You are on page 1of 119

SEJARAH AWAL

NEGARA
NORMAIZURA MD ZAIN
LATAR BELAKANG SEJARAH
AWAL NEGARA
• Penemuan arkeologi
• Zaman prasejarah dan tahap-tahapnya
a) PALEOLITIK = 35 ribu tahun dahulu
b) MESOLITIK = 10 ribu tahun dahulu
c) NEOLITIK = 5 ribu tahun dahulu
d) ZAMAN LOGAM = 2.5 ribu tahun dahulu
• Tapak-tapak prasejarah di malaysia. Di mana?
Contoh : Kota Tampan, Perak, Tingkayu, Sabah, Gua Niah, Sarawak
KERAJAAN-KERAJAAN
MELAYU

KESULTANAN KERAJAAN JOHOR KERAJAAN-KERAJAAN


MELAYU MELAKA LAIN
KERAJAAN MELAKA
1) Pengasasan Kerajaan Melaka
2) Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal
3) Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka
4) Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung
 KMM sebagai sebuah kesultanan Melayu tertua
 Di Kepulauan Asia Tenggara – beberapa buah kerajaan agung lain
sebelum Melaka (Funan, Srivijaya dan Majapahit)
 KMM adalah warisan kerajaan Srivijaya – berpusat di Palembang,
Sumatera Tenggara (abad ke-7 hingga ke-13M)
 Srivijaya : Kerajaan maritim yang mengendalikan perdagangan dengan
India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya
sendiri
 Agama Hindu-Buddha dan bahasa Sanskrit
 1391 :
- Kerajaan Srivijaya diserang Majapahit
 Parameswara (putera raja Palembang) mengundur ke Temasik, Singapura
- Serang Singapura (pemerintahan kerajaan Ayudhya, Siam),
pemerintahnya bernama Sang Aji Singapura
 1398 – Ayudhya serang balas
Parameswara berundur ke Sem. Tanah Melayu
Pada mulanya di Muar – kemudian ke Sening Hujung, Bertam – Melaka
(tahun 1400)
 Telah wujud sebuah perkampungan Nelayan, Parameswara
menamakannya Melaka
- sebatang pohon bernama ‘Malaka’
- bahasa Arab ‘Malaqat’ yang bermaksud ‘tempat perlindungan’
 Melaka masyur di dunia – pusat perdagangan (abad ke-15)
Perkembangan Politik Melaka Pada Tahap Awal

 Parameswara membuka petempatan dan menyediakan kelengkapan


perahu dan pelabuhan – untuk membolehkan Melaka menjadi tapak
perdangan antarabangsa
 Negara China – kuasa perdangan yang kuat
 Pengiktirafan negara China
 1403 – duta dari negara China,Yin Ching membawa hadiah
kepada Parameswara. Hal ini membuktikan pengiktirafan
China terhadap Melaka.
 1405 – utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching. Kedaulatan
Melaka diiktiraf secara rasmi – Parameswara ditabal sebagai
raja
 1409 – Laksamana Cheng Ho telah hadiahkan Parameswara
dengan alat-alat kebesaran diraja + prasasti.
 Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan
Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka
Sistem pemerintahan Melaka:
 ➾ Parameswara /Iskandar Syah (1400-1414)
 ➾ Sultan Megat / Mahkota Iskandar Syah (1414-1424)
 ➾ Sultan Muhamad Syah (1424-1444)
 ➾ Sultan Abu Syahid (1444-1445)
 ➾ Sultan Muzaffar Syah (1445-1456)
 ➾ Sultan Mansur Syah (1456-1477)
 ➾ Sultan Alaudin Riayat Syah (1477-1488)
 ➾ Sultan Mahmud Syah (1488-1510) & (1513-1528)
 ➾ Sultan Ahmad Syah (1510-1513)
 Kedudukan tertinggi ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’
 Islam : Raja – Sultan
 Sistem pemerintahan ‘raja mutlak’ iaitu kedudukan dan hak raja tidak boleh
dipersoal dan diganggu gugat
 Kuasa dan hak ada kaitan dengan konsep seperti :
- ‘taat setia’, ‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’
 Konsep ini melahirkan protokol diraja seperti :
- alat kebesaran, bahasa dalam atau bahasa istana (titah, patik, gering, berangkat,
mangkat dan sebagainya)
 Melaka sebagai kerajaan yang mempunyai protokol pentadbiran yang paling
tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya.
 Sultan akan melantik pembesar dengan fungsi-fungsinya tersendiri dalam
pentadbiran kerajaan
SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN

SULTAN
BENDAHARA

PENGHULU
BENDAHARI
PEMBESAR 4
TEMENGGUNG

LAKSAMANA
PEMBESAR 8

PEMBESAR 16

PEMBESAR 32
Golongan pentadbir lain :
 Syahbandar – pegawai pelabuhan CORAK
 Hulubalang besar – panglima perang PENTADBIRAN

 Ulama
 Mandulika SISTEM
KEBANGSAWANAN
 Tentera
 Mantri
 Seri Bija Diraja
 Bentara 2 GOLONGAN
- Golongan Pemerintah
 Chetria - Golongan Diperintah
 Orang kaya dan bangsawan lain
Sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Terbahagi
kepada 4 :
a) Kota Melaka
b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
c) Wilayah-wilayah taklukan
d) Jajahan-jahan takluk

Pembesar Wilayah Pegangan


Bendahara Bentan. Muar
Laksamana Siantan, Sungai Raya
Penghulu Bendahari Kampar, Sening Hujung
Seri Bija Diraja Singapura
 Wilayah- wilayah kecil – penghulu (digelar Mandulika)
Wilayah-wilayah tersebut ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain
 Jajahan takluk Melaka – Selangor, Kedah, Perak, Pahang dll diberi
autonomi mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan
kerajaan Melaka
 Termasuk Inderagiri, Bengkalis, Roksa, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain
di Sumatera dan Kepulauan Riau-Lingga
 Harus bayar sejumlah cukai yang telah ditentukan
Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN
MELAKA
Faktor Semulajadi atau Geografi
1) Kedudukan geografi – di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa
iaitu antara benua China dan India
2) Pertembungan 2 angin monsun utama yang membantu pelayaran iaitu Angin
Monsun Timur Laut Nov-Mac) & Angin Monsun Barat Daya (Apr – Okt)
3) Kapal-kapal terlindung daripada tiupan angin kencang
4) Kekayaan sumber asli – hasil hutan, emas, bijih timah dsb
5) Pertumbuhan plankton – siput, kerang dan tiram mutiara
:- kulit atau kerang siput cowrie dijadikan mata wang sebelum mata wang
logam diperkenalkan
Faktor Ekonomi
 Kedudukan di tengah-tengah jalan perdangan – kemewahan barang-barang dagangan
 Kekayaan hasil bumi atau serantau
 Pelabuhan entreport

Faktor Politik dan Pentadbiran


 Hubungan rapat dengan China – perlindungan politik dan bebas dari ancaman musuh
 Ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap – disokong oleh Orang Laut dan
tokoh-tokoh kerajaan
 Sistem undang-undang :
a) Hukum Kanun Melaka (undang-undang bertulis pertama di NNM)
b) Undang-undang Laut Melaka
 Sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun – sistem cukai – jual beli
 Mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah
 Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca (perantaraan) – perdagangan dan aktiviti
seharian
KEJATUHAN MELAKA

 Zaman kegemilangan Melaka – pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan


Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah
 Merosot akhir abad ke-15 – Sultan Mahmud Syah
 Dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
KELEMAHAN PEMERINTAH MELAKA
 SARS – berani dan tegas tetapi menolak kekerasan, kurang perluasan wilayah
 Sult Mahmud – mengabaikan doktrin keadilan
 Kelemahan pembesar – pengganti Tun Perak tidak secergas dan sebijaksana
beliau. Contohnya, Tun Perpatih Putih (tua). Digantikan dengan adik Tun Perpatih
Putih pula boros

KELEMAHAN SISTEM PERTAHANAN


 Tiada pahlawan terbilang spt Hang Tuah dan Tun Hamzah
KURANGNYA PERPADUAN RAKYAT MELAKA
 Pembesar dan rakyat berpuak-puak
 Pertelingkahan India-Muslim dengan kaum Melayu

SIKAP PEMBESAR
 Pembesar tidak adil dan kenakan cukai yang tinggi kepada pedagang

PEGANGAN AGAMA YANG LEMAH


 Penghayatan agama kurang – penindasan, kezaliman, ketidakadilan dan
rasuah
FAKTOR-FAKTOR LUARAN

PENEMUAN TANJUNG PENGHARAPAN


 Penemuan Tanjung Pengharapan (1488) – kuasa-kuasa Barat mula berminat
dengan tapak perdagangan di Timur
 Pelayar-pelayar Portugis – galakan Raja Portugal iaitu Putera Henry
 Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka
 Ingin memonopoli dagangan rempah, sekat penguasaan dagangan pedagang-
pedagang Islam dan sebarkan agama Kristian
SERANGAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA
 Portugis serang Melaka (1509-1511)
 Melaka tidak mempunyai pertahanan kuat dan sukar menandingi senjata
Portugis yang canggih dan moden
 Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 – diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque
KERAJAAN JOHOR

1) Pengasasan Kesultanan Johor


2) Pemerintah Johor Dan Pusat-pusat Pentadbiran
3) Pentadbiran Johor Sehingga Tahun 1718
4) Pentadbiran Johor 1721-1819
5) Perdagangan Di Johor
PENGASASAN KESULTANAN JOHOR
 Serangan Portugis ke atas Melaka pada 24 Julai 1511 oleh Alfonso (19
buah kapal perang dan 1400 orang tentera)
 Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud bersama pengikut-
pengikut berundur dari Melaka ke Selatan
 Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar
 Sultan Ahmad bina kubu di Pagoh
 Rancangan dan persediaan untuk merampas Melaka drp Portugis dikesan
oleh Portugis – SMS dan SA berundur ke Pahang (tinggal beberapa tahun
di Pahang)
 Kemudian berhijrah ke Bentan – bersemayam di Kopak – SA mangkat di
Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu (digelar Marhum di Bukit Batu)
PEMERINTAH JOHOR DAN PUSAT-PUSAT
PENTADBIRAN

BIL NAMA PEMERINTAH TAHUN


PEMERINTAHAN
1. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH II 1528 – 1564

2. SULTAN MUZAFFAR SYAH 1564 – 1570

3. SULTAN ABDUL JALIL SYAH 1570 - 1571

4. SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SYAH II (RAJA 1571 - 1597


UMAR)
5. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III (RAJA MANSUR) 1597 - 1615

6. SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH (RAJA 1615 - 1623


SEBERANG)
7. SULTAN ABDUL JALIL SYAH III (RAJA BUJANG) 1623 – 1677

8. SULTAN IBRAHIM SYAH (RAJA IBRAHIM) 1677 – 1685

9. SULTAN MAHMUD SYAH II 1685 - 1699


PENTADBIRAN JOHOR SEHINGGA TAHUN
1718
 Sistem pemerintahan kerajaan Melaka
 Sultan – Bendahara, Temenggung, Raja Inder Bongsu (Penghulu
Bendahari), Laksamana dan Syahbandar
 Wujud beberapa jawatan lain – Seri Bija Diraja , Seri Perdana Menteri dll
 Kekuasaan Laksamana Tun Abdul Jamil (1673)
 Konflik Laksamana Tun Abdul Jamil dengan Bendahara Tun Habib
 Unit Orang Kaya – gelaran-gelarannya
 Dua jajahan iaitu jajahan di T.Melayu dan Sumatera
PENTADBIRAN JOHOR 1721-1819

 Pusat pemerintahan tidak berpindah dengan kerap


 1718-1721 : diserang dan dirampas oleh putera raja dari Siak iaitu Raja Kecil
(Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah)
 Raja Sulaiman dan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Perani, Daeng Marewah,
Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi)– tumpaskan Raja Kecil
 Kewujudan jawatan Yamtuan Muda dan Raja Tua
 8 menteri utama – 4 Melayu , 4 Bugis
 Pertabalan Tengku Husin sebagai Sultan Singapura 1819 oleh Stamford Raffles
PERDAGANGAN DI JOHOR
 Kuasa Portugis dan Aceh disingkirkan dan lemah (abad ke-17)
 Pertambahan wilayah

Kedudukan Strategik
- Tapak ibu kota Johor
- Laluan pedagang – Sungai Johor
- Berpotensi

Sungai yang Lebar


- kapal-kapal besar
- Menyaingi Aceh dan Melaka (abad ke-16 dan 17)
Kemudahan Gudang dan Pasaran
-Prasarana gudang dan kemudahan baiki kapal
-Pegawai-pegawai terlatih dan sistem cukai yang berpatutan

Barang Dagangan Luar


-Wilayah takluk Melaka mengaku ketuanan Johor
-Barang-barang dagangan dari luar
-Tapak pasaran eksport beras secara meluas (Siam dan Jawa)
-Membekalkan barangan dengan harga yang murah (kain-kain dsb)
Peranan Orang Laut
- Pendapat mengatakan bahawa Orang Laut paksa pedagang2 singgah di
pelabuhan Johor
- Peranan Orang Laut di gudang dan pelabuhan , ketenteraan, pendayung dan
pembawa utusan raja, meronda perairan Johor dan kuatkuasakan sistem
kawalan Belanda

Persahabatan dengan Belanda


- Perlindungan
PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN
MELAYU LAIN

PERAK
1. Penemuan artifak di :
- Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong
- Gua Kerbau di Sungai Siput
- Gunung Churau di Ipoh
2. Catatan dalam Sejarah Melayu
– wujud kerajaan tua di Perak (Beruas dan Dinding)
- Perak pernah disebut sebagai ‘Gangga Negara)
3. Pengasas Kesultanan Perak berkait rapat dengan Kesultanan Melaka
• 1511 – Melaka diserang Portugis
• Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad (anakanda baginda) berundur ke
Johor kerana :
– usaha merampas kota Melaka semula
- mengelakkan diri daripada serangan Portugis

• Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak – Sultan Ahmad mangkat

• Sultan Mahmud melantik puteranya iaitu Raja Muzaffar dengan puteri


Kelantan iaitu Puteri Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’
PAHANG
1. Penemuan arkeologi (zaman Mesolitik, Neolitik dan Gangsa) di kawasan
Sungai Lembing, Tembeling dan Tresang)
2. Nama Pahang :
‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phan’, ‘Pan-Pan’, ‘Pan-Hang’
3. Teks klasik seperti Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai
Inderapura
4. Pengasasan Pahang (abad ke-15) berkait rapat dengan Kesultanan Melaka
Sejarah Melayu menceritakan :
• Pada zaman pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda iaitu
Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara iaitu Tun Besar kerana
satu peristiwa ketika bermain sepak raga dan bolanya terkena destar baginda.
• Hukuman, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang ke Pahang
dan dirajakan di Pahang
• Sultan Pahang pertama yang bergelar Sultan Muhammad Syah
• Berkahwin dengan puteri Raja Kelantan iaitu Mengindera Puteri dan
memperoleh tiga orang putera iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud
• Memerintah Pahang sehingga awal abad ke-17
• Berakhir pada 1614 apabila Raja Muda Abdullah mangkat
• Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor – Raja Bujang
• Konflik (1615-1617) : Acheh menyerang Pahang dan menyebabkan Pekan
musnah
• Raja Bujang berundur ke Johor
• 1623 – Acheh serang Johor
• Raja Bujang telah menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah II,
sekaligus sebagai Sultan Pahang
• 1641 - Pengaruh Acheh merosot dan lemah
- Sultan Iskandar Muda Thani mangkat
- digantikan oleh balu baginda iaitu Puteri Seri Alam bergelar Sultanah
Tajul Alam Safiatuddin Syah
• Johor mengukuhkan kekuasaan termasuk ke atas Pahang
• Pahang telah diberikan kepada Raja Bajau (anakandanya) bergelar
Yamtuan Muda tetapi Raja Bajau mangkat pada 1676 sebelum menduduki
takhta
• Digantikan dengan Raja Ibrahim iaitu putera Raja Bajau
• Sultan Abdul Jalil Syah III telah mangkat 1677
• Raja Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan Johor-Pahang dan bersemayam di
Pahang
• 1679 – pindah dan bersemayam di Riau
• Kekal memerintah sehingga 1699 iaitu sehingga kemangkatan Sultam
Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi Melaka.
• Digantikan pula dengan dinasti Bendahara (1699)
• Sultan Abdul Jalil IV melantik adindanya Tun Abdul Jamal sebagai
Bendahara dan diberikan wilayah pegangan di Pahang
• Dinasti Bendahara Johor di Pahang yang mengasaskan Kesultanan
Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad.
• Menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882
• Ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Dis 1884 dengan
gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah
• Diiktiraf oleh Bristih -1887
• Kekal sehingga hari ini
NEGERI SEMBILAN

1. Nama Negeri Sembilan : gabungan sembilan buah negeri atau kawasan


iaitu Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelebu, Johol, Klang, Jelai, Ulu Pahang
dan Segamat
2. Namun, kawasan-kawasan seperti Klang – Selangor, Jelai dan Ulu Pahang
– Pahang, Segamat – Johor
3. Sehingga abad ke-16 : N9 sebagai sebuah wilayah taklukan Johor
4. Hujung abad ke-17 : melonggarkan diri kerana kerajaan Johor mulai
lemah dan ada konflik dalaman
5. Ada bukti menunjukkan Negeri Sembilan telah dibuka sejak abad ke-14
berdasarkan penemuan batu-batu bersurat pada abad ke-14 di Sungai
Udang, Linggi di Port Dickson oleh seorang yang bernama Sheikh Ahmad
• Kemunculan pemerintahan berdaulat berkait rapat dengan kerajaan Minangkabau
• Akhir abad ke-17 : Pembesar-pembesar N9 mengundang beberapa orang raja dari
Minangkabau untuk ditabalkan sebagai raja di N9
Raja Kasah
– raja pertama yang dijemput
- telah disingkirkan kerana gagal dalam pentadbiran
Raja Adil
- turut disingkir
• Abad ke-18 : menjemput anak raja Minangkabau untuk menjadi raja bagi membatasi
pengaruh Bugis yang telah mula melebarkan pengaruh di Linggi
• Raja Pagar Ruyong iaitu Sultan Munim Syah dijemput tetapi baginda menghantar
puteranya Raja Melewar
SELANGOR
1. Asal usul nama Selangor tidak jelas
2. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Selangor telah didiami manusia
sekurang-kurangnya 2 ribu tahun dahulu
3. Penemuan peralatan seperti gendang dan loceng gangsa di Klang dan Sungai
Lang, Kuala Langat
4. Tulang mawas di Klang
5. Tapak-tapak prasejarah lain ialah di Jenderam Hilir, Gombak, Batu Caves,
Ampang, Bukit Kuda, Bukit Jati dan Bukit Badak
6. Sejarah Melayu : abad ke-15 – Selangor di bawah taklukan Melaka apabila
terdapat nama-nama tempat seperti (Kuala) Selangor, Klang, Jeram, Jugra dan
Morib
7. Melaka ditewaskan Portugis – kesultanannya berpindah ke Johor
8. Selangor menjadi wilayah taklukan Johor sehingga abad ke-18
• Mei 1745 – Daeng Chelak (salah seorang drp Opu Bugis Lima
Bersaudara) yang bertapak dan berpengaruh dalam pentadbiran Johor
pada awal abad ke-18 telah mangkat
• Meninggalkan dua putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu yang merupakah
tokoh termasyur dalam politik negeri-negeri Melayu
• (Semasa Selangor di bawah taklukan Johor) Selangor telah diuruskan oleh
seorang pemangku raja iaitu Daeng Lakani (Suliwatang), Raja Said (anak
Daeng Marewah) dan satu badan yang terdiri daripada orang-orang tua.
• 1766 – Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor pertama bergelar
Sultan Sallehudin Riayat Syah
- menjadi pemerintah yang berdaulat dengan pergi ke Perak dan
memohon penabalannya secara sah daripada Sultan Perak
- dapat nobat dan cop mohor daripada Sultan Mahmud
• Raja Haji sebagai Yamtuan Muda Johor
TERENGGANU
1. Abad ke-13 : Peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan melalui catatan
pengembara asing
2. Pengembara China (1525M) menamakan pelabuhan di pantai timur Semenanjung T.
Melayu sebagai “Tong-Ya-Nong”
3. Peta lakaran Ptolemy (abad ke-12) – menamakan pelabuhan di Kuala Terengganu
sebagai “Perimoula” dan “Kole” di Kemaman
4. Bukti artifak iaitu Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang bertarikh 702 H
(1303M) – ajaran Islam awal abad ke-14
5. Sebelum abad ke-18 : keluarga pemerintah Terengganu tidak begitu jelas
6. Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ada menyebut Terengganu pernah diperintah
oleh keluarga Megat dengan wujudnya nama Megat Panji Alam dan Telanai
7. Abad ke-18 : Tun Zainal Abidin Ibn Tun Habib Abdul Majid merupakan pengasas
Kesultanan Terengganu – berketurunan keluarga Bendahara dari Johor
9. Pertabalan Tun Zainal Abidin – wujud dua sumber :

Tuhfat al-Nafis
- pertabalan Tun Zainal Abidin dilakukan oleh Raja Tua Daeng
Menampok dari Kerajaan Johor sekitar tahun 1726 atau
kemudian daripada tarikh ini

Sejarah Terengganu (Muhammad Saleh haji Awang)


- Tun Zainal Abidin ditabalkan oleh Raja Pattani, Phra Nang
Chayang

10. Penemuan duit kupang emas Terengganu menunjukkan bahawa


Sultan Zainal Abidin telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu
KEDAH
 Penemuan arkeologi membuktikan negeri Kedah merupakan antara
negeri tertua di Tanah Melayu – didiami manusia purba sejak zaman
Pleistocene
 Tapak penemuan adalah di kawasan sekeliling Gunung Jerai seperti
dataran lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda
 Nama Kedah :
Penulis Arab dan Parsi – ‘Kilah, ‘Kalah’ atau ‘Qalha’
Catatan Sanskrit – ‘Kataha’ atau ‘Kadara’
Catatan Tamil – ‘Kadaram’ atau ‘Kalagam’
 Sejarah awal pemerintahan kabur
 Jadi untuk melihat sejarah Kedah adalah melalui Al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah yang
- pemerintah-pemerintah awal Kedah berasal dari Gumrun parsi yang
memakai gelaran Maharaja iaitu bermula dengan Maharaja Derbar Raja
 Sumber Melayu tempatan iaitu Hikayat Merong Mahawangsa
- pemerintahan Kedah diasaskan oleh raja dari Rom bernama Raja Merong
Mahawangsa
- raja yang ketujuh dari dinasti ini bernama Raja Phra Ong Mahawangsa dan
merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam bergelar Sultan Muzaffar
Syah
 Sejarah Kedah – pernah ditewaskan Acheh, diduduki kuasa Siam dan
dipindahkan ke tangan British melalui Perjanjian Bangkok (1909)
 Warisan kesultanan sehingga hari ini
KELANTAN
 Bukti awal melalui catatan pengembara asing
 Catatan sejarah dari Dinasti Tang (618-907M) menyebut lokasi bernama
‘Ko-Lo’ dan ‘Ko-lo Fu-sha-lo’ yang berkemungkinan merujuk kepada
Kelantan
 Tulisan Cina lain menyebut Kelantan dengan ‘Ho-lan-tan’ atau ‘Kou-lo-
tan’
 Sejarah awal pemerintahan – Kelantan pernah ditadbir oleh Dinasti
Jembal dan kemudian beralih kepada Dinasti Long Yunus (hingga ke hari
ini)
 Teks klasik Melayu : Hikayat Seri Kelantan dan Riwayat Kelantan ada
menyebut Kelantan pernah diperintah oleh raja perempuan iaitu Puteri
Saadong dan Cik Siti Wan Kembang
 Dinasti Jembal berakhir tahun 1721 – kemangkatan Sultan Omar
 Walaupun ada putera tetapi takhta diberikan kepada menantunya Long
Bahar (warisan keluarga diraja Pattani)
 Long Bahar mangkat – puteranya dengan puteri Kelantan (Raja Pah)
tidak dilantik menjadi raja
9.

 Sebaliknya puteranya bernama Long Sulaiman telah dilantik menjadi raja

iaitu merupakan anak hasil perkahwinan dengan puteri Pattani

 Konflik Long Sulaiman – dibunuh menantunya, Long Deraman

 Untuk seketika, takhta diberikan kepada saudara ipar Long Deraman)


iaitu Long Muhammad padahal Long Sulaiman mempunyai putera iaitu
Long Yunus


 Long Muhammad mangkat, adiknya Long Pandak menggantikan beliau

 Long Yunus bercita-cita untuk mengambil semula Kelantan

 Meminta bantuan Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur – 3 kali


gerakan, Long Yunus berjaya menduduki takhta kerajaan Kelantan –
warisan kesultanan sehingga kini
ERA KOLONIAL

PENDUDUKAN PENDUDUKAN
PENDUDUKAN JEPUN
PORTUGIS BRITISH

PROSES CAMPUR
PENDUDUKAN SISTEM PENTADBIRAN
TANGAN DAN
BELANDA JEPUN
REAKSI

SISTEM PENTADBIRAN KESAN-KESAN


BRITISH PENDUDUKAN JEPUN
PENGENALAN
1. Kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada 1511
2. Pelayaran orang Eropah
Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Pengharapan di Benua Afrika
(1488)
Vasco da Gama tiba di Kalikat (1498)
3. Alfonso de Albuquerque menawan Melaka (1511)
4. 1511 – 31 Ogos 1957 – negara diduduki kuasa-kuasa asing
a) Portugis (1511-1641)
b) Belanda (1641-1824)
c) British (1824-1957)
d) Jepun (1941-1945)
5. Negeri-negeri Melayu Utara dinaungi kerajaan Siam
PENDUDUKAN PORTUGIS
(1511-1641)
 Portugis menawan Melaka pada tahun 1511- menawan kota dan
pelabuhan Melaka
 Sultan Mahmud dan puteranya, Raja Ahmad menyambung era Kesultanan
Melayu di negeri-negeri lain (Johor dan Perak)
 Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu 1511-1641
 Wizurai (Alfonso de Albuquerque) menyusun sistem pentadbiran
Portugis di Melaka
 Beliau membina sebuah kota iaitu A. Famosa untuk melindungi Melaka
daripada serangan
 Sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan
 Ketua
- Kapten Kota Melaka (Gabenor Selatan)
- Dilantik oleh Raja Portugal
- bertuga 3-4 tahun
- dipilih drp golongan Fidalgo (golongan bangsawan Portugal)
 Timbalan Kapten Kota (Kapten Angkatan Laut)
 Golongan tentera diketuai Kapten Jeneral
- berkhidmat setiap 3 tahun
- dibantu oleh Feitor
 Sistem Keadilan (Ketua Hakim)
 Pentadbiran : Kapten Kota dan timbalan dibantu oleh Majlis Penasihat. Terdiri drp
3 badan utama :
- Hal Ehwal Militer
- Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan
- Pentadbiran Orang Tempatan
 Portugis sering diserang dan akhirnya tewas pada 1641- bantuan Belanda
 Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan seperti :
a) Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai 6-10 % drp hasil dagangan
b) Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu
c) Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli barang tersebut
dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga tinggi
d) Diskriminasi terhadap pedagang Islam
 Zaman pemerintahan Portugis – Perang Tiga Penjuru iaitu antara Portugis di Melaka,
Aceh dan Johor
 Dasar-dasar yang tidak disenangi pedagang
 Portugis kekal di Melaka dan tidak dapat meluaskan pengaruh – untuk sebarkan agama
Kristian gagal kerana kukuhnya agama Islam
 Kesan pendudukan Portugis – kelahiran masyarakat Serani (Portugis + penduduk
tempatan)
 Penyerapan perkataan Portugis ke dalam bahasa Melayu seperti ‘jendela’, ‘almari’, ‘tuala’,
‘garpu’ dll
RAJA PORTUGAL

WIZURAI DI GOA

KAPTEN KOTA
MELAKA

KAPTEN ANGKATAN
LAUT (TIMBALAN)

HAL EHWAL MAJLIS PENTADBIRAN


MILITER PENTADBIRAN SIVIL ORANG
DAN KEWANGAN TEMPATAN
PENDUDUKAN BELANDA
(1641-1824)

Belanda di Melaka
Belanda di Perak
Belanda di Selangor
BELANDA DI MELAKA
 1559 – ekspedisi Belanda terawal tiba di Kepulauan Melayu
 Ramai pedagang Belanda berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu – rempah-ratus,
buah pala dan cengkih
 Pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk V.O.C (Vereenigde Oost-Indische
Compagnie) atau Syarikat Bersatu Hindia Timur pada 20 Mac 1602
 Tujuan VOC – kuasai perdagangan rempah di T. Melayu dan memonopoli dagangan bijih
timah
 1619 – kuasai Betawi di Pulau Jawa (pusat pelabuhan perdagangan)
 Belanda telah menyerang Melaka (Portugis) beberapa kali dan akhirnya menang dengan
bantuan Johor (1641)
 Dasar yang dilaksanakan selepas menguasai pelabuhan Melaka :
(a) Pas kebenaran berdagang untuk setiap kapala pedagang yang mahu berdagang di Melaka
(b) Memonopoli dagangan timah (Perak, Selangor dan Sg. Ujong) melalui perjanjian dengan
raja-raja Melayu
 Pedagang Cina meminati timah di Tanah Melayu kerana mudah ditempa berbanding timah
dari Barat.
BELANDA DI PERAK
 1639 – Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) membenarkan Belanda
berdagang timah di Perak.
 VOC tuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak tetapi tidak
dipersetujui oleh Sultan Muzaffar
 Belanda sekat pedagang-pedagang luar di Kuala Sungai Perak (Aceh, China
dan India) dan minta bantuan Aceh untuk beri kebenaran kpd Belanda utk
berniaga di Perak (Perak di bawah naungan Aceh)
 John Triujtman dihantar ke Aceh untuk berunding. Hasilnya, hanya pedagang
VOC dan Aceh sahaja boleh berdagang timah di Perak.
 Triujtman ke Perak untuk tandatangan perjanjian dengan Sultan Muzaffar
pada 15 Ogos 1650.
 Bina loji di Kuala Perak
 1651 – loji diserang oleh irang Perak dan 27 orang terbunuh
 Tuntutan Triujtman kepada Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720) :
(a) Perjanjian diperbaharui
(b) Memonopoli timah sepenuhnya
(c) Tuntut ganti rugi sejumlah 50 rial – kerosakan loji
(d) Tuntut kerajaan Perak hukum pesalah yang menyerang loji sebelum ini
 Tuntutan tidak dilayan
 Akibatnya, Triutjman sekat kapal2 di muara Sungai perak dan kepung Aceh. Akhirnya,
terpaksa tandatangan perjanjian 20 Jun 1659 iaitu hanya Belanda berhak beli timah
di perak dengan harga 30 rial sebahara
 Belanda bina loji semula
 1670 – Belanda bina kota di P.Pangkor
 1676 & 1677 – Perak serang kota Belanda, tetapi Belanda terus kukuhkan
kedudukan di Pangor sehingga mengawal laluan perdagangan di perak. Belanda
berjaya bawa 450 paun timah dari Perak ke Melaka
 1690 – loji dan kota ditutup kerana diserang pemimpin2 Perak dan Belanda
kukuhkan kekuatan di Dinding
 25 Jun 1747 – satu perjanjian ditandatangani iaitu diberi kebebasan berniaga
timah di Perak, dan membina loji di Pangkalan Halban, Tanjung Putus.
 Sultan Muzaffar beri kebenaran kerana mahukan Belanda memberikan
perlindungan kpd baginda drp Bugis.
 Belanda bina kubu drp kayu dikelilingi terusan selebar 12 kaki dan diletakkan 12
pucuk meriam serta menempatkan sejumlah besar pegawai
 Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1765-1773), perjanjian Perak –
Belanda ditandatangani pada 17 Oktober 1765. Perjanjian yang mengandungi 13
fasal iaitu :
- Sultan berjanji bekalkan timah kpd Belanda dgn harga 34 rial sebahara
- Memastikan tidak berlaku penyeludupan (jual timah kpd pedagang lain)
- Sesiapa melanggar harus ditangkap
 Perundingan harga timah dari semasa ke semasa berlaku
BELANDA DI SELANGOR
 Selangor menjadi tumpuan saudagar terutama bagi membeli timah sejak dari
zaman pemerintahan Raja Lumu/Sultan Salehuddin lagi.
 1760-an – Kuala Selangor aktif sbg pusat pengumpulan bijih timah
 Pedagang2 yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan oleh
Belanda mula beralih ke Selangor
 Belanda tidak berpuas hati dan menyalahkan Sultan Selangor mempengaruhi
pengusaha timah di Perak, Rembau dan Linggi utnuk menjual timah ke
Selangor
 1758 – ada perjanjian antara Belanda dgn orang Bugis bahawa daerah Klang,
Linggi dan Rembau mestilah menjual hasil timah ke Melaka dgn harga yang
ditetapkan oleh Belanda
 Kuala Selangor dikunjungi pedagang2 dari British seperi James Scott dan
Francis Light
 1770-an, Sultan Ibrahim (1778-1826)
(a) Bekalkan hasil timah kpd British dgn harga yg lebih baik dr Belanda
(b) Hubungan baik dgn British bagi mengelakkan ancaman Belanda
 Akhirnya, selepas beberapa masalah yang dihadapi, Sultan Ibrahim terpaksa
menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786 – untuk memastikan aktiviti
perdagangan di Selangor dapat dijalankan. Sultan Ibrahim beri hak monopoli
timah kepada Belanda
 1795 – Belanda telah serahkan tanah jajahannya termasuk Melaka kpd British
untuk sementara waktu (Surat-surat Kew)
PENDUDUKAN
BRITISH
(1824-1957)
 KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU
 CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
- Pendudukan P.Pinang
- Pendudukan Singapura
- Perjanjian Inggeris – Belanda 1824
 CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU (NNM)
- Perak
- Selangor
- Sg Ujong
- Negeri Sembilan
- Pahang
 SISTEM RESIDEN
- Kesan2 Sistem Residen (P, E, S)
 NNS
 NNMB
 NNMTB
 PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DESENTRALISASI 1920-1941)
 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
- Naning
- Selangor
- Perak
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Sarawak
- Sabah
KEDATANGAN BRITISH KE TANAH
MELAYU
 Kunjungan kapal-kapal British ke Selangor menggalakkan pertumbuhan
perdagangan di Selangor. Menjalankan perdagangan jual kain dan cantu dari India
dan beli timah dgn harga yang tinggi
 Sultan Ibrahim memberi layanan baik kepada pedagang British.
 Francis Light dan James Scott berperanan mempromosikan kepentingan pusat2
perdagangan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang2 British yang
lain.
 1795 – usaha British semakin giat dalam memonopoli dagangan timah di negeri2
Melayu (Selangor dan Perak)
 Monopoli timah di Perak dan Selangor menjadi tetap apabila satu perjanjian
antara Sultan Selangor & Sultan Perak dgn wakil British, Walter Sewell Cracroft
pada 20 Julai 1818.
 Faktor ketidakamanan politik tempatan dan pengaruh kekuatan tentera
British berjaya membuka peluang kpd British utk masuk ke negeri-negeri
Melayu
 British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam urusan politik di
T. Melayu tetapi berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan
perdagangan terganggu kerana masalah2 politik yg berlaku di T. Melayu.
 Tujuan utama kedatangan British adalah untuk memonopoli hasil
ekonomi.
 Contoh permasalahan yang berlaku adalah seperti keadaan tidak aman
dalam negeri akibat daripada perebutan takhta, dan pertikaian antara
kumpulan kongsi gelap Cina (Ghee Hin dan Hai San) untuk kuasai
kawasan perlombongan bijih timah.
CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM
POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
PENDUDUKAN PULAU PINANG
 1685 – mencari tapak strategik di Selat Melaka utk dijadikan pangkalan
 1771 – Francis Light bertemu sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa
dan menyatakan hasrat mencari tapak pangkalan perdagangan
 1780 – temui Gabenor Jeneral NNS : cadangkan Ujong Salang
 Cadangan ditolak
 1784 – Francis Light temui Sultan Abdullah dgn rancangan yg sama
 Sultan Abdullah – bersetuju dan mensyaratkan Syarikat Inggeris
memberikan perlindungan kpd Kerajaan Kedah daripada musuh,
terutama Siam
 Francis Light naikkan bendera Union Jack di P.Pinang (11 Ogos 1756)
PENDUDUKAN SINGAPURA
 6 Feb 1819 – Stamford Raffles berjaya duduki Singapura melalui pertikaian
antara Tengku Hussin dengan Raja Jaafar
 Raja Jaafar (Yang Dipertuan Muda Johor) singkirkan Tengku Hussin sebagai
Sultan Johor-Riau tetapi gantikan dengan adik Tengku Hussin iaitu Tengku
Abdul Rahman
 Sultan Hussin akhirnya terima pelawaan British utk ditabalkan sebagai Sultan di
Singapura
 Balasannya, British dibenarkan membuka pangkalan tentera dan perdagangan
di Singapura
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
 Ditandatangani pada 17 Mac 1824 bagi memastikan penguasaan penu Beritish
ke atas negeri2 di T. Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain
 Kepulauan Melayu dibahagi dua kawasan iaitu antara British dan Belanda
 British – kawasan utara Kepulauan Melaui, termasuk Semenanjung T. Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
 Belanda – kawasan selatan Kepulauan Melayu – termasuk Kepulauan
Indonesia
 Empayar Johor – Riau (Johor, Singapura, Kepulauan Riau, Pantai Timur dan
Tenggara Sumatera, Pahang, Melaka dan Selangor) musnah dan terbahagi dua
 British telah memperkenalkan sistem pentadbiran mereka di negeri2 di Tanah
Melayu
CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-
NEGERI MELAYU
a) Ekonomi
- hasil2 dagangan di negeri2 Melayu berjalan lancar
- Perkembangan Revolusi Perusahaan (perindustrian) pada pertengahan abad
ke-19 di Eropah (aktiviti mengetin makanan) – keinginan memonpoli timah
semakin memuncak
b) Politik
- Dasar tidak campur tangan British kerana terpengaruh dengan dasar
liberal dan perdagangan laissez-faire
- 1870-an, dasar Imperialisme merebak di Britain dan mempengaruhi
tindak-tanduk British di T. Melayu
- Kuasa Barat yg lain seperti Belanda (Indonesia), Perancis (Indochina),
Itali, Jerman dan Rusia bersaing untuk meluaskan jajahan takluk
- Campur tangan merupakan jalan terbaik utk mengelakkan kuasa-kuasa
ini masuk dgn mudah ke negeri-negeri Melayu
CAMPUR TANGAN DI PERAK

 Faktor perebutan takhta kerajaan Perak – pertelingkahan antara Raja Yusof,


Raja Ismail dan Raja Abdullah
 Perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina – puak Ghee Hin dan Hai San –
mencetuskan Perang Larut Pertama hingga Ketiga iaitu pada tahun 1861, 1865
dan 1872
 British menjemput pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin2 Cina utk
mengadakan rundingan
 Perjanjian Pangkor (20 Jan 1874) :
a) Takhta Kesultanan Perak diserahkan kpd Raja Abdullah
b) Raja Ismail diberi gelaran Sultan Muda dan diberi pencen
c) Daerah Larut di bawah seorang Penolong Residen British yg akan
bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut, Ngah Ibrahim
d) Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen British yg akan
menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran negeri, kecuali aspek
agama dan adat istiadat. Residen juga berkuasa dalam pentadbiran
kewangan dan hasil ekonomi negeri
e) Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju utk berdamai, melucutkan
senjata dan menubuhkan sebuah jawatankuasa utk menangani masalah
tuntutan kawasan perlombongan
CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

 Tradisi pembesar2 tempatan mengutip cukai, jika tidak membayar akan dipaksa
 Dianggap sbg kes rompakan atau pelanunan oleh British
 1873 – aduan kes rompakan kpd Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew
Clarke
 Beberapa kes rompakan menyebabkan British tidak senang hati dan
menganggap dalang di sebalik rompakan ialah kerabat diraja Selangor
 British kepung dan serang pantai Selangor
 Berlaku rompakan lagi, Andrew Clarke menemui Sultan Abdul Samad dan
buat 3 kali rundingan. Hasilnya, Andrew Clarke menempatkan seorang
pegawai tadbir awam NNS dari Singapura bernama Frank Swettenham di
Selangor untuk membantu dan melindungi sultan dan kerajaan Selangor.
Frank datang bersama 20 askar Sepoi
 British lantik Frank sbg penasihat rasmi Sultan Abdul Samad – meletakkan
Selangor di bawah naungan British
 Akuan penerimaan penasihat British oleh Sultan Abdul Samad dinyatakan
di dalam surat bertarikh 1 Oktober 1874 kpd Andrew Clarke
 Seorang Residen ditempatkan di Selangor dengan pelantikan J. G .
Davidson sbg Residen pertama
 Frank Swettenham sebg Penolong Residen (usia muda)
CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG
 Perbalahan antara Datuk Kelana dgn Datuk Bandar dlm persaingan
memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sunggai Linggi
 21 April 1874- Datuk Kelana setuju dan terima perlindungan British kerana
beliau akan diiktirad oleh British sbg pemerintah sah Sungai Ujong
 Datuk Kelana terima Residen British
 16 September 1874 – Datuk Kelana diberi seorang Penolong Residen iaitu W.I.
Tatham.

CAMPUR TANGAN DI NEGERI SEMBILAN


 Usaha-usaha oleh Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan jatuh
ke tangan British
 Gabunagn daerah-daerah di Negeri Sembilan akhirnya bersetuju menerima
seorang Residen British pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.
CAMPUR TANGAN DI PAHANG
 Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dgn adiknya Wan
Mansur (1884)
 1885 – Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk atasi perbalahan ini
 Akhirnya selepas beberapa peristiwa, Sultan Ahmad bersetuju menerima
seorang Residen
 John Pickersgill Rodger sbg Residen British di Pahang pada Oktober
1888
SISTEM RESIDEN
 Jawatan Residen sbg satu strategi British utk mengawal pentadbiran
 3 matlamat dalam Sistem Residen :
1. Menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan
2. Mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur
3. Mengeksploitasi sumber semulajadi negeri-negeri Melayu
o Residen tidak mempunyai sebarang garis panduan – budi bicara
o Elaun dan gaji Residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu berkenaan
o Residen perlu kekalkan keamanan, pungut cukai dan hasil serta majukan sumber
kekayaan
o Bertemu Gabenor 7 kali setahun dan menjadi pemerintah sebenar
o Residen mula menyekat hak2 pembesar tempatan mengutip cukai,
membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri
o Gabenor NNS tidak mampu mengawal kuasa Residen
o Residen menimbulkan kemarahan dan tidak menyenangkan sultan dan
pembesar
o Di Perak, pembunuhan Residen Pertama iaitu J.W.W Birch (1875)
o Kuasa British di Perak memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri yg
dianggotai oleh raja, Residen, pembesar-pembesar Melayu dan beberapa
orang wakil masyarakat Cina.
o Berjaya memulihkan situasi di Perak. Seterusnya British memperkenalkan di
negeri-negeri lain.
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN
EKONOMI
 Mencapai kemajuan – pelaburan semakin giat, perusahaan bijih timah
dan tanaman2 lain seperti getah dan kopi
 Wujud kawasan perbandaran
 Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh Barat
POLITIK
 Sultan tidak berkuasa mutlak
 Pembesar hilang peranan
 Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri

SOSIAL
 Perkembangan infrastruktur – sistem jalan raya, jalan kereta api, pusat
kesihatan, bekalan air, bekalan elektrik, pos, telegraf dll
NEGERI-NEGERI SELAT
 Menyatuan Singapura, P. Pinang & Melaka di bawah pentadbiran NNS (1826)
 NNS diletakkan di bawah nit pentadbiran Residensi NNS (P.Pinang sebagai
pusat pentadbiran pertama NNS)
 NNS diketuai oleh Gabenor dan setiap negeri diketuai oleh seorang Residen
Konsular
 Gabenor NNS Pertama – Robert Fullerton, dibantu oleh sebuah majlis dan
pegawai-pegawai awam
 1830- NNS sbg sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala
 1 April 1867 – Pentadbiran NNS di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di
London ekoran status NNS yang dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan
Melaka (Crown Colony)
 Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat kerajaan dan Majlis Undangan
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
(NNMB)
1. 1895 – Sistem Residen kukuh di Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan
2. Perjanjian Persekutuan (1809) menggabungkan 4 negeri tersebut –
berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896
3. NNMB – diketuai oleh seorang Residen Jeneral (ibu pejabat di KL),
bertanggungjawab kpd Pesuruhjaya Tinggi British di London
4. Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham
5. Jawatan Residen dikekalkan tetapi tertakluk di bawah kuasa Residen Jeneral.
Residen Jeneral melalui Residen bertanggungnjawab menasihati raja-raja Melayu
dalam hal pentadbiran, kecuali hal agama & istiadat
6. Kuasa pentadbiran terbahagi kpd kerajaan pusat dan kerajaan negeri
7. Majlis Durbar – sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu dan
pegawai british untuk membincangkan hal NNMB
8. Faktor-faktor penubuhan NNMB :
- Masalah kewangan di Pahang
- Kelemahan sistem Residen
- Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
9. Kesan-kesan penubuhan NNMB
a) British menubuhkan beberapa jabatan – jabatan kerja raya dan jabatan kewangan
dan keadilan
b) Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral
c) Kestabilan ekonomi
d) Sistem pentadbiran NNMB – timbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan raja ,
Durbar diadakan 2 kali ; (1897) di Kuala Kangsar dan (1903) Kuala Lumpur –
mendesak kerajaan British pulihkan kuasa raja2 Melayu dan kerajaan Negeri
10. Penubuhan – Majlis Mesyuarat Persekutuan (1909) untuk kemaskini NNMB
11. Keanggotaan dan Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan :
a) Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor NNS sbg presiden yg beribu pejabat
di Singapura
b) Residen Jeneral bertanggungjawab terus kpd Pesuruhjaya Tinggi
c) Empat orang raja Melayu negeri terbabit
d) Empat orang Residen British
e) Empat orang ahli tidak rasmi yg mewakili golongan peniaga
12. Majlis Mesyuarat Persekutuan pertama – 11 Dis 1909 memberikan kesan-
kesan buruk :
- Tiada wakil drp masyarakat tempatan (orang melayu)
- Kuasa Sultan lebih merosot – taraf raja dalam majlis ini sekadar ahli biasa
- Pesuruhjaya Tinggi ada kuasa tertinggi dalam pentadbiran, bukan lagi Sultan
dan berhak lantik serta memberhentikan ahli yang tidak rasmi mengikut budi
bicara
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK
BERSEKUTU (NNMTB)
 1909 – NNMTB terbentuk melalui Perjanjian Bangkok yang
ditandatangani oleh British dan Siam
 4 buah negeri : Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu diserahkan kpd British
 Menempatkan Penasihat British di NNMTB
 Raja2 Melayu masih berkuasa besar di NNMTB – kuasa Penasihat British
tidak meluas
 Pentabiran berasingan NNMB dan NNMTB berterusan hingga Perang
Dunia Kedua
 British gagal menyatukan kerana tentangan Raja-raja di NNMTB
PENGAGIHAN KUASA PUSAT
(DESENTRALISASI 1920-1941)
 Dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di T. Melayu

 Faktor British memperkenalkan desentralisasi :


a) Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi
b) British ingin satukan NNM – (NNS, NNMB,NNMTB)
c) British mahu kurangkan perbelanjaan pentadbiran
d) Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi dalam pentadbiran
 Perubahan-perubahan yang disyorkan oleh Sir Lawrence Guillemard melalui rancangan ini :
a) Susun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dgn membawa keluar raja-raja Melayu drp
Majlis ini tetapi raja-raja melayu boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British
di London
b) Majlis Mesyuarat Negeri akan diberi kuasa yg lebih utk pentadbiran negeri termasuklah
menguruskan belanjawan negeri
c) Beberapa buah jabatan kerjaan yg sebelum ini ditadbir pada peringkat pusat akan
dipindahkan kpd kerjaan negeri
d) Jawatan Residen Jeneral dihapuskan
 Beberapa cadangan Guillemard diluluskan. Kuasa raja semakin pulih apabila rang undang-
undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
 Selepas Guillemard, penggantinya iaitu Cecil Clementi meneruskan desentralisasi –
pembaharuan seperti lebih banyak jabatan kerajaan diletakkan di bawah kawalan kerajaan
negeri seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja
Raya, serta Kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan.
REAKSI MASYARAKAT
TEMPATAN TERHADAP
PENJAJAHAN BRITISH
PENENTANGAN DI NANING
 Perjanjian Ing-Belanda (17 Mac 1824) – Melaka di bawah British
 Mendakwa Naning sebahagian drp Melaka
 Naning perlu bayar 1/10 drp hasil ekonomi kpd British di Melaka
 Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan
 Dol Said (Abdul Said) – Penghulu Naning menentang cadangan British ini
 Faktor penentangan lain :
- Pengenalan Peraturan 42, ‘Peraturan Penghulu’
- Siap pegawai British iaitu W. T. Lewis (Pemungut Hasil Tanah Melaka)
- Isu sekatan pemerintahan, tanah dan hamba
 Perang Naning (Julai 1831)
 Dol Said diisytihar sbg pemberontak – 15 Julai 1831
 British hantar tentera untuk tangkap Dol Said, paksa untuk terima
cadangan British tetapi gagal
 Serangan kedua (1832) telah mendapat sokongan penduduk Rembau,
Seri Menanti dan Sungai Ujong seramai 1400 orang
 Dol Said kalah – Naning diisytihar sbg wilayah Melaka
 Feb 1834 – Dol Said serah diri dan menetap di Melaka
PENENTANGAN DI SELANGOR
 Perang saudara antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi berlarutan sehingga
Raja Abdullah mangkat dan diteruskan oleh anak Raja Abdullah iaitu Raja
Ismail
 Tengku Kudin (1864) iaitu Wizurai Selangor turut berpihak kepada Raja
Ismail dan membantu Raja Ismail merampas Klang (1870)
 British turut campur tangan dengan memberi bantuan kepada Tengku
Kudin dan Raja Ismail
 Raja Mahadi semakin kuat menentang terutama penentangan puak British
PENENTANGAN DI PERAK
 Perjanjian Pangkor – 20 Jan 1814 – J.W.W Birch dilantik sebagai Residen Perak
 Birch tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-
pembesar Melayu kerana tingkah lakunya yang tidak disenangi
 Komplot untuk bunuh Birch.
 Sultan Abdullah dan Raja Ismail hantar senjata kpd Dato’ Maharajalela
 Dato’ Maharajalela mengarahkan Pandak Indut dan Seputum bunuh Birch di Pasir
Salak pada 2 Nov 1875
 Faktor-faktor penentangan :
a) Fahaman ttg fungsi Residen yg berbeza
b) Kerajaan British menggunakan Birch supaya memaksa Sultan Abdullah
menandatangani surat penyerahan kuasa kpd British (1875)
c) Pembaharuan-pembaharuan Birch yang mendadak :
- Hapuskan sistem pengabdian hutang
- Beri perlindungan kpd hamba yang lari daripada tuannya
- Campur tangan dlm adat resam orang Melayu
d) Sikap peribadi Birch dan Birch juga tidak boleh berbahasa Melayu
menyebabkan masalah komunikasi dgn penduduk tempatan
 British serang Pasir Salak – 15 Nov 1875
 Dato’ Maharajalela , Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum digantung di
Matang pada 20 Jan 1877
 Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelless kerana
bersubahat
PENENTANGAN DI PAHANG
o Menerima wakil konsul British iaitu Hugh Clifford. Pembaharuan yg dilakukan
Clifford :
i) Penetapan garis sempadan daerah utk mengawal kuasa pembesar
ii) Pembentukan undang-undang bertulis yg lebih moden
o Residen pertama – J.P. Rodger (Okt 1888), kuasanya mengatasi wakil konsul
o Pemberontakan dan tentangan terhadap Sistem Residen oleh 3 tokoh iaitu
Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau (1891)
o Faktor-faktor pemberontakan :
a) Sultan hilang kuasa dan keistimewaan serta pembesar-pembesar Pahang
(pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri)
b) British memperkenalkan Undang-undang Tanah – sistem kerah dan hamba abdi
dihapuskan
c) Pembesar2 Melayu tidak boleh adili kes-kes jenayah dan sivil
d) Dalam Majlis Negeri, keputusan penting dibuat oleh Residen british
e) British gantikan penghulu dengan pegawai British
f) Ketidakpuasan hati Sultan Ahmad, Dato’ Bahaman dan Tok Gajah (3 sebab)
g) Ketidakpuasan hati rakyat Pahang
o Pemberontakan bulan Dis 1891 – 3 tokoh tersebut bersama 700 orang pengikut
(100 orang asli) – tidak berjaya
o Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan (1892) dan serang lagi pada 1894 –
ditewaskan pada 1895 – Kemudian serah diri dan lari ke Siam
o Tok Gajah dan Mat Kilau ke Terengganu
PENENTANGAN DI KELANTAN
1) Perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok) pada 1909. Siam telah menyerahkan
Kelantan kpd British.
2) James Scott sbg penasihat British pertama di Kelantan, Julai 1909
3) Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) – merupakan pedagang tempatan telah
mencetuskan penentangan bersama engku Besar Tun Ahmad Jeram, Haji Said Cherang.
Encik Adam, Encik Ishak dan Khatib Abu Bakar
4) Punca penentangan:
a) Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram – pelantikan Pegawai Daerah di Pasir Puteh,
hilang punca pendapatan, terpaksa bayar cukai, penghulu-penghulu lama diganti baru
b) Pengenalan Sistem Tanah baru 1915 – orang ramai perlu bayar sewa tanah yang tetap
c) Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
d) Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
e) Perasaan tidak puas hati – penentangan diketuai oleh Tok Janggut, di daerah Pasir Puteh
pada 29 April 1915
5) British berjaya tumpaskan penentangan dgn bantuan Sultan Kelantan – Tok Janggut
dibunuh pada 24 Jun 1915
PENENTANGAN DI TERENGGANU
1. Penentangan diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Hamid (Haji Abdul
Rahman Limbong)
2. Pemberontakan Tani (1928) iaitu melibatkan sebahagian besar golongan petani
pada aman Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
3. Sebelum British, tiada dokumen rasmi pemilikan tanah kerana semuanya
berdasarkan ‘tanah tebang’ dan ‘tanah waris’
1. Faktor-faktor tercetusnya pemberontakan :
a) Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat
dikenakan cukai kepala
b) British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan
sebelum ini iaitu pendidikan tradisional yg lebih bercirikan keislaman
c) Pas Kebenaran kepada sesiapa yang ingin membuka tanah, bercucuk tanam dan
memungut hasil hutan
d) Peraturan baru lain – tidak membenarkan penerokaan hutan yg kurang 7
tahun, tidak dibenarkan membawa senjata, peraturan suntikan cacar, sekatan
pemburun haiwan liar, peraturan menambat kerbau dan lembu, pendaftaran
kelahiran dan kematian dengan segera
5. 21 Mei 1928 – Orang Melayu serang balai polis dan pejabat daerah di Kuala
Berang tetapi ditumpaskan oleh British
6. Haji Abdul Rahman Limbung dibuang ke Makkah dan meninggal dunia di sana
pada Nov 1929. Manakala pengikut-pengikutnya dipenjarakan.
PENENTANGAN DI SARAWAK
1. Dinasti Brooke – James Brooke, Charles Brooke, Charle Vyner Brooke
2. Beberapa siri pemberontakan

1853 – James Brooke


 Hapuskan amalan perburuan kepala
 Kumpulan Dayak Laut tidak berpuas hati dan serang kubu kerajaan
 Diketuai oleh Rentap dan berjaya bunuh seorang pegawai British
 James Brooke cuba bunuh Rentap, tetapi tidak berjaya. Hanya kubu
dimusnahkan
1859 – Charles Brooke
 Komplot yg diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh 2 orang pegawai British
(Fox dan Steale), bertanggungjawab mengawasi kubu di daerah Mukah
 Charles Brooke serang balas – Abdul Ghapur dibuang ke Singapura manakala Sharif Masahor lari ke
Brunei
 1960 – Sharif Masahor serang kucing tetapi tewas dan dibuang ke Singapura
 1893 – Masyarakat Iban serang tentera Brooke di hulu Sungai Batang Lupar diketuai oleh Banting
kerana Charles Brooke cuba hapuskan adat dan tradisi tempatan
 Angaktan Banting tewas pada 1908

1920 – Vyner Brooke


 Orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit
 Diketuai oleh Penghulu Asun
 British jejaki Asun (1932) dan beliau serah diri dan dibuang ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH
 Berpunca daripada Syarikat Borneo Utara British
 Penentangan oleh Mat Salleh dan kebangkitan Rundum

Kebangkitan Mat Salleh


 Anak pembesar, berketurunan Bajau dan Sulu, merupakan pedagang dan
pahlawan
 Punca penentangan – pembangunan British banyak menyusahkan rakyat
tempatan dan juga sekatan2 terhadap pembesar2 tempatan
 1894 – penentangan tercetus di Sungai Sugut
 1895 – British dan Residen Barraut serang kampung Mat Salleh
 Mat Salleh memberontak dengan membakar pekan Pulau Gaya dan
memusnahkan rumah serta pejabat Residen di Ambang
 Mat Salleh terbunuh pada 31 Jan 1900
Kebangkitan Rundum
 Dicetuskan oleh kaum Murut
 Feb 1915 – di daerah Rundum dan diketuai oleh Antanum
 Faktor-faktor kebangkitan :
- cukai yg dikenakan ke atas beras dan ubi kayu
- pengenalan ordinan yg melarang pembersihan hutan bagi tujuan
pertanian pindah
- mengerah rakyat bina jalan-jalan kecil di hutan tanpa upah
 1915 – 1000 orang serang dan bakar pejabat kerajaan di Persidangan
namun penentangan gagal kerana terpaksa berundur
 Antanum ditawan dan dihukum bunuh
PENDUDUKAN JEPUN
(1941-1945)

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu


Kesan-kesan Pendudukan Jepun (P, E, S)
T. Melayu Selepas Pendudukan Jepun
PENDUDUKAN JEPUN
☞ 1941 – Jepun serang T. Melayu. Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke
tangan Jepun pada Feb 1942
☞ Faktor-faktor kejayaan Jepun
a) British kurang bersedia
b) Bantuan tentera dr London lewat
c) Jepun menyerang Melaka melalui jalan laut
d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap
e) Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan
mempunyai taktik peperangan yang baik
PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH
MELAYU
Pemerintahan bercirikan sistem ketenteraan dgn matlamat :
a) Memulihkan keadaan awam
b) Memonopoli sumber ekonomi di Tanah melayu

Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu :


a) Pentadbiran Tanah Melayu dikenali sbg Malai baru diketuai oleh seorang Presiden
Jepun atau Gunseikan yg bertanggungjawab kpd Ketua Agung tentera (Pengarah
Agung), kawasan ketujuh di Singapura
b) Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu
oleh Majlis Wilayah (penasihat) – bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri
(sebilangan kecil Melayu dan sebilangan besar Jepun)
c) Singapura ditadbir bersama dgn Malai Baru dan Sumatera
d) NNMU (Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah) diserahkan kpd Thai pada Ogos
1943
KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Kesan Sosial
☺ Penindasan terhadap orang Cina
☺ Ramai pemuda menjadi buruh paksa utk membina Landasan Kereta Api Maut yg
menghubungkan Thai dengan Burma
☺ Negara mengalami masalah kekurangan beras – bergantung kepada ubi kayu
☺ Masalah kesihatan
☺ Layanan Jepun berat sebelah – permusuhan kaum Cina dan Melayu

Kesan Ekonomi
☺ Kemerosotan ekonomi
☺ Perusahaan bijih timah dan getah merosot
☺ Barang keperluan utama tidak dapat diperoleh (tekstil dan ubat-ubatan)
☺ Nilai mata wang negara jatuh teruk – mata wang ‘daun pisang’ tidak bernilai
Kesan Politik
☺ Kesedaran politik dgn slogan ‘Asia untuk Orang Asia’
☺ Orang Melayu mendapat banyak peluang dan pengalaman dlm bidang
pentadbiran
☺ Mendapat kesedaran tentang kelemahan kuasa British
☺ Melahirkan semangat nasionalisme
☺ Kaum Cina aktif berpolitik dan menyertai Parti Komunis Malaya utk
menentang Jepun
TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN
JEPUN
1) Tentera Jepun berundur pada 15 Ogos 1945 – kalah di tangan Berikat dan
akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh A.S.
2) British ambil masa 14 hari utk kembali ke T. Melayu
3) PKM (Parti Komunis Malaya) melalui Bintang Tiga masuk ke T. Melayu dan
mengembangkan ideologi komunis – kaum Cina
4) Mencetuskan pertempuran dan penyeksaan terhadap orang Melayu
5) British kembali dan kawal keadaan serta memerangi PKM
6) British isytiharkan Darurat, Rancangan brigss dan Rancangan Templer
7) 16 Jun 1948 – 3 peladang Eropah dibunuh oleh PKM di Sungai Siput,
Perak
8) Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu umumkan darurat pada 17 Jun 1948
dan PKM diharamkan 23 Julai 1948
9) Darurat berlangsung dari 1948 -1960 di T. Melayu
10) Anggota PKM cuba ambil alih kuasa di T.Melayu secara kekerasan
11) Undang-undang Darurat – kerajaan berkuasa mengharamkan parti-parti
radikal, menangkap tanpa bicara, membuang negeri dan membunuh
sesiapa yg terlibat dgn kegiatan komunis
12) Kira-kira 7000 orang Cina berfahaman komunis dihantar pulang ke
China di bawah Undang-undang Darurat 1948
13. Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah iaitu
kawasan hitam dan kawasan putih
14. Kawasan hitan ialah kawasan yg didapati giat dengan aktiviti komunis dan
perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan
15. Kawasan putih ialah kawasan selamat atau bebas daripada pengaruh komunis
16. Kerajaan British memperkenalkan sistem kad pengenalan iaitu di mana rakyat
yg berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen
pengenalan diri – membezakan identiti dengan pengganas
17. Usaha semasa Darurat adalah seperti Rancangan Penempatan Semula
yg bertujuan menyekat makanan supaya tidak mudah diperoleh anggota
komunis. Rancangan Briggs telah diperkenalkan utk menjayakan usaha
ini. Diperkenalkan oleh Jeneral british bernama Harold Briggs yg
dilantik sbg Pengarah Gerakan menentang komunis pada tahun 1950
18. Rancangan Briggs – kampung-kampung di pinggit hutan ditempatkan
semula di kawasan baharu dan dikenali sebagai Kampung Baru.
Kampung Baru dipagarkan sekelilingnya dan disediakan kemudahan
sekolah dan pusat kesihatan
19. Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi yg baharu kerana
lebih berkebolehan
20. Darurat tamat pada 31 Julai 1960
TAMAT
BAB 1

You might also like