) dengan merujuk
kepada konsep prejudis sebagai satu
sikap untuk mempertahankan hak
orang kulit putih.
 Dollard telah mengusulkan
beberapa pandangan iaitu:
1. Kekecewaan psikologi individu lahir
daripada kehidupan sosial. Kekecewaan dapat
dikurangkan dengan melakukan kekerasan
khususnya ke atas sasaran tertentu.
2. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan
dengan ketakutan dan keinginan yang
terpendam.
3. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti,
semakin sesuai kelompok ini dijadikan
sasaran.
Teori
Struktur Fungsionalisme
 Teori ini dipelopori oleh Talcott Parsons
(1975).
 Antara sarjana yang menjadi pengikutnya
ialah W. Lloyd Warner (1945), Gunnar
Myrdal (1944) dan Kingsley Davis
(1948).
 Beberapa usul dalam teori ini antaranya:
1. Individubertindak kepada insentif dan
dikawal oleh hukuman dan denda.
2. individu mengejar kepentingannya tetapi
masyarakat mengikat kepentingan ini dalam
satu pola yang sama kerana wujudnya
pembahagian buruh.
3. Individu juga berkongsi nilai bersama
untuk memakmurkan dan mensejahterakan
masyarakat.
Teori Kelas

 Oliver Cox (1948) mendapati masalah


hubungan ras dan etnik di US ada hubung kait
dengan masalah kelas dan sistem kasta.
 Cox berpandangan semua pertelingkahan ras
boleh dikaitkan dengan dasar dan sikap
golongan kapitalis dan orang kulit putih
terhadap golongan orang bukan kulit putih
dan golongan buruh.
 Prejudis dan ideologi ras seperti sikap
rendah diri dipupuk seterusnya
digunakan untuk kepentingan politik dan
ekonomi kapitalis.
 Cox melihat perhubungan ras sebagai
perhubungan proletariat –borjuis.
 Cox mengusulkan beberapa perkara
seperti:
1. Apabila kapitalis eropah berkembang ke kawasan kaya,
wujud keuntungan untuk memperoleh sumber buruh yang
berbeza dan menyebabkan buruh tertindas.
2. Dalam perhubungan yang tidak sama rata, terbentuk
keyakinan yang mendokong ketidaksamaan itu. Perkara ini
wujud dalam masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh
kulit putih dan hitam.
3. Kategori ras wujud dalam kehidupan masyarakat kapitalis
kerana:
a) menguntungkan pemerintah
b) pertembungan dalam masyarakat belum sampai
pada tahap yang menunjukkan kedudukan sistem
sosial sebenar yang dapat dilihat dengan jelas oleh
kelas buruh.
Teori Masyarakat Majmuk

 Konsep masyarakat majmuk diketengahkan oleh


J.S Furnivall (1948) dam M.G Smith (1965).
 Ia bertujuan mengenalpasti masyarakat yang
terdapat di Asia Tenggara.
 Furnivall menegaskan bahawa:
1. Setiap kumpulan berpegang kepada agama,
kebudayaan dan bahasanya, ide dan cara
hidupnya sendiri.
2. Individu akan bertemu, tetapi hanya di
pasar untuk membeli dan menjual.
3. Wujud satu masyarakat plural yang
mana mereka hidup bersebelahan tetapi
berasingan, dalam unit politik yang sama.
4. Pembahagian buruh berlaku mengikut
garisan ras dalam bidang ekonomi.
Teori Pasaran Buruh Terpisah
 Teori Edna Bonacich (1972 & 1973) bermula
daripada kesedaran terhadap perbezaan kuasa
dalam pasaran buruh yang boleh mewujudkan
pertelingkahan antara golongan kulit putih dan
kulit hitam.
 Teori Bonacich menyatakan bahawa:
1. Sesetengah pasaran buruh dipisahkan
berdasarkan garis etnik, kumpulan ras bergaji
tinggi dibezakan dengan buruh bergaji murah.
2. Wujud tiga kelas utama yang
mempunyai kepentingan berbeza:
a) Ahli kelas peniaga mahu kepada buruh
murah dan lemah untuk bersaing.
b) Buruh bergaji tinggi diancam oleh
kewujudan buruh murah.
c) Kelemahan kuasa buruh bergaji murah
menakutkan buruh bergaji tinggi.
3. Buruh bergaji tinggi
mengukuhkan kedudukan dengan
mengusir buruh murah.
4. Pertelingkahan etnik berlaku
kerana persaingan berdasarkan harga
buruh yang berbeza.
Teori Pilihan Rasional Tentang Perhubungan
Etnik
 Antara tokoh yang mempopularkan teori
tersebut ialah Thomas Sowell (1975),
Thomas Schelling (1978), Michael Banton
(1997) & Mansor Mohd Noor (2000).
 Merupakan pendekatan teoris yang meneliti
realiti sosial dengan cara melihat pilihan
tingkah laku manusia di peringkat individu
dan kumpulan.
 Teori mengandaikan bahawa:
1. Individu mempunyai matlamat dan
kecenderungan yang berbeza.
2. Individu bertindak untuk memaksimumkan
ganjaran material dan kedudukan sosial.
3. Tingkah laku individu merupakan fungsi
sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap
kelompok sebaya.
4. Apabila individu membuat satu pilihan,
pilihan lain akan tertutup.
5. Semasa individu bertindak ke atas pilihan
tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan
akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat
dengan individu lain.
6. Apabila individu gagal mendapatkan
ganjaran maksimum, dia akan mengembleng
kekuatan kolektif.
7. Apabila individu gagal memaksimumkan
kepuasan, dia akan berpaling ke arah asas
agama dan ketuhanan.
8. Apabila individu memilih mengembleng
secara kolektif berdasarkan warisan budaya,
batas kumpulan akan bersifat terbuka.
9. Apabila individu memilih mengembleng
secara kolektif berdasarkan warisan fizikal,
batas kumpulan juga akan bersifat terbuka.
Konsep Ras dan Rasisme

 Ras – kelompok sosial yang mempunyai tanda


pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata,
rambut & selainnya.
 Rasisme – pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal
atau ras semata-mata.
 Rasisme wujud pada 2 tahap:
1. Individu – kepercayaan dan sikap
individu.
2. Institusi – melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi,
seterusnya membentuk ketidaksamaan
bagi masyarakat daripada ras yang
berbeza.
Konsep Etnik, Etnisiti dan
Etnosentrisme
 Etnik – sekelompok manusia mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat
resam, pakaian, bahasa dan kegiatan
ekonomi.
 Etnik – dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya – adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi
politik, ekonomi dan hiburan.
 Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik tertentu.
 Wujudnya satu kebudayaan dan subbudaya
jelas yang menyatukan anggotanya dengan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku
yang sama.
 Etnosentrisme – kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan
etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan
hebat daripada kelompok lain.
 Konsep ini juga membawa makna suatu
perspektif melihat kelompok lain daripada
lensa dan kaca mata etnik sendiri.
KONSEP BUDAYA
 Budaya – “Budhi” (Sanskrit) + “daya”
(Melayu).
 “Budhi” – kecergasan fikiran dan akal.
 “daya” – kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh.
 Budaya – tenaga fikiran, usaha rohani
atau kuasa menggerakkan jiwa.
 Budaya – suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu. Ia
meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap & nilai.
 Budaya boleh dibahagikan kepada
budaya kebendaan (material) dan budaya
bukan kebendaan (bukan material).
 Dua peranan utama pembentukan
budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta identiti
2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.
 Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri:
1. Dipelajari
2. Dikongsi
3. Sejagat
4. Diwarisi
5. Berubah
6. Mempunyai perlambangan
7. Adanya pandangan semesta
KONSEP PREJUDIS, STEREOTAIP
& DISKRIMINASI
 Prejudis – pandangan negatif mengenali
ahli atau kelompok etnik tertentu – tidak
diluahkan secara terbuka.
 Tidak berasaskan maklumat yang jelas,
tepat atau mencukupi.
 Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis
disalurkan daripada satu generasi kepada
generasi lain.
 Stereotaip – kenyataan-kenyataan umum
yang negatif terhadap sesuatu kumpulan
etnik – merupakan gambaran berlebih-
lebihan tentang sesuatu perlakuan baik
atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
 Terhasil apabila berlaku pertembungan
dua atau lebih komuniti etnik.
 Diskriminasi – perbuatan membanding-
bezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
 Diskriminasi merupakan manifestasi
prasangka (prejudis) yang wujud dalam
kalangan sesuatu kumpulan etnik.
KONSEP-KONSEP TAHAP
HUBUNGAN ETNIK
 Konsep Segregasi – pemisahan atau pengasingan
antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara – dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.
 Konsep Akomodasi – proses yang menyebabkan
setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
 A + B + C = A + B + C.
 Konsep Akulturasi – proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
 Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat penerima.
 Konsep Asimilasi – proses percantuman dan
penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
 Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan
dan identiti. A + B + C = A.
 Konsep Amalgamasi – proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru.
 Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
A + B + C = D.
KESIMPULAN
 Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut
luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut
konseptual.
 Kebanyakkan tinhkahlaku dalam kehidupan
diwarnai oleh sikap negatif terhadap etnik
lain.
 Hubungan silang budaya berlaku dalam
kalangan masyarakat pelbagai budaya.

You might also like