You are on page 1of 31

WACANA

Encik Ismail bin Drahman


Definisi
• Wacana didefinisi sebagai unit bahasa yang
mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan
melebihi batas ayat.
• Dalam hierarki tatabahasa, wacana terletak
dalam hierarki tertinggi,iaitu hadir selepas
tingkat ayat.Hierarki bahasa ini ditunjukkan
dalam rajah
Wacana Ayat
di Klausa
bawah: Frasa Kata Morfem Fonem
• Wacana boleh terdapat dalam bentuk lisan
atau tulisan
• Dalam wacana,unsur-unsur bahasa seperti
kata, klausa, dan ayat disusun dan dijalin
dengan sempurna sehingga
memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang
berkesinambungan serta menghasilkan
kesatuan fikiran yang utuh.
Jenis-jenis Wacana
• Wacana Lisan
– Dihasilkan secara lisan antara penutur dengan
pendengar.
– Ekspresi wajah, nada suara, gerak dan sebagainya
digunakan semasa menyampaikan sesuatu perkara
kepada pendengar
– Contoh: perbualan harian, temu ramah,
ceramah,khutbah, siaran televisyen, dan radio.
• Wacana Tulisan

– Disampaikan secara bertulis


– Melibatkan hubungan antara penulis dengan
pembaca
– Berkomunikasi satu arah atau tidak langsung.
– Contoh wacana bertulis ialah rencana, akhbar,
majalah, buku dan novel
Ciri-ciri Wacana
• Setiap wacana mesti mempunyai struktur, iaitu
terdapat pendahuluan, isi, dan penutup.
• Menurut Beaugrande dan Dressier
(1981:81),terdapat tujuh ciri ketekstualan yang
perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang
utuh, iaitu tujuan,tautan,runtutan, penerimaan,
maklumat, keadaan, dan interteks.
Tujuan
• Setiap wacana yang dihasilkan mesti mempunyai
tujuan kerana tujuan yang menentukan jenis
wacana yang digunakan.
• Untuk mendapatkan maklumat – ayat tanya
• Untuk menyampaikan maklumat – ayat penyata
• Tujuan juga penting memilih teknik
penyampaian wacana sama ada secara naratif
atau penghujahan.
• Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama
ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak
rasmi dan sebagainya.
Tautan
• Tautan atau kohesi bermaksud keserasian
hubungan antara unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana.
• Keserasian dilihat daripada hubungan antara
sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan
perkataan dalam wacana tersebut. Tautan dapat
mewujudkan kesinambungan antara sebahagian
teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga
membentuk satu kesatuan.
• Contoh:
(a) Abu, Daud, dan Faizal ke padang.
(b) Mereka ke sana untuk bermain bola.
Runtutan
• Runtutan atau koheran merupakan
kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks
yang bermakna.
• Runtutan merupakan asas dalam pembinaan
wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap
sebagai wacana.
Contoh: Susu ibu merupakan makanan terbaik
untuk bayi bagi tahap awal tumbesaran. Susu
ibu mengandung kolostrom. Unsur ini kaya
dengan protein.
Penerimaan
• Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar
atau pembaca (khalayak) yang merupakan
penerima sesuatu wacana
• Tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya
pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang disampaikan.
Maklumat
• Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu
maklumat baharu atau lama.
• Maklumat lama (ML)ialah maklumat yang telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang
dalam konteks berikutnya,manakala maklumat
baharu (MB)ialah maklumat yang baharu sahaja
dinyatakan dalam wacana tersebut.
• Contoh:
(a) Hanan membeli kasut baharu. (ML)
(b) Kasut itu dibeli di Kedai Wardah.(MB)
Keadaan
• Sesuatu wacana perlu sesuai dengan
keadaan.Kesesuaian itu menjadi sesuatu wacana
itu relevan dengan situasi ujaran.
• Pemilihan kata, frasa, dan susunan ayat yang
tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu
wacana itu sesuai dengan keadaan.
Interteks
• Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung
kepada wacana yang lain. Melalui interteks,
sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh
pembaca atau pendengar.
• Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana
yang dibaca atau didengar, membantunya
menghasilkan wacana.
Aspek-aspek hubungan wacana
• Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada
wujudnya hubungan dari aspek
semantik,fonologi, tatabahasa atau gramatikal,
dan leksikal
• Hubungan dari Aspek Semantik dan fonologi
1. Hubungan wacana dari aspek semantik dapat
dilihat daripada kepaduan makna yang wujud
dalam sesuatu wacana.Contohnya:

(a) Hubungan sebab dan akibat


Aiman tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.
Dia gagal dalam peperiksaan.

(b) Hubungan sebab dan tujuan


Nabil sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam
pelajaran.
(c) Hubungan sebab dan hasil
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.

(d) Hubungan latar dengan kesimpulan


Suraya menangis . Rupa-rupanya dia terlalu
gembira kerana lulus peperiksaan dengan
cemerlang.
(e) Hubungan syarat dan hasil
Para pelajar mesti belajar bersungguh-
sungguh.Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan.
(f) Hubungan perbandingan
Rumah Ah Chong besar. Rumah Faizal lebih besar.
(g) Hubungan penjelasan
Banjir yang berlaku baru-baru ini sungguh
dahsyat.Bencana itu bukan sahaja telah
mengorbankan nyawa malahan memusnahkan banyak
harta benda.
• Hubungan wacana dari aspek fonologi
berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara.
Contoh:
(a) Dia sudah pergi.
(b) Dia sudah pergi?
• Unsur-unsur paralinguistik juga membantu
pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam
wacana tulisan,alat-alat tersebut ialah tanda baca.
Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah, iaitu
keadaan air muka serta gerak tangan dan badan
merupakan alat-alat untuk membantu
memahami ujaran.
• Hubungan dari Aspek Tatabahasa/Gramatikal
Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan
wacana ialah penanda rujukan, penanda
penggantian, penanda penghubungan dan elipsis
atau pengguguran
(a) Penanda rujukan
-menggunakan kata ganti nama diri orang dan
kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan
perkaitan.
Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang.
Raul merupakan pelajar yang amat rajin. Dia
telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk
Mangsa-mangsa banjir di Kampung Pasir
Berdengung telah ditempatkan di Sekolah
kebangsaan Pasir Berdengung. Mereka tinggal di
sana sejak seminggu yang lalu.
(b) Penanda Penggantian
-menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan
unsur yang lain. Contoh:
Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah.
Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka.
(c) Penanda Penghubung
-digunakan bertujuan untuk menghubungkan
kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan ayat
dengan ayat.
Contoh:
Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara
kepakaran individu dengan pembahagian tugas
di tempat kerja. Selain itu, rencana ini juga akan
menghuraikan amalan pengurusan dan
pentadbiran di pejabat.
(d) Elipsis
-pengguguran kata, frasa, dan klausa yang telah
disebut dalam ayat sebelumnya.Pengguguran
dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah
memahami maklumat tersebut.
Contoh elipsis

Ana: Awak kerja di mana (Awak bekerja di mana?)


Abu: Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman
Universiti.)
Ana: Dah lama? (Sudah berapa lama awak bekerja
di situ?)
Abu: Tiga tahun (Saya sudah bekerja di sana
selama tiga tahun.)
• Hubungan dari Aspek Leksikal/Pengulangan
-berdasarkan wujudnya pertalian antara
perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana
(a) Sinonim (maksud yang sama)
Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini
tidak menghairankan kerana wajahnya yang
cantik itu dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim (berlawanan maksud)
Wajah yang cantik atau hodoh bukan
ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati
budinya.
(c) Hiponim
-makna sesuatu perkataan merupakan
sebahagian daripada makna perkataan lain.
Dia menjaga motosikalnya dengan baik kerana itulah
sahaja kenderaan yang dimilikinya.
(d) Penggulangan kata yang sama
Siti memang mudah menangis. Disebabkan
perkara kecil pun dia menangis. Semasa
gembira pun dia menangis.
(e) Kolokasi
-Dua perkataan atau lebih yang masing-masing
merupakan perkataan tersendiri, tetapi
kebiasaannya berkaitan antara satu sama
lain.Contohnya:
Pembalakan haram itu menggugat habitat flora
dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau,
gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan
tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala
pihak pembangkang membidas hujah tersebut.
Penanda Wacana
Fungsi Contoh

Tambahan dan, serta, tambahan lagi, selanjutnya,selain


itu, seterusnya, di samping itu,tambahan
pula.
Penyataan iaitu,yakni, dengan kata lain, seperti yang
semula diterangkan
Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu.
Contoh contohnya, seperti, ibarat, macam, bagai,
misalnya, laksana
Tempat Berhampiran dengan, bersebelahan
dengan, berdekatan, di sini, di sana, di
samping
Waktu Apabila, semasa, ketika, selepas itu, pada
mulanya, akhirnya, lambat-laun, sebelum
ini
Sebab dan Oleh itu, oleh sebab itu,justeru, lantaran
akibat itu, oleh yang demikian.
Rumusan Kesimpulannya, rumusannya, sebagai
penutup

Perbandingan Serupa dengan, seperti juga, sama juga


dengan, lain halnya.
Pengesahan Sebenarnya,
atau penekanan sesungguhnya,sewajarnya,jelasnya,
tegasnya
Pertentangan Tetapi, sebaliknya, sungguhpun, akan
tetapi, walau bagaimanapun.
Harapan Semoga, mudah-mudahan, moga-moga

Pendahuluan Pertamanya, sebagai pendahuluan,


sebagai mukadimah.
Perkaitan Dalam hal ini, berhubung dengan, dari
segi, dari sudut, sehubungan dengan itu.
Tujuan dan Hal ini bermakna, untuk tujuan ini, hal
maksud ini membawa pengertian.
Singkatan Pendek kata, ringkasnya, secara ringkasnya
Generalisasi Secara amnya, secara umumnya,
ringkasnya.

Bahasa klasik Hatta, arkian, alkisah, adapun, kalakian,


sebermula, maka, sekali peristiwa,
syahadan.

You might also like